Khamis, 30 Oktober 2014

VITA-E COMPLEX®


Kod Produk:10112 (120 kapsul)

Vita-E Complex® mengandungi vitamin E (d-alfatokoferol) asli daripada minyak sayuran serta selenium yang berperanan melengkapi aktiviti vitamin E.

Setiap kapsul sofgel menyediakan:

  • 400IU vitamin E semula jadi dan 65mcg selenium.
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang baik

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

ZINC COMPLEX


Kod Produk:11009 (120 tablet)

Zink ialah mineral penting yang terkandung dalam setiap sel tubuh kita. Ia mengaktifkan tindakan hampir100 jenis enzim, iaitu bahan-bahan pencetus tindak balas biokimia dalam tubuh anda.

Menyokong dan Mengekalkan Kesihatan

Zink Complex Shaklee membekalkan zink, bahan utama untuk kesihatan yang sempurna dan amat diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Zinc Complex juga merupakan sumber kalsium yang berkualiti untuk kesihatan keseluruhan badan anda.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

PEPPERMINT GINGER PLUS


Segar dan Melegakan
Kod Produk:10126 (90 tablets)

Halia adalah herba yang sangat berkesan untuk menyihatkan saluran pencernaan dan melegakan ketidakselesaan perut secara semula jadi.

Pudina pula adalah herba yang dapat melancarkan sistem pencernaan serta berkesan untuk melegakan dan menyelesakan perut.

Shaklee Peppermint-Ginger Plus bertindak melegakan dan menenangkan perut anda dengan khasiat semula jadi pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis. Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.


Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

OSTEMATRIX™

Kod Produk:10128 (120 caplets)

Tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia membina kerangka tubuh, menyokong berat badan serta melindungi organ-organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang; selain membolehkan kita menggerakkan otot dan tubuh dengan bebas. Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum adalah amat penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna.

Bukan Sekadar Kalsium

OsteMatrix™ membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

NUTRIFERON®


Satu-satunya suplemen hasil penyelidikan pakar imun terkemuka, Dr. Yasuhiko Kojima.
Kod Produk:10250 (30 pek x 1.2 g)

Hasil Penyelidikan Melebihi 40 Tahun

Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon® selepas menjalankan pelbagai penyaringan, uji kaji dan penilaian terhadap ribuan sebatian dan lebih 200 herba yang berlainan.

Nutriferon® mengandungi campuran proprietari ekstrak tumbuhan semula jadi daripada biji labu, benih plantago, bunga bebuas Jepun dan bunga kesumba.

Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

DTX™ Complex




Kod Produk:10330 (90 kaplet)

Shaklee DTX™ Complex mengandungi campuran proprietari pelbagai ekstrak aktif daripada milk thistle, schizandra, dandelion, cendawan reishi, kunyit dan articok.

Digunakan secara tradisional sebagai tonik hati*
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

GARLIC COMPLEX


Kod Produk:10127 (120 tablet)

Alisin merupakan sebatian aktif daripada bawang putih yang menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatannya. Alisin tidak terdapat di dalam bawang putih“biasa” – ia dihasilkan apabila bawang putih dihiris halus atau dihancurkan.

Bawang putih telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, demam selesema dan melancarkan peredaran darah.*

Setiap tablet Garlic Complex Shaklee mengandungi 500 mg bawang putih.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

LECITHIN


Kod Produk:10163 (180 kapsul)

Lesitin soya ialah sumber utama kolina, salah satu komponen pengutus saraf asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej dalam otak dan sistem saraf.

Lecithin Shaklee diperoleh secara semula jadi daripada kacang soya. Setiap sofgel mengandungi 530mg lesitin.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

B COMPLEX

Vitamin B untuk Kesihatan yang Baik
Kod Produk:10164 (120 tablet)

Adakah anda mendapat bekalan vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah ubat preskripsi boleh mengurangkan bekalan vitamin B anda. Oleh yang demikian, vitamin B perlu dititik beratkan sebagai komponen asas dalam sesebuah diet yang seimbang.

