Khamis, 7 Mei 2015

CARA PEMAKANAN YANG BAIK SEMASA HAMIL

Assalamualaikum semua...apa khabar?  Semoga sihat sentiasa terutamanya buat ibu-ibu yang sedang hamil tu...

Hari ni Penang cuti sempena PRK Permatang Pauh...jadi lambat sikit bersiaran...uruskan apa yang patut dulu..

Oklah...nak cerita tentang tips pemakanan untuk ibu hamil plak hari ni...


Apa yer cara pemakanan yang baik semasa hamil?

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu hamil semasa makan bagi memastikan ibu sentiasa sihat dan bertenaga. Tak la nanti letih lesu, lunyai dan tak bermaya...

Ubah cara makan yang kurang baik
Ibu perlu sedar bahawa ibu sedang hamil. Jadi, diet pemakanan ibu haruslah mengikut diet pemakanan untuk ibu hamil. Ketika ini, ibu memerlukan lebih banyak protein (62.5g sehari), kalori untuk tenaga (tambahan sebanyak 360 kalori sehari), kalsium (1000mg sehari), minyak ikan (200 - 300mg sehari), vitamin dan mineral seperti asid folik (600mg sehari) dan zat besi (29mg sehari) untuk perkembangan bayi.


Jangan mengurangkan jumlah makanan semasa hamil.
Pada waktu ini bukanlah masa yang sesuai untuk menguruskan badan. Ia akan membahayakan ibu dab bayi. Berdiet secara tidak betul semasa hamil akan menyebabkan ibu dan bayi kekurangan vitamin dan mineral penting yang lain. Pertambahan berat badan semasa hamil adalah petanda  yang baik dan sihat. Ibu yang mengamalkan pemakanan secara sihat akan mengalami pertambahan berat badan secara berperingkat dan ia secara umumnya akan melahirkan bayi yang sihat.


Makan dengan jumlah yang kecil tetapi kerap.
Pada trimester pertama, kebiasaannya ibu akan mengalami morning sickness iaitu muntah dan mual. Ibu dinasihatkan supaya makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap. Elakkan mengambil makanan yang pedas dan berminyak. Makan dalam jumlah yang sedikit dan ulang dalam selang masa 4 jam. Ibu harus ingat bahawa walaupun ibu tidak rasa lapar tetapi bayi dalam kandungan memerlukan makanan yang mencukupi.

Amalkan vitamin ibu hamil secara teratur
Makanan yang ibu makan adalah merupakan sumber vitamin yang paling baik. Tetapi selalunya vitamin akan hilang semasa proses menanam, memasak dan menyediakannya. Jadi mungkin vitamin dalam diet pemakanan ibu akan berkurangan terutamanya asid folik dan zat besi yang sangat diperlukan oleh bayi. Sebab itulah ibu hamil perlu mengambil vitamin ibu hamil secara teratur.


Minum air yang cukup.
Setiap 25kg berat badan ibu, ibu perlu minum 1 liter air. Ini kerana ibu memerlukan jumlah cecair yang mencukupi untuk ibu dan bayi. 33% pertambahan berat badan ibu semasa hamil adalah daripada berat air. Ia amat penting untuk menghasilkan sel darah merah bayi bagi sistem peredaran darahnya. Tubuh ibu memerlukan air sepanjang tempoh ini untuk mengatasi masalah sembelit dan untuk mengawal suhu badan ibu.


Banyakkan makan makanan berserat, buah-buahan dan sayur sayuran.
Banyakkan makan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran supaya dapat membantu mengatasi masalah sembelit yang sering berlaku sepanjang tempoh kehamilan.


Dengan mengamalkan pemakanan sihat, ia bukan sahaja mampu membantu ibu sentiasa sihat, ceria dan bertenaga malahan juga turut membantu perkembangan bayi secara optimum. 

Salam sayang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan