Jumaat, 21 November 2014

Kurus dengan OmegaGuard

Assalamualaikum warahmatullah...

Haaa...entry kali ni masih berkisar tentang vitamin OmegaGuard. Maklumlah sekarang ni kan bulan promosi OmegaGuard.

Beli 6 PERCUMA 1 (Jimat RM136.00)
Beli 2 dapat 5% diskaun (Jimat RM13.60)

Rugi ooo kalau tak beli...kannn...



Ok kita berbalik kepada tajuk kita tadi...bagaimana nak kurus dengan OmegaGuard...

Dalam entry lepas, saya citer minyak ikan ni bagus untuk perkembangan otak anak-anak..tapi ia juga bagus untuk kita-kita yang nak bakar lemak atau overweight nih...

hihi...saya tak ler overweight...alhamdulillah takde masalah berat badan...tapi apa salahnya saya kongsikan kebaikan minyak ikan ni kan...

Sebelum tu kita tengok dulu apa maksud hormon leptin...
Hormon leptin ialah hormon yang berfungsi untuk menghantar signal lapar atau kenyang kepada otak. Ia dihasilkan oleh tisu-tisu lemak dan berfungsi untuk mengawal aturan pengambilan makanan. Jika hormon leptin kurang maka signal lapar akan dihantar ke otak menyebabkan kita hendak makan selalu dan jika hormon leptin tinggi maka maka nafsu makan kita akan berkurang dan secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan berat badan kita.

Pasti kita tertanya-tanya, orang gemuk takde hormon leptin ker? Sebenarnya ada, tetapi ia telah diselaputi oleh lapisan lemak yang tebal menyebabkan hormon ini tidak dapat berfungsi dengan baik. Dan keadaan ini akan mendorong kita untuk makan dan makan lagi kerana rasa lapar itu.

Bagaimana pulak OmegaGuard dapat membantu kita kurus?
Haaa...OmegaGuard ni berfungsi untuk bakar lemak-lemak yang dok menempel kat dalam badan kita tu kan...So, bila lemak-lemak ni dah dibakar secara tidak langsung hormon leptin ni dapat la keluar dari kepompong lemak-lemak tadi. Dan dengan pantasnya dia akan menjalankan tugasnya dengan menghantar signal ke otak untuk mematikan selera makan kita...Betul kan...hihi...dannn dengan itu, kita akan berasa kenyang dan lama-kelamaan berat badan kita akan turun lah...best tak macam tu?



Tapi janganlah mengharapkan makan sebotol dah selim-melim yer...Berat badan kita naik pun makan tahun jugak kan...jadi apa yang perlu ada dalam diri kita ialah sifat kesabaran yang tinggi untuk kurus...

Satu lagi kita kena disiplinkan diri kita dalam pengambilan supplemen ni, jangan kejap ambik kejap tak...water intake sehari 3 liter...baru la OmegaGuard ni boleh bagi impak yang KEBABOOOMMMMM...hihihi...

So, sebelum bulan November ni melabuhkan tirainya cepat-cepatlah bertindak...

Saya sedia membantu, in shaa Allah...

Hubungi saya melalui sms/whatsapp/telegram/wechat
Zaiton
0127987876 @ 0196160108




Selasa, 18 November 2014

OmegaGuard untuk anak-anak

Assalamualaikum warahmatullah,

Entry hari ini saya nak kongsikan tentang pemberian OmegaGuard untuk anak-anak. Entry semalam saya ada ceritakan perbezaan Minyak Hati Ikan dan juga Minyak Ikan serta kelebihan OmegaGuard...jadi hari ni kita sambung lagi cerita tentang OmegaGuard tetapi khusus untuk anak-anak.

OmegaGuard adalah antara salah satu vitamin yang dicadangkan untuk diberikan kepada anak-anak kita. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak seawal umur 1 tahun. Dos minimum yang dicadangkan ialah 1 biji sehari, namun kita boleh juga beri selang sehari, tak perlu hari-hari pun takpe.

Apa itu OmegaGuard Shaklee?

OmegaGuard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia yang menggunakan kaedah penyulingan tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi serta menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.

Manfaat OmegaGuard untuk kanak-kanak.

  1. Meningkatkan sistem imun tubuh untuk kanak-kanak.
  2. Kesihatan sistem kardivaskular seperti jantung, arteri dan salur darah yang sihat
  3. Membantu merawat eczema.
  4. DHA dan EPA untuk perkembanagan minda kanak-kanak.
  5. Disyorkan untuk kanak-kanak yang hiperaktif dan autisme.

Cara pengambilan OmegaGuard untuk kanak-kanak
  • Beri anak kunyah sendiri.
  • Atau jika anak belum pandai kunyah atau tidak mahu kunyah, potong atau pecahkan dan letakkan pada sudu atau boleh juga dicampurkan dalam makanan atau minuman anak-anak. Saya campurkan dalam susu anak saya.
Untuk pengetahuan, OmegaGuard ni dalam bentuk softgel, jadi ia akan cair apabila masuk ke dalam mulut, in shaa Allah masalah tercekik dapat dihindarkan. Ia juga boleh tahan selama 3 bulan untuk seorang anak.