Spektrum B Penuh dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.

  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
  • Asid folikdan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
  • Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

HERB-LAX™

Kod Produk:11007 (120 tablets)

Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus.*


Herb-LaxTM bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala.


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.


Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

CAROTOMAX®


Rumusan Enam Karotenoid Paling Berkhasiat
Kod Produk:10113 (30 capsules)

Carotomax® ialah campuran proprietari alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan manfaat kuasa karotenoid serba lengkap. Makanan harian anda sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan kekuatan dan keaslian perlindungan antioksidan sebegini!

Carotomax® mengandungi karotenoid semula jadi daripada buah sawit dan alga dunaliellasalina.

  • Mengekalkan kesihatan yang baik
  • Membantu menggalakkan pertumbuhan, menajamkan penglihatan dan merangsang perkembangan tisu*
  • Memelihara kesihatan kulit dan fungsi membran mukosa
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Isnin, 27 Oktober 2014

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET


Mengaktifkan pergerakan dan kelancaran sendi
Kod Produk:11004 (60 tablets)

Shaklee Joint Health Tablet:

  • Ialah formula proprietari yang menampilkan gabungan bahan-bahan yang sangat efektif dan terbukti berkesan untuk menyokong pergerakan, fleksibiliti dan fungsi sendi yang sihat
  • Diperbuat daripada bahan yang bertindak pantas untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada sendi
  • Mengandungi rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi
  • Shaklee Joint Health Tablet adalah 100% rumusan vegetarian yang hanya berasaskan tumbuhan dan mineral.



ALFALFA COMPLEX


Sumber Nutrien & Klorofil Asli
Kod Produk:10159 (330 tablet), 10162 (700 tablet)

Alfalfa ialah tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien. Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi.

Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.

  • Sumber alfalfa semula jadi
  • Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau menyusukan anak, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih dahulu.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Performance® Natural Orange


Minuman Penghidratan Tulen
Kod Produk:11002 (539 g)
Memuaskan Dahaga Para Juara

Penyahhidratan merupakan faktor utama yang sering mengakibatkan kelesuan dan menjejaskan prestasi atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. Di samping itu, Performance mengandungi lebih banyak elektrolit dan membekalkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman penghidratan terkemuka.

Rumusan elektrolit proprietari OPTI-LTYE™ dengan campuran unik karbohidrat kami bertindak pantas untuk memberikan tenaga serta-merta yang berkekalan serta merangsang penghidratan optimum.

Terbukti secara Klinikal

  • Ujian makmal terhadap atlet cemerlang menunjukkan bahawa Performance Shaklee membekalkan spektrum elektrolit yang menyeluruh, termasuk kalsium dan magnesium (ciri unik yang tidak dimiliki oleh jenama terkemuka)
Ambil yang Terbaik, Serlahkan yang Terbaik

  • Dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat meningkatkan prestasi anda, membantu anda menjalani latihan lebih lama dan mengembalikan tenaga dengan lebih cepat, Shaklee Sports Nutrition adalah pilihan bijak untuk memberikan apa yang tubuh anda perlukan sebelum, semasa dan selepas latihan.

Jaminan Ketulenan Shaklee

  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis atau pengawet


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Cinch® Shake Mix


Kod Produk:17023 (Cafe Latte), 17021 (Vanila), 17022 (Coklat)

Kekalkan kepejalan otot dan pastikan anda sentiasa kenyang dan selesa dengan Cinch® Shake Mix yang sungguh lazat dan berkhasiat tatkala anda menurunkan berat badan.
  •  Padat dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa
  • Tinggi serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Cinch® Energy Tea Mix

Tingkatkan Tenaga Anda
Kod Produk:20345 (28 pek)
Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.
  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian
Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


PHYTOCOL-ST™

Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol
Kod Produk:11006 (60 tablet)

Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.
  • Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi
  • Dirumus daripada campuran sterol & stanol
  • Membekalkan 2,000mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)


CoQHealth™ Plus


Kod Produk:Product Code: 10121 (30 kapsul)

CoQHealth™ Plus menampilkan adunan proprietari serba semula jadi iaitu 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau di dalam kapsul minyak kacang soya bagi pelarutan maksimum untuk penyerapan dan ketersediaan bio yang lebih baik.

