Memaparkan catatan dengan label autisme. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label autisme. Papar semua catatan

Isnin, 16 November 2015

Ibu Mampu Menjadi Terapis Terbaik Untuk Anak

Satu ketika dulu ada orang cakap kat saya, kalau kita ada duit yang banyak kita boleh hantar anak ke Terapi Center terbaik...sebulan rm1000+...itu kalau ada duit..kalau xde duit? Takkan nak pulun cari duit n masa emas anak terabai?

Masa tahu Syamil autisme saya terus ambik keputusan drastik..berhenti kerja...putus sumber pendapatan saya...walaupun ramai anak2 yang tagihkan ilmu di sekolah...tapi saya nekad anak saya lebih utama untuk diberi perhatian...in shaa Allah anak2 murid di sekolah masih ada yg boleh ajar..patah tumbuh hilang berganti..anak saya kalau x diberi perhatian siapa lagi nak bantu dia?

Masa berhenti saya masih terkial2 dalam membantu anak saya...tak tahu nak mula di mana...belajar sikit demi sedikit..google tengok youtube sehinggalah saya join bengkel anjuran permata kurnia...bengkel ni banyak membuka mata saya untuk membantu Syamil.

Saya tak toleh belakang dah...saya tak fikir nak antar anak kat pusat terapi yang mahal2 dah...saya jadikan diri saya sendiri sebagai terapis untuk anak saya...

Saya kagumi usaha Dr Hasnah Toran dan team beliau...berhempas pulas gembeling tenaga untuk anak2 autisme di Malaysia...Semoga Allah kurniakan sebaik-baik ganjaran buat beliau dan team beliau.

Dalam masa setahun ini menjadi terapis untuk syamil...saya sangat bersyukur kerana Syamil dah banyak improvement...tak dapat bayangkan rasa seronok itu bila melihat perkembangan Syamil. Kadang2 bila tengok Syamil saya rasa Syamil seperti anak2 tipikal yang lain...sudah hampir tiada simptom2 Autism pada dia...sehingga ada orang kata Syamil tak macam ada autisme..hakikatnya syamil seorang autistic...

Selepas setahun Syamil di diagnos sebagai autistic...saya sangat bersyukur, dengan kemampuan Syamil...

Buat ibu bapa sekasut diluar sana, saya bangga dengan kalian yang mampu menjadi terapis untuk anak sendiri...kalian semua sumber inspirasi saya...

Saya yakin dan sangat yakin ibu bapa adalah terapis terbaik untuk anak2 kita...lebih banyak masa kita dengan mereka lebih banyak masa kita memeluk mereka lebih banyak masa untuk beraktiviti dengan mereka...

Terima kasih Allah....saya redha dan saya yakin akan hikmah di sebalik sesuatu ujian yang Allah berikan...

Terima kasih juga untuk cikgu-cikgu Syamil di Tadika Kaseh Ummi yang membantu Syamil di sekolah...Syamil banyak belajar dengan Cikgu...walaupun niat awal hantar ke sekolah hanya untuk bagi dia bergaul dengan murid lain, tapi Syamil dapat lebih daripada itu...Di tambah pula dengan anak2 di sana, Masya Allah..anak2 Tadika Kaseh Ummi yang sangat ohsem..terima kasih jaga Syamil untuk aunty...doakan Syamil yer..

Terima kasih buat semua...perjalanan Syamil masih jauh...semoga Allah berikan kekuatan kepada saya untuk terus membantu Syamil...

Rabu, 21 Oktober 2015

SYAMIL BERKENALAN DENGAN PERALATAN DALAM BILIK AIR

Assalamualaikum warahmatullah...

Masya Allah...sudah bersawang blog saya ni...lama sudah daku melupakanmu..tapi dihati tetap ada rasa rindu untuk menulis di blog ini..

Sibuk dengan urusan yang ntah apa-apa entah, tapi yang pasti saya tidak mahu lupa menyiapkan bahan-bahan pembelajaran baru untuk syamil...

Selalunya bahan yang saya buat dan sediakan untuk Syamil, saya tidak pernah lupa untuk kongsikan dengan rakan-rakan sekasut...sebab apa? Sebab saya tahu ibu-ibu yang bekerja takkan ada banyak masa untuk berada di hadapan komputer untuk mencari dan menyediakan bahan seperti saya. Kerana saya juga pernah bekerja dan saya juga merasai bagaimana letih dan penatnya selepas balik kerja. 

Alhamdulillah, saya ada group FB saya sendiri iaitu "Autism Teaching Aids (Malaysia)". Disitulah saya salurkan bahan-bahan yang saya buat. Semoga ia memberi manfaat kepada kanak-kanak seperti Syamil. Mungkin pendidikan sudah sebati dengan saya, bila berhenti sebagai guru pun, hati masih ingin menyumbang kepada pendidikan. Cuma mungkin caranya sudah tidak sama seperti menjadi guru di sekolah.

Hari ni saya nak kongsikan bahan yang saya buat untuk Syamil. Masa saya ajar Syamil tentang jenis-jenis pekerjaan, abah Syamil cadangkan kepada saya supaya saya kenalkan kepada Syamil peralatan di dalam rumah..bukanlah Syamil tak tahu, banyak juga yang Syamil dah kenal dan boleh sebut macam meja, kerusi, langsir, sudu, peti ais, mesin basuh, shower, paip dan banyak lagi lah..tak tersenarai kat sini...hii..tapi ada juga yang Syamil belum tahu sebut macam baldi n gayung...

1st target untuk kenalkan Syamil dengan peralatan dalam rumah dah tercapai. Ajar secara santai jer..Bila dan kenal semua benda maujud ni saya tukarkan ke dalam bentuk gambar pulak...Jadi, saya sediakan buku aktiviti ni dan flashcard..

Pengalaman mengajar Syamil sebelum ni memberitahu saya bahawa Syamil sangat mudah belajar melalui kaedah sight words, so saya gunakan kelebihan ini untuk ajar dia mengecam gambar dan perkataan..

Kad bacaan yang saya buat untuk Syamil...

Saya mulakan dengan perkenalkan kepada Syamil peralatan di bilik air dengan menggunakan kad ini...

Dan juga buku ini..


Mengajar anak tipikal dan anak isitmewa ini memerlukan cara yang berbeza...jadi apa yang saya pelajari saya gunakan untuk membantu anak saya...

Buku ini merupakan buku yang kita boleh pelbagaikan penggunaanya...ada 3 dalam 1 aktiviti...satu aktiviti saya dah tak buat..sebab senang sangat..hihi...kalau ikut 4 dalam 1...

Aktiviti pertama adalah memadankan gambar dengan gambar berperkataan, boleh ulang sebanyak mana yang kita nak, sehingga anak dah kuasai sepenuhnya..selalunya tak ambik masa yang lama pun untuk kuasai aktiviti ni..


Aktiviti 1: Memadankan gambar dengan gambar berperkataan

Bila anak dah kuasai aktiviti pertama, kita buat aktiviti kedua pulak...apa tu? Hihi..untuk aktiviti kedua kita bagi anak match gambar berperkataan dengan perkataan pulak...yang ni anak kena cam perhati dan fokus pada perkataan...Syamil dapat membaca sesuatu perkataan itu bunyi apa dengan aktiviti ni la...hihi..



Aktiviti 2 : Memadankan gambar berperkataan dengan perkataan

haa...bila anak dah terror matching dekat aktiviti kedua tu, kita move ke aktiviti yang akhir, kira aras tinggi la..hihi...

Aktiviti akhir ni, aktiviti memadankan gambar dengan perkataan, bila anak dah cam sesuatu perkataan tu apa, than baru boleh buat aktiviti ni...anak autis ni kadang-kadang belajar tak sama macam anak tipikal, macam Syamil dia boleh cam perkataan tu terus dan sebut...kemudian aktivti matching ni jadi lagi mudah..itulah keistimewaan yg Allah beri kat Syamil...tapi bukan semua yer macam tu...autisme ni spectrum..so kena faham kat situ...hiii...

Aktiviti 3: Memadankan gambar dengan perkataan

Okeylah, rasa sampai kat sini dulu sharing saya buat kali ni..haaaa...bagi rakan-rakan pembaca yang sedang tercari-cari bahan untuk pembelajaran untuk anak-anak boleh sertai saya di FB group "Autisme Teaching Aids(Malaysia)"...ada bahan yang saya upload khusus untuk pembelajaran anak autis dan ada juga yang semua kanak-kanak boleh guna..

Sampai jumpa lagi yer..wassalam...

Rabu, 29 Julai 2015

Individual Education Plan (IEP) Syamil bermula...

Assalamualaikum semua...

Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu...