Ok setakat itu dulu entry saya kali ni, semoga kita berjumpa lagi dalam entry akan datang.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Zaiton Binti Abd Rahman
0196160108 @ 0127987876

Isnin, 17 November 2014

Memilih Minyak Ikan Terbaik

Assalamualaikum warahmatullah...

Entry saya kali ni saya nak bagi tips kepada semua bagaimana hendak memilih minyak ikan terbaik untuk keluarga anda.

Kebanyakan minyak ikan yang berada di pasaran sekarang ini diperbuat daripada minyak hati ikan...cuba check balik kat botol sebelum anda membelinya...

Kenapa yer minyak hati ikan tak berapa best?

Sebab kebanyakan minyak hati ikan yang dipasarkan menggunakan ikan-ikan yang bersaiz besar. Selalunya ikan yang bersaiz besar ni mempunyai tahap toksin yang tinggi jika hendak dibandingkan dengan ikan-ikan kecil yang lain. Selain tu, kebanyakan ikan-ikan ini adalah ikan yang dibela dengan diberi makan dedak dan menyebabkan penghasilan Omega-3 sangat sedikit.

Jom kita tengok plak apa dia minyak ikan yang dinamakan OmegaGuard pulak...

  • OmegaGuard Shaklee dihasilkan daripada ikan kecil dari laut air sejuk diperairan negara Jepun dimana ikan-ikan kecil ini kurang kandungan toksinnya jika hendak dibandingkan dengan ikan besar.
  • OmegaGuard dihasilkan daripada seluruh ikan, dan bukan hati ikan. Hati ikan adalah tempat paling banyak disimpan toksin. Sebab tu la pengamal perubatan selalu kata elakkan makan organ dalaman. Ssebab per yer? Sebab kadar toksin yang tinggi berada dalam organ dalaman.
  • OmegaGuard dihasilkan daripada ikan laut dalam yang mana ia bebas mencari makanannya sendiri dan mempunyai kadar Omega-3 yang tinggi.
  • OmegaGuard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi serta menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.
Sudah tahu kan beza minyak hati ikan dan minyak ikan? Buatlah pilihan yang bijak..

Dan sempena bulan promosi OmegaGuard, ambillah kesempatan ini untuk memborong minyak ikan terbaik didunia ini.

Beli 6 percuma 1
Beli 2 diskaun 5%
Keahlian percuma jika anda membeli 6 botol OmegaGuard ini.

Apa tunggu lagi..jom order...



Ahad, 2 November 2014

Si Comel Anda Sembelit

Dulu anak syurga saya, Syamil Zhafri selalu sembelit...kesian sangat bila tengok dia nak membuang...adakah anda mempunyai  masalah yang sama macam saya?

Kat bawah ni ada artikel yang berkaitan sembelit....jom kita tambah pengetahuan, demi untuk si comel kita....

Sembelit dan bayi anda

👶Bagaimanakah saya tahu bahawa bayi saya sembelit?

Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan walaupun mungkin ia menjadi masalah kepada bayi yang lebih berusia apabila dia mula makan makanan pejal.
Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama dan kemudian hanya satu atau dua kali sepanjang minggu. Walaupun najisnya lembut atau cair, kadang-kala semua bayi perlu meneran untuk mengeluarkannya. Malah, anda akan sedar akan kerut dan dengus bayi anda apabila dia sedang membuang air besar.

Bayi-bayi yang diberikan susu formula akan membuang air besar sekali sehari, walaupun sesetengahnya mungkin akan membuang air besar sekali dalam setiap tiga atau empat hari. Ini bukanlah perkara yang tidak normal, kecuali jika najisnya keras dan berketul-ketul. Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengeluarannya dan semakin lama ia di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering.

Sebelum mengesyaki sembelit, anda perlu mengenali simptom-simptom yang tercatat di bawah dan anda harus faham bahawa bayi, sama seperti orang dewasa, akan mempunyai pola membuang air besar yang bertukar-tukar.

👶Apakah simptom-simptom sembelit?
Bagi bayi yang berusia kurang dari tiga bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula.

Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.

Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:
🌟meragam, sakit abdomen dan gastrik;
🌟abdomen yang keras;
🌟sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar;
🌟najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) 🌟rektum yang disebabkan oleh najis yang keras;
🌟najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.

👶Kenapakah sembelit berlaku?
Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan; mulanya, doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.

👶Bagaimanakah saya boleh merawatnya?
Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda. Anda akan diminta membawanya untuk pemeriksaan.

Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prun.

Sesetengah pakar menyarankan supaya menambah satu sudu teh bijian bran ke dalam bijiran bayi anda untuk menambahkan serat, tetapi jangan terlebih tambah. Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong.

👶Cara-cara berikut juga boleh membantu:
Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.

Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.

Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal sebab badan mereka baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru. Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, dia akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap.

Sumber:www.babycenter.com