CoQ10 telah terbukti mampu:
  •  Merangsang penghasilan tenaga jantung
  • Menyihatkan dan melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu meningkatkan dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Help to replenish and maintain CoQ10 levels in the blood


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

GARLIC COMPLEX


Kod Produk:10127 (120 tablet)

Alisin merupakan sebatian aktif daripada bawang putih yang menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatannya. Alisin tidak terdapat di dalam bawang putih“biasa” – ia dihasilkan apabila bawang putih dihiris halus atau dihancurkan.

Bawang putih telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, demam selesema dan melancarkan peredaran darah.*

Setiap tablet Garlic Complex Shaklee mengandungi 500 mg bawang putih.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

OMEGAGUARD™


Kod Produk:10236 (90 capsules)

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.

Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™ membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

COLLAGEN POWDER


Untuk kulit yang tampil lebih muda dan lebih sihat
Kod Produk:11000 (15 sachets)

Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.

Bagi meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyerlahkan kecantikan dalaman anda, produk kolagen kami dirumus dengan tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dan boleh dicampurkan ke dalam makanan dan minuman kegemaran anda. Setiap sajian dibungkus dalam paket berasingan untuk pengambilan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.


* Berat molekul kolagen diukur dalam Dalton.

VIVIX®


Penemuan Revolusioner oleh Shaklee
Kod Produk:10320 (150ml)

Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.

Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.


* Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.

MEAL SHAKES

Kod Produk:20321 (544 g)

Hidangan lazat, berkhasiat dan mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

  • Sarapan segera penuh berkhasiat
  • Sajian yang lazat, murah dan cepat disediakan
  • Makanan segera untuk dinikmati oleh semua
  • Snek yang sungguh sedap dan boleh diambil pada bila-bila masa
  • Sajian ideal yang rendah kolesterol, lemak dan natrium

Shaklee Meal Shake merupakan sumber protein yang lengkap dengan penambahan vitamin dan mineral. Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh anda dan amat diperlukan dala


Di samping itu, Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein, termasuk asid amino perlu dan tidak perlu.

CHEWABLE VITA-C™ PLUS

Kod Produk:10621 (90 tablet)

Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kandungan antioksidan semula jadi tubuh. Selain itu, ia juga amat diperlukan untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan keseluruhan tubuh secara amnya.

Vitamin C tambahan diperlukan oleh wanita hamil dan ibu yang sedang menyusukan bayi kerana diet sahaja tidak dapat memberikan tahap vitamin C yang mencukupi.

Chewable Vita-C dirumus dengan perisa sitrus yang lazat dan membekalkan vitamin C yang bersamaan dengan 1½ buah oren. Ia sesuai untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah untuk menelan tablet.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

ESP - Soy Protein Isolate Powder


Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan
Kod Produk:11003 (850g)

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ahad, 26 Oktober 2014

SUSTAINED RELEASE VITA-C™ PLUS


Bekalan Vitamin C Serba Semula Jadi untuk Sepanjang Hari
Kod Produk:10104 (180 tablet)

Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.

Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.*

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

VITA LEA IRON FORMULA


Multivitamin & Multimineral
Kod Produk:10131 (120 tablet)
Kepelbagaian yang Menakjubkan
Sains terbaik Shaklee menghasilkan salah satu suplemen yang paling komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.


Apabila Diambil Setiap Hari, Vita-Lea:
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang sempurna*
  • Mengandungi beta karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu.
  • Membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat
  • Vitamin B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosussistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


FAQ

Apakah Shaklee?