Dah lama saya tidak menulis di blog ni...

Actually bahan IEP Syamil tu saya dah terima pada April lepas, asyik terlupa nak menelaah bahan yang dibekalkan oleh Cikgu IEP Syamil...

Tapi aktiviti pembelajaran Syamil yang saya buat berjalan seperti biasa..IEP ni lebih kepada apa yang center beri dan saya just follow jer..

So, semalam saya secara serius membaca dan mula mengambil langkah untuk memulakan IEP Syamil tu...sebelum ni Syamil mulakan dengan assesment yang mana Cikgu Cat nak tengok kemampuan dan keperluan Syamil untuk IEP seterusnya...3 kali perjumpaan baru selesai semua assesment tu.. banyak juga nak kena nilai...

Pada perjumpaan keempat Cikgu Cat bekalkan kepada saya apa yang saya perlu bantu Syamil di rumah untuk lengkapkan semua assesment yang tak berapa nak lulus kat center aritu..

Banyak jugak...hihi...jenuh la ibu nak hambat semua assesment tu..tapi secara kasarnya kebanyakkan assesment tu Syamil boleh buat...cuma masa kat center angin tak berapa ok...so kena ulang la kat rumah...hihi..harap boleh selesaikan pada bulan September nanti..

Satu lagi..berita gembira hari ni..saya disapa oleh seseorang yang master dalam terapi untuk kanak-kanak autisme ni...masya Allah...Alhamdulillah...beliau nak berkongsi bahan untuk Syamil...terima kasih sangat2 dan saya sangat menghargainya...terima kasih..terima kasih ya Allah..


Apa isi kandungan dalam fail ni? Hiihi...in sha Allah akan saya kongsikan dalam posting akan datang...

Salam Sayang buat semua...

Selasa, 19 Mei 2015

SYAMIL & AL QURAN

Duduk depan laptop dok fikir apa yang hendak saya catatkan hari ini...sudah lama juga terberhenti menulis blog..hampir seminggu lebih rasanya...sifat malas tu jangan dibela, saya paksa juga diri supaya saya tidak terikut-ikut dengan bisikan makhluk yang sentiasa mengajak ke arah kesesatan...

Hari ni saya nak abadikan kisah anak syurga saya Muhammad Syamil Zhafri dalam posting saya kali ini. Bagi yang mengikuti perkembangan Syamil tentu sedia maklum bahawa Syamil seorang anak istimewa yang Allah kurniakan kepada kami berdua. 


Alhamdulillah kini Syamil sudah berumur 3 tahun 6 bulan dan bulan November ini akan genaplah umurnya 4 tahun..Alhamdulillah..moga Allah panjangkan umurmu anakku..

Saya nak bercerita tentang bagaimana Syamil mula menghafal surah-surah dalam Al-Quran. Allah terangkan hati beliau untuk menghafal di kala pertuturannya masih tidak setanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya..

Bagaimana saya dekatkan dia dengan Al-Quran..

Di rumah pengasuh lagi, Syamil sudah didedahkan dengan zikir yang memuji kebesaran Allah. Alhamduillah, bila dibukakan zikir Syamil suka memerhati dan mendengar zikir tersebut. Di rumah pula kami selalu buka astro Oasis setiap hari tepat pukul 7 malam. Waktu itu rancangan yang disajikan adalah zikir dan bacaan ayat Al- Quran.

Setiap hari selepas Maghrib saya akan ajak Syamil membaca Al Furqan. Alhamdulillah Syamil dah masuk buku 2. Syamil anak istimewa yang sangat terang hatinya, ajar sekali dua beliau sudah dapat apa yang diajar. 

Sebelum tidur pula, saya akan bacakan kepadanya ayat Kursi dan 3 Qul. Pada awalnya beliau hanya mendengar sehinggalah pada satu ketika Syamil sudah boleh membaca sendiri tanpa saya dengarkan lagi padanya. Kini setiap kali hendak tidur, Syamil sudah boleh membaca sendiri ayat Kursi dan 3 Qul.

Syamil juga sudah boleh mengecam ayat-ayat Al-Quran

Bagaimana? Saya juga masih mencari-cari jawapannya...

Saya tahu Syamil mampu mengecam ayat dalam surah 
semasa saya menyediakan bahan ini.

Kisahnya bermula semasa saya sedang menyiapkan flash card surah Al-Fatihah, An Nas, Al Falaq dan Al Ikhlas...sedang saya sibuk menggunting, Syamil masuk ke dalam bilik. Terdetik hati untuk menguji Syamil...jadi saya tunjukkan satu potongan ayat dari surah apa saya pun dah tak ingat...Syamil dengan yakinnya membaca potongan surah tersebut...antara percaya dengan tidak, saya tunjukkan lagi potongan ayat yang lain, sekali lagi Syamil membacanya sehinggalah habis semua potongan ayat yang ada masa itu.. Masya Allah, Maha Suci Allah...tiada perkataan lain yang keluar dari mulut saya melainkan memuji kebesaran Allah..saat itu saya rasa sebak sangat...teringat tulisan Pn Ainizal dalam buku Genius Dari Syurga...

"Allah boleh beri lebih dari apa yang kita minta...percayalah..."

Saya mula terfikir-fikir bilakah saya menunjukkan ayat-ayat Al-Quran ini pada Syamil. Seingat saya hanya 2 3 kali sahaja...tetapi mungkin juga Syamil lihat di TV...Menguatkan lagi keyakinan saya Syamil banyak belajar secara visual...dia lihat dan dia ingat...

Menyusun potongan ayat mengikut urutan yang betul.

Pengalaman menjadi guru juga banyak membantu saya dalam mendidik Syamil. Alhamdulillah.

Kini, saya sedang perkenalkan kepada Syamil surah Al-Masad. Setapak demi setapak, selangkah demi selangkah...saya mahu terapkan Al Quran dalam jiwa Syamil. Biarlah Al Quran menjadi terapi paling mujarab buat Syamil..

Kepada pembaca budiman, doakan Syamil selalu yer..semoga suatu hari nanti Syamil akan menjadi seorang PROTAZ (Professional Ustaz)...bahagia hidupnya di dunia dan akhirat, berguna pada agama dan seluruh alam...

Setakat sini dulu celoteh saya hari ini...salam sayang...wassalam...

Selasa, 28 April 2015

LATIH SYAMIL BELAJAR SENDIRI

Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ni nak cerita tentang proses pembelajaran Syamil di rumah...Kanak-kanak yang istimewa seperti Syamil perlukan persediaan awal sebelum dia melangkah ke alam persekolahan. Jadi sebaik sahaja saya mengetahui Syamil seorang autistik, saya mula menggali dan mencari ilmu untuk membantu Syamil.

Tak nak cerita apa yang saya dah buat sebelum ni, sebab kalau cerita jadi panjang pulakkan...So arini sebenarnya nak cerita bagaimana saya membantu Syamil belajar dengan mengikut kaedah yang digunakan di Makmal Pembelajaran Autisme, UKM. Dah tentu ilmu ni saya dapat semasa menyertai Bengkel Siri Jelajah Negara Permata Kurnia dan hasil perkongsian dengan rakan-rakan yang sekapal dengan saya. 

Berbekal ilmu yang dikutip dan buku rujukan yang saya beli semasa bengkel saya berusaha sedaya upaya untuk ajar Syamil sama seperti di Makmal Autisme UKM..setup tempat belajar pun nak bagi sama gak..hahaha...nak p antar kat Makmal Autisme jauh kan, so kita buat kat rumah...ibu autisme ni dia kena gigih, sabar, kuat semangat dan semua-semualah...


 
Day 1 (27 April 2015)

Haaa..yang gambar kat atas ini hari pertama percubaan saya untuk bagi Syamil belajar sendiri...selepas beberapa siri sesi pembelajaran bersama-sama saya. Bukan bermaksud saya tinggal dia terus , saya pantau dari jauh..agak-agak dia dah hilang fokus tu saya pergi kat meja dia..usap2 sikit kata Syamil pandai, Syamil good boy..nanti dia dah ok dia akan sambung balik tugasan dia sampai siap..At the end saya akan bagi dia reward...hihi..bunga kertas jer..memandangkan sekarang Syamil dok obses dengan bunga, so bunga lah saya jadikan reward. 

Semua bahan-bahan tu saya buat sendiri hasil ilmu yang saya belajar masa bengkel..ada juga yang saya cari di internet dan perkongsian rakan-rakan.

Day 2 (28 April 2015)

Okay gambar ni pulak, hari kedua percubaan saya..Task 1 lulus, Task 2 agak hilang fokus sebab banyak kot, so kena duduk tepi dia dan bantu sikit-sikit supaya dia fokus kembali, peluk2 sikit, bagi pujian Syamil pandai, Alhamdulillah dapat habiskan Task 2 dengan jayanya. Task 3 pulak aktiviti yang nampak mudah, tetapi untuk kanak-kanak macam Syamil yang ada masalah motor halus, susah sebenarnya...dia nak tekan sepit tu macam seksa jer... Tapi tu dulu la..sekarang Syamil dan agak pandai tekan sepit tu dan letakkan ikut warna...

Berapa masa yang saya ambil untuk satu sesi ni?

Bergantung pada task yang kita bagi...dan bergantung pada keupayaan anak kita, selalu Syamil dalam 20 minit dah selesai..awal lagi pun ada kot..hiihii..agak2 jer masa tu...

Ibu-ibu boleh pelbagaikan aktiviti...selalu sebelum aktiviti ni saya ajak Syamil mengaji dulu, membaca pastu speech theraphy baru mula buat...banyakkan...tapi yang tu lah dia kena face setiap hari..bila dah jadi rutin in shaa Allah ok lah...

Buat masa bila?

Saya selalu ajar lepas maghrib sebab pagi 8 sampai 12 Syamil g sekolah, petang dia tido dan tengok tv, kadang2 sambil tengok tv saya buat aktiviti fizikal..malam baru mula...

okey, nanti saya cerita lagi yer...nak p ambik Syamil kat Tadika...terima kasih sebab membaca...


Khamis, 26 Februari 2015

Syamil & Supplemen

Sebelum saya tahu Syamil seorang autistic, saya hanya berikan Syamil minum Meal Shakes sahaja..tu pun selalu skip sebab Syamil duduk dengan pengasuh..bukan alasan sebenarnya..hihi..

Tetapi sejak saya tahu Syamil seorang autistic, saya mula bertanya rakan-rakan Shaklee supplemen untuk kanak-kanak autistic...

Selepas itu saya terus berikan Syamil Meal Shakes, OmegaGuard dan GLA...tanpa putus...

Melalui pembacaan saya, autisme ini tiada ubat yang boleh menyembuhkan kerana ia bukan penyakit..

Yea mungkin...tetapi saya optimis memberikan Syamil supplemen Shaklee...saya hanya yakin pada kekuasaan Allah..apa yang saya perlu buat ialah berusaha dan terus berusaha untuk Syamil...hanya pada Allah saya sandarkan harapan saya...Allah yang berikan ujian ini dan Allah juga boleh berikan kegembiraan selepas ujian ini...jadi mengapa kita harus menyalahkan takdir dan berputus harap?

Jika dulu Syamil selalu sembelit sehingga berhari-hari, tapi hari ini Syamil dah tidak sembelit
Jika dulu Syamil poor eye contact, tapi hari ini eye contact Syamil dah bagus
Jika dulu saya panggil Syamil, macam katak panggil hujan, tapi hari ini Syamil sudah boleh memberi respon bila saya panggil
Jika dahulu Syamil kurang bercakap, tapi kini Syamil sudah mula bercakap
Jika dahulu Syamil tidak faham arahan, kini Syamil dah faham banyak arahan mudah
Jika dahulu Syamil tidak bertanya, tapi kini saya dah terlayan pertanyaan dia..
Syamil juga dah mampu menjawab soalan "mana" dengan baik...

Banyak lagi perkembangan Syamil yang saya nak kongsikan dengan pembaca semua...mungkin di waktu lain..

Supplemen Shaklee mungkin sedikit bahagian yang membantu perkembangan Syamil, yang lainnya datang dalam bentuk yang lain...kasih sayang kita paling utama dalam membantu dia...

Jika berbotol-botol ubat dan supplemen pun yang kita berikan kepada anak syurga ini, tetapi tiada usaha dan tindakan lain dari diri kita sendiri, anak ini mungkin tidak berubah...

Buat ibu-ibu yang dikurniakan anak istimewa seperti Syamil, kasih sayang adalah penawar yang terbaik...jadi bentuklah anak syurga ini dengan penuh kasih sayang...in shaa Allah...mereka mampu berubah..dan mungkin lebih baik dari kanak-kanak normal di luar sana...

Anak Autisitic adalah "Genius dari Syurga" yang Allah hantarkan untuk kita...bergembiralah wahai ibu bapa semua...

Salam kasih sayang dari saya...sehingga berjumpa lagi dalam posting akan datang...