Jumaat, 23 Januari 2015

GASTRIK OH GASTRIK..

Assalamualaikum warahmatullah....

Siapa ada gastrik? Saya pun ada jugak...deritanya hanya Allah yang tahu, sampai kadang-kadang nak bangun tak boleh...tapi sejak saya amalkan ESP, Alhamdulillah syukur sangat...gastrik saya dah pi main jauh-jauh..hikhikhik...

Kat bawah ni saya kongsikan dengan anda artikel berkaitan gastrik atau GERD..apa benda GERD tu eh meh baca...

MAKIN RAMAI SAKIT GASTRIK

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD

MAKANAN berlemak, pedas, berasid, berangin, coklat, bawang, kopi dan minuman berkarbonat sememangnya kegemaran Malaysia. Bak kata sesetengah orang, kalau tak pedas tak ‘kick’, malah ada yang berulam cili padi dengan menggigitnya sewaktu dimakan bersama nasi.

Memang enak makan berasaskan makanan seperti itu, apatah lagi ia sememangnya selera Asia. Namun tahukah anda, memakan makanan berkenaan tanpa pemantauan sepatutnya boleh menyebabkan seseorang itu diserang simptom pedih hulu hati atau refluks gastroesofagus (GERD).

Masalah ini menjadikan penyakit ini kerap berlaku di Asia dan makin meningkat disebabkan perubahan diet, obesiti dan tekanan.

Menurut Gastroenterologi Ubat Dalaman, Hospital Universiti Santo Tomas, Dr Denis C Ngo, pakar perubatan kini melihat peningkatan bilangan kes keadaan gangguan gastrousus (GI) teruk dan kronik seperti GERD, ulser peptik dan pedih hulu hati.

Di Filipina, kelaziman esofagitis menghakis (radang esofagus disebabkan GERD) meningkat daripada 2.9 peratus kepada 6.3 peratus dalam tempoh enam tahun.

“Di Malaysia, penyakit ini meningkat dua peratus kepada 8.4 peratus dalam tempoh 10 tahun manakala kajian trend semasa menunjukkan kadar esofagitis di Taiwan meningkat lebih dua kali ganda iaitu lima peratus kepada 12.6 peratus dalam tempoh tujuh tahun.

“Kelaziman gejala ini disebabkan GERD di Asia Timur (China, Jepun, Korea dan Taiwan) meningkat daripada 5.2 peratus pada 2005 kepada 8.5 peratus pada 2010.

“Selain pedih hulu hati, pesakit GERD dan GI mengalami kesukaran menelan (disfagia), kekurangan tenaga, gangguan tidur dan kualiti hidup lebih rendah berbanding keadaan penyakit kronik lain seperti kencing manis, artritis atau kegagalan jantung kongestif,” katanya pada sidang media mengenai gastrousus rantau Asia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kelaziman pesakit GERD lebih tinggi di Asia. Keadaan ini membimbangkan sehingga pesakit bukan hanya memerlukan kelegaan cepat bagi keadaan GI, malah rawatan berkekalan menggunakan perencat pam proton (PPI) dalam jangka panjang.

PPI disahkan sebagai rawatan asas kawalan dan pengurusan GI berkaitan asid kronik. Ia merencatkan enzim (susu protein dalam sel perut yang menghasilkan asid) bagi merembeskan asid.

Profesor Emeritus David A Peura dari Pusat Pengajian Perubatan Universiti Virginia, Amerika Syarikat, pula berkata, peningkatan kelaziman keadaan GI kronik berlaku di Asia diiringi kebimbangan kesan jangka panjang penggunaan PPI.

“Memandangkan ramai pesakit mengambil kedua-dua PPI dan clopidogrel, penting untuk memahami jika interaksi negatif antara kedua-duanya adalah ‘class effect’ dan sama ada wujud pilihan optimum bagi pesakit perlu mengambil kedua-duanya untuk merawat penyakit mereka.

“Kajian menunjukkan tidak semua PPI merencat keberkesanan clopidogrel pada tahap sama. Penemuan ini mempunyai implikasi mendalam berkenaan bagaimana doktor boleh memilih PPI lebih selamat,” katanya.

Hasil data keselamatan yang dikeluarkan doktor dan pesakit mempunyai lebih jaminan bahawa terapi PPI selamat digunakan untuk rawatan jangka masa panjang bagi GERD dan keadaan gastrousus teruk.

Makanan dan minuman yang perlu dielak jika anda menghidap GERD
  • Arak
  • Minuman berkafein
  • Minuman berkarbonat
  • Coklat
  • Buah-buahan sitrus
  • Perasa pudina
  • Makanan lemak atau bergoreng
  • Makanan pedas, terutama berperisa bawang putih dan bawang merah
  • Makanan berasaskan tomato seperti piza atau sos spageti atau cili

Rawatan
Kebanyakan individu boleh mengawal rasa kurang selesa pedih hulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat tanpa ubat-ubatan dan preskripsi doktor. Namun, jika semakin teruk, ubat-ubatan itu mungkin hanya membantu mereka buat sementara waktu. Jika mengalami GERD, anda mungkin memerlukan ubat-ubatan lain bagi menghilangkan gejala

Jika pedih hulu hati semakin teruk, anda boleh menghilangkannya dengan menukar tabiat pemakanan, selain paling utama, berhenti merokok

INFO
Simptom GERD
  • Muntah asid (asid regurgitation)
  • Terasa keasidan dalam perut
  • Pedih hulu hati
  • Sakit dada yang terasa sama dengan sakit dada disebabkan sakit jantung
  • Ketidakhadaman makanan (dyspepsia)
  • Terasa pahit atau masam pada mulut
  • Kerap sendawa
  • Kesukaran menelan makanan atau tercekik

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/25
Sumber : Harian Metro

Isnin, 19 Januari 2015

MANFAAT ALFALFA COMPLEX

Assalamualaikum semua..

Doa saya semoga kita semua berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayang Allah...

Minggu ni minggu kedua anak-anak bersekolah..Alhamdulillah..

Bersyukur sangat hari ni sebab masa hantar anak syurga saya ke sekolah tadi dia tak menangis macam minggu lepas...tapi bawak ronda-ronda dulu la..beli roti...hihi..apa saja lah duhai anak..asalkan Syamil mahu ke sekolah dan tak menangis...hati ibu pun rasa lapang bila Syamil tak menangis...boleh la ibu update blog kesayangan ibu ni...hihi

Ok, sempena bulan promosi Alfalfa ni saya nak la kongsikan serba sedikit maklumat berkaitan Alfalfa Complex ni...

Apa yer MANFAAT utama Alfalfa ni? Jom saya kongsikan dengan pembaca semua...

1. Mencuci hati, darah dan usus.
Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

2. Melawan alahan
Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

4. Menyingkirkan lemak dan kolesterol
Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa dapat mengangkut lemak dan kolesterol kerana alfalfa mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol dan lemak.

5. Melawan tumor
Memakan 30 - 50 biji tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang kanser. Persekitaran perut yang berasid sememangnya rumah untuk pertumbuhan kanser.

6. Melegakan keletihan
Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit

7. Mencegah / merawat atritis
Melegakan atritis dan kesakitan


Apa pula keistimewaan Alfalfa jenama Shaklee berbanding jenama lain?

Alfalfa ialah tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien. Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi.

Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.

Okey setakat ni dulu perkongsian kita untuk hari ini...

Sempena promosi Alfalfa bulan ni jangan lepaskan peluang untuk buat stok banyak-banyak...



Isnin, 5 Januari 2015

APA ITU ANTIOKSIDA?

Assalamualaikum warahmatullah...

Kita kerap mendengar perkataan antioksida...tetapi adakah kita tahu apakah yang dimaksudkan dengan antioksida? Mungkin artikel ini dapat meningkatkan pemahaman kita apa sebenarnya maksud antioksida...

kredit to: http://www.myhealth.gov.my/
Penulis  : Munira Bt Muhammad

Apakah itu antioksida?
Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.
Radikal bebas adalah hasil sampingan yang sangat reaktif yang terhasil daripada proses kimia yang berlaku dalam badan. Bahan ini boleh memudaratkan serta merosakkan sel dan tisu badan. Ia juga dianggap sebagai penyebab kanser, penyakit jantung dan lain-lain penyakit. Dalam badan, radikal bebas boleh dibentuk melalui proses yang dinamakan pengoksidaan dan terdapat banyak faktor luaran yang boleh mempengaruhi jumlah radikal bebas seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran asap, bakteria berbahaya, asap rokok dan pemakanan yang kurang sihat.
Lazimnya, badan kita boleh mengendalikan radikal bebas, tetapi jika jumlahnya adalah berlebihan, ia mungkin boleh merosakkan sel dan tisu badan. Kerosakan akibat radikal bebas juga boleh terkumpul selari dengan peningkatan usia.
Di manakah antioksida boleh ditemui?
Badan kita menghasilkan antioksida dengan sendirinya, tetapi apabila usia kita meningkat, kebolehan badan untuk menghasilkan antioksida akan berkurangan. Oleh yang demikian, kita memerlukan antioksida daripada sumber luaran. Antioksida terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan juga makanan-makanan lain termasuklah kekacang, bijirin, ayam, sesetengah daging dan ikan. Bahan antioksida termasuklah beta karotena, lutein, likopena (lycopene). selenium, vitamin C dan vitamin E. Sumber antioksida yang selalu ditemui adalah:
1.     Beta karotena
Beta karotena adalah prekursor bagi vitamin A (retinol). Ia lazimnya ditemui dalam kebanyakan makanan yang berwarna oren atau jingga seperti aprikot, lobak merah, labu, mangga, ubi keledek, dan buah pic. Ia juga terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau termasuklah bayam dan brokoli.
2.     Lutein
Lutein sering kali dikaitkan dengan mata yang sihat. Ia terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kubis dan kailan. Kombinasi lutein dengan zeaxantin dan buah bilberi boleh memberi kesan antioksida yang signifikan. Tambahan lagi, apabila digabungkan dengan vitamin C, kombinasi antioksida ini telah menunjukkan hasil yang signifikan dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit katarak.
3.     Likopena (Lycopene)
Likopena adalah antioksida yang efektif yang ditemui dalam betik, jambu batu, tembikai, tomato, aprikot, limau gedang, dan buah oren.
4.     Selenium
Selenium adalah mineral dan merupakan komponen bagi enzim antioksida. Ia bukanlah nutrient antioksida. Di kebanyakan negara, tumbuhan makanan seperti nasi dan gandum merupakan sumber utama. Selenium yang digabung dengan glutathione boleh menghentikan tumbesaran tumor dan melindungi hati. Sesetengah kacang seperti kacang Brazil mengandungi kandungan selenium yang tinggi.
5.     Vitamin C
Vitamin C, yang juga dikenali sebagai asid askorbik, merupakan vitamin larut air. Vitamin C adalah antioksida yang ditemui dalam buah-buahan citrus dan jusnya, bayam, brokoli, kiwi, strawberi, kranberi, kubis dan lada hijau. Ia juga terdapat dalam bijirin, daging, ayam, dan ikan. Para penyelidik telah mendapati bahawa jus kranberi boleh meningkatkan tahap antioksida serta tahap kolesterol baik dalam darah, maka ia boleh membantu untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.
6.     Vitamin E
Vitamin E yang juga dikenali sebagai alfa-tokoferol (alpha-tocopherol) dan terdapat dalam pelbagai jenis minyak termasuklah minyak germa gandum, minyak jagung dan minyak kacang soya. Ia juga ditemui dalam apricot, brokoli, kekacang, mangga dan makanan-makanan lain. Peningkatan pengambilan vitamin E boleh membantu untuk mengurangkan risiko mengalami penyakit Parkinson. Selain itu, kombinasi vitamin A, vitamin E dan karotenoid boleh menambah baik pertahanan oksida dan sistem imunisasi. Vitamin E (untuk kumpulan tocotrienol sahaja) juga menunjukkan aktiviti antikanser yang signifikan.
Apakah faedah serta kebaikan antioksida?
Penyelidikan yang lebih mendalam perlu dijalankan untuk mengenal pasti faedah antioksida kepada kesihatan manusia. Masih belum terdapat bukti bagi faedahnya, dan bukti-bukti penggunaan vitamin antioksida untuk mengurangkan penyakit kronik juga masih dalam peringkat awal penyelidikan.
Kesimpulan
Antioksida digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pemakanan tambahan kesihatan dengan harapan untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung koronari. Kajian awal yang telah dijalankan mencadangkan bahawa pemakanan tambahan antioksida mungkin boleh menggalakkan kesihatan yang baik, walaupun kajian percubaan klinikal yang lebih besar tidak dapat mengesan sebarang faedah. Walau bagaimanapun, diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menambah baik kesihatan serta meningkatkan kesejahteraan secara umumnya. Oleh yang demikian:
  • Makanlah pelbagai jenis bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang berpatutan daripada bergantung kepada pemakanan tambahan dengan beberapa antioksida.
  • Lakukan senaman bersesuaian dan makan diet yang seimbang melalui lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari untuk membekalkan komponen yang diperlukan serta membantu badan kita untuk membina sistem antioksida secara semula jadi. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk memastikan pengambilan nutrien antioksida yang mencukupi.
  • Bahan-bahan lain yang terdapat dalam sumber antioksida semula jadi memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Sebelum mengambil sebarang pemakanan tambahan antioksida, pastikan risiko serta faedah yang bakal diperolehi.
  • Bagi sesetengah antioksida, kepekatan yang tinggi boleh memberikan kesan toksik, maka elakkan mengambil suplemen secara berlebihan.






Jumaat, 2 Januari 2015

PROMOSI BERGANDA-GANDA DI TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum warahmatullah....

Bulan Januari 2015 membuka tirai dengan promosi berganda-ganda dari Shaklee..

Nak tau apa dia promosi bulan ni?

Tadaaaa...

BELI  6 PERCUMA  1 @ BELI 2 DISKAUN 5%
BELI  6 PERCUMA  1 @ BELI 2 DISKAUN 5%



BELI  3 PERCUMA  1 

Nantikan info berkaitan produk-produk ini dalam posting saya akan datang...

FB HEADER...


Alhamdulillah...tahun baru dengan fb header yang baru untuk tahun baru 2015...saya tempah dengan REKANEKA...Semoga tahun ini adalah tahun yang terbaik untuk saya dan keluarga saya...

Sedang menanti Blog Header pulak...lepas ni boleh tukar lah header kat atas tu...hihi...