Jumaat, 17 April 2015

Penyusuan Secara Eksklusif

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua...

Tahu tak apa yang dimaskudkan dengan penyusuan secara eksklusif?

Haa..kalau dah tahu Alhamdulillah, kalau belum tahu meh saya nak bagi tau...

"Penyusuan ibu secara eksklusif bermaksud bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan kepada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap pula hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun"

Bagaimana pula nak mencapai penyusuan eksklusif selama enam bulan selepas kelahiran ni yer?

Berapa perkara berikut bolehlah diamalkan untuk mencapai penyusuan secara eksklusif.
  1. Penyusuan susu ibu perlulah dimulakan dalam masa satu jam selepas kelahiran bayi.
  2. Penyusuan secara eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makanan atau minuman walaupun air masak.
  3. Ibu perlu menyusukan bayi mengikut kehendak, yang bermaksud kekerapan menyusu adalah bergantung pada permintaan bayi. (sekurang-kurangnya 8 -12 kali sehari)
  4. Tidak memberikan sebarang susu formula atau puting kosong kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.
  5. Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut.
Susu ibu umpama mutiara yang berharga. Pemberian ikhlas seorang ibu kepada anaknya.

Kat bawah ni adalah antara FAEDAH susu ibu untuk BAYI kita.
  1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
  2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
  3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan.
  4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
  5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik.
  6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
  7. Mengurangkan penyakit kencing manis, pneunomia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak.
  8. Menggalakkan tumbesaran
  9. Penghadaman yang mudah.
Susu ibu bukan sahaja memberi faedah kepada bayi tetapi juga memberi FAEDAH kepada IBU juga, antaranya adalah:
  1. Membantu mengecutkan rahim serta mengurangkan pendarahan.
  2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
  4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran.
  5. Menjimatkan wang.
  6. Mudah dan tidak perlu persediaan.

*********************************************

Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan penyusuan..hubungi 0196160108 (Kak Zai) untuk konsultasi percuma.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan