Memaparkan catatan dengan label tips tambah susu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips tambah susu. Papar semua catatan

Isnin, 27 April 2015

MENINGKATKAN SUSU IBU DENGAN POWER PUMPING

Assalamualaikum...

Masa menyusukan Syamil dulu, saya menghadapi masalah kekurangan susu. Pelbagai cara dan kaedah saya usahakan untuk memastikan saya dapat menyusukan Syamil.

Antara cara yang saya gunakan ialah power pumping. Saya yakin ramai ibu-ibu di luar sana menghadapi masalah yang serupa seperti saya. 

Jom saya share kan dengan ibu-ibu semua bagaimana power pumping dapat membantu meningkatkan  kembali pengeluaran susu ibu.

Secara asasnya payu dara menghasilkan susu apabila adanya permintaan (Konsep demand & supply) Kekerapan bayi menyusu adalah cara bagaimana untuk meningkatkan penghasilan susu. Tetapi dalam keadaan tertentu, penghasilan susu akan merudum contohnya semasa kedatangan haid, ibu terganggu atau stress dan sebagainya.

Apa dia  Power Pumping ni?

Okey, power pumping adalah satu teknik hisapan yang mirip bayi menyusui ibunya. Namun begitu teknik ini memerlukan sokongan pam susu untuk menjayakannya. Teknik ini dapat membantu meningkatkan penghasilan susu ibu kerana ia mampu membantu meransang kalenjar pitiuari untuk meningkatkan penghasilan prolaktin.

Bagaimana cara Power Pumping?

Power Pumping bukanlah pengganti kepada sesi memerah susu harian biasa. Ia adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan penghasilan susu dengan menggantikan satu sesi memerah susu biasa dengan satu sesi alternatif yang direka secara strategik. Power Pumping berfungsi untuk mengosongkan payu dara secara berulang kali dan dengan cara ini ia memberi isyarat kepada otak untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak.

Untuk melakukan Power Pumping ini, pilihlah satu masa selama sejam, seeloknya awal pagi atau tengah malam sewaktu kita berada dalam keadaan tenang. (Contohnya 6 pagi setiap hari)

Jika anda menggunakan double-pump, gunakan kaedah ini:-

  1. Pam 20 minit, rehat 10 minit
  2. Pam 10 mint , rehat 10 minit
  3. Pam 10  minit dan habis.
Dan jika anda menggunakan single-pump, anda boleh gunakan kaedah ini:-
  1. Pam 10 minit payudara kanan
  2. Kemudian pam 10 minit payudara kiri
  3. Pam lagi payudara kanan selama 10 minit
  4. Lakukan proses yang sama selama 1 jam.

Ia memberi lebih kurang 40 minit masa mengepam dalam tempoh satu jam. Teruskan memerah susu mengikut jadual seperti biasa. Lakukan setiap hari sehingga penghasilan susu dapat ditingkatkan. Ada orang dalam masa 3 hari sudah menunjukkan hasil dan ada juga sehingga 7 hari baru nampak hasilnya. Apa yang penting adalah usaha dan tekad ibu-ibu untuk memastikan bayi dapat menyusu dengan susu ibu.



Siapa yang perlu melakukan Power Pumping?

  • Ibu yang kekurangan susu (Mungkin berpunca daripada datang bulan, hormon tak stabil, emosi terganggu, stress dan sebagainya)
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat (teknik ini bagus untuk meransang penghasilan susu)
  • Ibu yang relaktasi atau ingin menyusukan semula anak setelah lama berhenti menyusu.
Dah buat Power Pumping tapi susu masih sedikit.

Ada juga ibu-ibu yang telah berusaha membuat Power Pumping saban hari tetapi susu masih sedikit. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu penghasilan susu anda. Cuba selidik semula perkara-perkara berikut.
  • Mengambil pemakanan seimbang
  • Mengambil air 3 liter sehari
  • Ibu sentiasa letih dan tidak bertenaga
  • Selalu berfikiran positif dan emosi tidak stabil
Jika telah mengenalpasti punca susu masih kurang, usahakanlah untuk mengatasinya. Ibu juga boleh mencuba mengambil set penyusuan Shaklee mengikut bajet dan keperluan ibu. Hubungi kak zai untuk mengetahui set mana yang ibu perlukan .











Jumaat, 24 April 2015

Amalan Penyusuan Yang Baik

Amalan penyusuan yang baik mampu mendorong ke arah penyusuan secara eksklusif dan memenuhi keperluan nutrisi bayi sehingga berusia 2 tahun.

Ada pelbagai teknik penyusuan yang boleh diamalkan oleh ibu yang menyusukan bagi menyusukan si comel anda. Antara teknik-teknik yang boleh diamalkan oleh para ibu ialah:-

  1. Susukan bayi seawal satu jam selepas melahirkan. Ini untuk memastikan bayi dapat belajar melekap disamping untuk memastikan bayi mendapat susu awal yang dikenali sebagai kolostrum.
  2. Adalah lebih baik jika bayi sendiri yang menentukan masa menyusunya sendiri. Kita tidak perlu hadkan tempoh menyusu antara 2 hingga 3 jam. Ini kerana semakin kerap bayi menyusu maka semakin banyaklah susu yang dapat dihasilkan. Ibu boleh mengenalpasti tanda bayi ingin menyusu dengan melihat keadaan bayi seperti membuka mulut, mengeluarkan dan menggerakkan lidah atau air liurnya meleleh.
  3. Ibu hendaklah memastikan bayi menyusu pada kedua-dua belah payudara. Jangan biarkan bayi menyusu pada sebelah payudara sahaja untuk mengelakkan susu tidak dapat dihasilakn dengan secukupnya. Selalunya, bayi akan menyusu antara 10 hingga 30 minit untuk sebelah payudara dan masa ini akan berkurangan bila bayi sudah membesar dan semakin pandai menyusu dengan betul.
  4. Sebaik-baiknya cuba elakkan memberi bayi puting kosong atau botol susu. Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan puting. Puting pada botol susu lebih mudah mengeluarkan susu jika hendak dibandingkan dengan payudara ibu, penggunaan botol susu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi cenderung untuk menghisap botol susu berbanding susu ibu.
  5. Setiap ibu haruslah berfikiran positif dan yakin bahawa payudaranya mampu menghasilkan susu yang mencukupi untuk si comel anda.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal ibu dan semua ibu-ibu yang memilih untuk memberikan susu ibu untuk si manja anda.  Sesungguhnya tiada susu yang lebih baik jika hendak dibandingkan dengan susu ibu.

           ***************************************************************

Sekiranya para ibu berhadapan masalah kekurangan susu atau ingin memastikan si manja mendapat nutrisi yang secukupnya dari susu ibu, ibu-ibu boleh hubungi kak zai untuk maklumat lanjut.





Rabu, 22 April 2015

Teknik Urutan Menggalakkan Susu Lancar

Assalamualaikum warahmatullah..

Bayi menangis kerana susu tak lancar? Sudah mencuba teknik urutan untuk galakkan susu keluar dengan lancar tak?

Kalau kita mengurut mesti tukang urut akan urut payu dara untuk bantu lancarkan pengeluaran susu....tapi sampai bilakan tukang urut @ mak bidan nak tolong urut.

Kat bawah ni adalah Kaedah Urutan Sendiri yang boleh membantu meransang pengaliran sebelum memerah atau menyusukan bayi. 

Jom kita pelajari teknik urutan yang ringkas tetapi berkesan ini. In Shaa Allah....

Langkah 1

  • Tuam payu dara dengan menggunakan tuala yang telah direndam dengan air suam sebelum memulakan sesi urutan. Tuam untuk beberapa minit. Amalan ini dapat meransang payu dara mengeluarkan susu dengan lebih lancar.

Langkah 2

  • Pegang hujung puting dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk. Kemudian, tekan puting ke dalam dan tarik semula ke atas secara perlahan-lahan.

Langkah 3
  • Sentuh bahagian atas aerola menggunakan ibu jari, jari-jari lain pula di tempatkan di bahagian bawah aerola. Gerakkan secara perlahan-lahan jari telunjuk ke atas, bawah, kanan dan kiri. Tetapi jangan sesekali ubah kedudukan ibu jari. Ulangi langkah ini sehingga 5 ke 6 kali.

Langkah 4
  • Buat gerakan jari mengikut arah putaran jam. Gunakan empat jari kecuali ibu jari ketika melkukan gerakan ini. Lakukan antara 5 hingga 6 kali bagi setiap payu dara. Namun jika benjolan keras di bahagian payu dara, elakkan daripada menyentuh bahagian berkenaan.

Langkah 5
  • Gerakkan jari-jari anda dengan membuat putaran dari sisi menghala ke puting. Ulangi langkah ini 3 hingga 4 kali dikedua-dua belah payu dara.


Cara memerah susu
  • Perah setiap payu dara 5 - 7 minit. 
  • Kemudian lakukan teknik urutan.
  • Sambung balik sesi perahan untuk 3 - 5 minit lagi untuk setiap payu dara. 
  • Ulangi rutin urutan
  • Sambung sesi perahan untuk 2 -3 minit lagi untuk setiap payu dara.


***** Untuk membantu menjayakan penyusuan secara eksklusif dan memastikan bayi mendapat nutrisi yang diperlukan anda boleh mencuba Set Penyusuan Shaklee..



Hubungi Kak Zai untuk maklumat lanjut.







Selasa, 21 April 2015

Tips Mudah Tambah Susu.

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat pembaca semua...semoga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah...

Kali ni saya nak share dengan pembaca semua tips mudah untuk ibu-ibu menambah susu badan. Seronokkan bila dapat buat stok yang banyak untuk baby kita...saya pasti dan amat pasti ada di antara ibu-ibu yang kerja dia selain kerja yang menimbun keliling pinggang tu ialah buka peti ais tengok stok EBM yang bertambah atau menyusut. Jika bertambah berbunga jer hati yer dak...tapi kalau stok makin menyusut..aduhai...tak tentu arah jadi nyer kan...

Ok lah..saya nak share beberapa tips mudah untuk tambah susu badan..

1. Kerapkan Menyusu @ Mengepam

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 2 - 3 jam pada siang hari. Jika nayi tidur melebihi 3 jam, kejutkan bayi untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika bayi tidur melibihi 4-5 jam.
  • Perah @ pam susu setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu, berhenti memerah.Susukan bayi terlebih dahulu dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 


2. Jangan tunggu Payudara Penuh

  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan akan memperolehi susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum banyak air
  • Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir bayi, fikir susu
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...

5. Berdisiplin
  • Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
  • Latih diri untuk meyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet
  • Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... 

8. Menyusu @ Mengepam dengan lebih lama
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan malam
  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
  • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan suplemen
  •  Sangat digalakkan....
*************************************************************************
credit to www.mamafaiz.com

TIPS TAMBAH SUSU SEMASA BERPUASA

Assalamualaikum dan salam ceria...

Apa khabar semua? Sudah bergantikah puasa yang ditinggalkan tahun sudah? 

Buat ibu-ibu yang menyusukan dan dalam proses mengganti puasa tentu risau masalah susu berkurangan kan? Ok kat sini saya nak share beberapa tips tambah susu atau cara nak maintain susu supaya tidak berkurangan walaupun sedang mengganti puasa atau berpuasa sepanjang Ramadhan kelak.

  1. Berikan susu badan secara kerap walaupun berpuasa. 
  2. Kekalkan waktu perahan susu seperti biasa untuk menggalakkan permintaan terhadap susu diteruskan hingga selesai mengganti puasa/ bulan Ramadhan.
  3. Buat jadual perahan yang betul dan kerap; perahan susu perlu dilakukan mengikut kaedah yang betul.
  4. Susukan bayi pada waktu malam untuk membantu pengaliran susu yang baik.
  5. Kerap mengepam susu pada waktu malam dan sebelum bersahur; pada waktu siang pula pam susu mengikut waktu biasa dilakukan sebelum berpuasa.
  6. Amalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.
  7. Minum air kosong dengan banyak di waktu malam bagi mengganti cecair yang hilan sepanjang berpuasa.
  8. Banyakkan minum air kosong dan kurangkan pengambilan air manis.
  9. Sentiasa berfikiran positif dan ceria selalu.
Bagi memastikan ibu-ibu yang menyusukan bayi sentiasa bertenaga, saya menggalakkan ibu semua mengambil supplemen sepanjang berpuasa.