  • Shaklee merupakan peneraju perniagaan & pembuatan suplemen / vitamin semulajadi terulung di dunia, berusia lebih 55tahun, dan lebih 30 tahun di Malaysia. Walaupun begitu, selain suplemen, Shaklee juga mengeluarkan produk-produk lain. Boleh rujuk web Shaklee : www.shaklee.com.my 

Adakah Shaklee halal?

  • Ya. Produk Shaklee Malaysia disahkan halal oleh Islamic Service of America yang merupakan badan diiktiraf JAKIM 


Bagaimana saya boleh menjalankan perniagaan Shaklee?

Keahlian seumur hidup Shaklee boleh didapati dengan 3 cara :
  1. Bayaran yuran RM75 (Semenanjung) / RM85 (Sabah & Sarawak)
  2. PERCUMA dgn pembelian RM680 produk+*caj pos RM10(Semenanjung)/*RM20(Sabah & Sarawak) *TIADA caj penghantaran untuk pembelian produk Vivix
  3. PERCUMA dgn pembelian produk bernilai RM800 (Semenanjung) / RM1000 (Sabah & Sarawak) 

Adakah keahlian saya boleh tamat tempoh?

  • Untuk memastikan keahlian kita aktif, kita perlu membuat sekurang-kurangnya pembelian 1 produk dalam tempoh setahun. Contohnya, produk termurah di Shaklee adalah Zinc Complex (120 biji) = RM27. Beli 1 botol Zinc Complex pada tahun 2014, maka keahlian anda aktif untuk tahun tersebut. TIADA bayaran untuk memperbaharui keahlian, hanyalah pembelian 1 produk sahaja dalam tempoh setahun. 


Bolehkah saya memulakan bisnes ni dengan modal 0?

  • Boleh. Kumpulkan pesanan dari rakan, saudara atau pelanggan sehingga  mencapai RM680 atau lebih, kami akan daftarkan keahlian anda secara PERCUMA


Berapakah pembelian minimum yang perlu saya buat setiap bulan?

  • Di Shaklee, anda tidak dipaksa membuat belian minimum untuk kesinambungan keahlian. Sekiranya cukup minimum pembelian bulanan, anda layak mendapat cashback, jika tidak cukup, anda tidak layak mendapat cashback, namun keahlian TIDAK terbatal.


Berapakah minimum belian untuk saya layak menerima bonus?

  • Belian minimum bulanan untuk layak bonus hanyalah lebih kurang RM480 sebulan. Anda boleh menggunakan ID Shaklee anda untuk membuat belian, juga boleh berkongsi ID anda dengan sahabat & saudara-mara.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat belian?

  • Setelah mendaftar, gunakan ID anda untuk menikmati PENJIMATAN harga & CASHBACK. Belian  produk Shaklee boleh dilakukan secara tunai, kad debit atau kad kredit melalui :

  1. Belian terus / walk in ke cawangan berdekatan (Shaklee tiada stokis)
  2. Pesanan melalui panggilan telefon (menggunakan kad debit / kad kredit sahaja)
  3. Belian melalui webpage shaklee2u yang dikhaskan kepada anda (menggunakan kad debit / kad kredit sahaja)

  • Bagi cara 2 & 3, produk akan dihantar terus ke alamat anda dalam tempoh 1-4 hari bekerja. Caj pos akan dikenakan sebanyak RM10 (Semenanjung) / RM20 (Sabah Sarawak) atau penghantaran percuma untuk pembelian produk Vivix atau pembelian berjumlah RM800 (Semenanjung) / RM1000 ( Sabah Sarawak)


Apakah webpage shaklee2u?

  • Setelah mendaftar, anda akan menerima no keahlian (ID) dan password, ianya digunakan untuk mengakses webpage yang dikhususkan untuk akaun anda di www.shaklee2u.com.my.




 webpage shaklee2u khusus untuk yang pengedar berdaftar Shaklee

  Di shaklee2u juga, anda boleh :
  1. Membuat pembelian & barang dihantar terus kepada anda atau customers
  2. Menyemak ahli berdaftar di bawah anda
  3. Mendaftar ahli baru
  4. Mengetahui aktiviti terkini Shaklee Malaysia
  5. Menyemak senarai belian bulanan atau bulan-bulan sebelumnya
  6. Mengetahu jumlah bonus yang bakal diterima
  7. Menyemak jumlah points terkumpul dari pembelian anda


Perlukah saya menyimpan stok untuk perniagaan saya?

  • Ini adalah pilihan anda. Anda boleh menyimpan stok atau meminta Shaklee mengepos terus kepada pelanggan anda setelah belian dibuat dengan ID anda (sistem dropship)

Berapakah bonus yang saya boleh dapat dari perniagaan ini?

  • Tiada jumlah tertentu yang boleh ditetapkan untuk bonus anda. Ianya bergantung kepada usaha anda & keluasan rangkaian perniagaan anda. Bonus Shaklee boleh dinikmati serendah 2 angka sehinggalah ke 6 angka, malah tiada had.


Bagaimanakah cara bonus Shaklee dibayar kepada saya?

  • Anda boleh memilih untuk menerima bonus tunai atau cek. Bonus tunai akan dikreditkan terus ke akaun bank anda pada 14 haribulan setiap bulan. Contohnya, belian sepanjang Januari akan dikira & bonus akan dikreditkan pada 14 Februari. Jika tidak, anda juga boleh memilih untuk menerima cek berpalang. Shaklee akan menghantar cek secara pos di hujung bulan / anda mengambil sendiri cek di cawangan Shaklee bermula 15hb - 18hb.


Adakah ganjaran lain selain tunai?

  • Ya. Shaklee menawarkan 3C - Cash, Car & Convention
1. Cash - Ganjaran tunai meliputi :
  • Bonus dari jualan kumpulan
  • Untung runcit
  • Bonus kepimpinan
  • Insentif Coordinator (pangkat) 
     
2. Car

  • Apabila kumpulan anda telah berkembang dan mencapai jualan minimum yang ditetapkan, anda layak menerima tambahan 3% daripada keseluruhan. Ini dikenali sebagai insentif kereta. Shaklee membayar secara tunai. Terpulang kepada anda bagaimana untuk digunakan

     
3. Convention     
  • Selain mengumpul uv (unit value) bagi setiap pembelian, anda juga berpeluang mengumpul mata untuk percutian dalam negara dan antarabangsa. Mata dikira berdasarkan:

           i ) Jualan kumpulan ; lebih kurang RM930 menyumbangkan 1 mata
           ii) Pendaftaran ahli baru dengan pembelian RM650 ; menyumbangkan 1mata
          iii) Penghasilan leader baru. Seorang supervisor (dgn jualan RM9000 sebulan);
                20 mata
          iv) Kenaikan pangkat ; ni ada jumlah tertentu ikut jadual, semakin tinggi pangkat, semakin 
                banyak mata

Percutian ini terbahagi kepada 2 :
  1. Percutian dalam negara
  2. Percutian antarabangsa atau Umrah Ziarah bagi Muslim Leader.


*** Umrah ditawarkan setiap tahun, destinasi percutian lain adalah berbeza mengikut tahun.
    

Jika saya menyertai keluarga Syamil Miracle, adakah saya perlu menghadiri mesyuarat pada tempoh tertentu?

  • Tidak. Di Syamil Miracle kami menjalankkan online coaching, secara berkumpulan / individu. Perjumpaan offline ada dijalankan sekali-sekala tetapi ianya tidak diwajibkan. Kami mempunyai leaders dari setiap negeri di Malaysia dan rata-ratanya berjaya hanya dengan online coaching individu dan melalui support group dari susur galur Syamil Miracle.


Berapa lamakah tempoh masa untuk saya mencapai bonus 4 - 5 angka?

  • Ianya bergantung kepada usaha anda. Ada leader yang mencapai 4 angka selepas 1 bulan, 3 bulan, 1 tahun menyertai Shaklee. Ia bergantung kepada individu.


Perlukah saya mencari downlines?

  • Permulaan bisnes Shaklee adalah perkongsian kebaikan produk dari hati & pengalaman anda sendiri. Tanpa downlines, anda juga boleh mencapai pangkat supervisor & menikmati peratus bonus tertinggi iaitu 21%. Namun, sekiranya ada antara pelanggan yang ingin menjadi ahli / downline / anak Shaklee anda, ini adalah peluang untuk anda berkongsi ganjaran Shaklee dengan beliau.


Masih ada pertanyaan? Hubungi kami di;-


Sabtu, 25 Oktober 2014

Kebaikan Meal Shakes Kepada Anak

Assalamualaikum...

Ok, seperti yang saya janjikan tengahari tadi, saya kongsikan dengan pembaca semua tentang kebaikan Meal Shakes.


Sebelum tu jom kita baca dulu apa yang terkandung dalam Meal Shakes Shaklee. Meal Shake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buah, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferin, bacteriolysin dan sebagainya.

Erm...cukuplah citer sikit-sikit pasal apa yang ada dalam Meal Shakes ni..haaa...tudiaaa...tengok kat bawah ni, nutrien yang terdapat dalam Meal Shakes...


Ok...kita cerita pulak tentang kebaikan Meal Shake Shaklee...jom baca...

  1. Mengurangkan masalah Ekzema kepada kanak-kanak.
  2. Penting untuk perkembangan minda
  3. Sesuai untuk anak-anak yang sudah berhenti susu ibu.
  4. Untuk meningkatkan selera makan anak-anak
  5. Untuk anak kekal aktif
  6. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  7. Meningkatkan berat badan anak
  8. Membantu anak fokus
  9. Membantu mengurangkan kekerapan asthma
  10. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  11. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  12. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  13. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  14. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan dengan bijirin atau susu
Banyakkan kebaikan Meal Shake ni, jadi sangat berbaloilah jika kita laburkan wang untuk tumbesaran anak-anak kita.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 0196160108 @ 0127987876




Mengapa Saya Berikan Syamil Meal Shakes..

Assalamualaikum warahmatullah...

Salam Maal Hijrah 1436 buat semua..

Semoga tahun baru ini akan memberikan kita satu lagi kekuatan untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam mendapatkan keredhaan Allah..

Hari ini saya hendak kongsikan mengapa saya memberikan anak kesayangan saya yang seorang ni makan Meal Shakes..

Anak saya ada masalah sembelit semenjak saya tukarkan susunya dahulu dari Enfagrow ke Anmum..Sehingga sekarang Syamil masih mempunyai masalah sukar nak poopoo...Kita yang dewasa ni pun kadang-kadang sembelitkan..apatah lagi kanak-kanak macam Syamil yang baru nak injak 3 tahun..

Sangat kesian tengok Syamil bila dia nak poopoo, berpeluh-peluh sampai kadang-kadang sampai tertido. Jadi saya berikan Syamil minum Meal Shakes dengan menambahkan satu sudu Meal Shakes ke dalam susu pertama Syamil sebaik sahaja dia bangun tido setiap pagi...

Alhamdulillah...saya bersyukur sangat kepada Allah kerana dengan izinNya Syamil sudah senang poopoo..

Selain dah mudah poopoo, selera makan Syamil juga dah bertambah...hahaha..sekarang dah tak larat nak dukung. So, bab-bab dukung ni serah kat abah Syamil lah...hihi..

Meal Shakes bukan sahaja memudahkan anak-anak kita poopoo dan menambah selera makan, tetapi ada lagi khasiat dan kebaikan Meal Shakes ni...

Nanti saya ceritakan dalam posting saya yang akan datang yer...masa untuk saya memasak untuk keluarga...

Akhir kata, selamat bercuti di hujung minggu buat semua.

Wassalam
Tak lupa juga menitiskan minyak habbatus sawda dalam susu pertama Syamil setiap pagi selepas bangun tido.
Makanan sunnah tidak dipinggirkan walaupun mengambil supplemen moden.