Isnin, 31 Mac 2014

TANDA BADAN KEKURANGAN AIR

Tanda badan kekurangan air

♥ Berat badan menurun melebihi satu peratus sehari. Contohnya berat asal (sebelum bersukan) ialah 60kg,
   berat badan turun kepada 59.4kg (penurunan 0.6kg atau satu peratus)
♥ Warna air kencing bertukar menjadi pekat dan jumlahnya sedikit
♥ Rasa sangat dahaga
♥ Sakit kepala, tidak selesa
♥ Kebas atau terasa menyucuk pada kepala, leher dan belakang badan
♥ Seram sejuk atau menggigil berserta kulit berpeluh dan pucat
♥ Terlalu lesu
♥ Mual
♥ Denyut nadi menjadi cepat tetapi lemah

¤ Keajaiban Air

Ada pakar kesihatan menyarankan kita mengamalkan tabiat "makan air" iaitu dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi 80 peratus air. Sebahagian daripada kepentingan air untuk badan sudah dinyatakan, namun air ini ada beberapa 'keajaiban' yang perlu kita ketahui.

¤ Membantu kita kekalkan kelangsingan

Minum banyak air kosong sebenarnya membantu 'mencergaskan' metabolisme kita terutama air yang benar-benar sejuk. Ini kerana badan kita perlu bekerja untuk memanaskan air berkenaan dan proses ini akan membakar beberapa kalori.

¤ Air meransang tenaga
Jika anda berasa ketih dan tidak bertenaga, pergilah ke dapur dan minum segelas air sejuk.Kekurangan air akan membuatkan kita berasa cepat penat dan tidak bermaya.
Pengambilan air secukuonya akan membantu jantung mengepam darah dengan lebih cekap. Bahkan air boleh membantu darah membawa oksigen dan nutrien penting lain ke sel dengan cekap.

¤ Air dapat kurangkan tekanan

Tahukah anda bahawa 70 hingga 80b peratus tisu otak kita terdiri daripada air? Jika badan kita kekurangan air, badan dan otak akan mengalami tekanan. Apabila berasa dahaga, badan kita sebenarnya sudah pun mengalami kekurangan air.

Untuk mengurangkan tekanan, pastikan di meja kita sentiasa ada sebotol air masak yang boleh diminum bila-bila masa.Tekadkan azam untuk menghabiskan sekurang-kurangnya satu liter air sepanjang tempoh anda berada di pejabat.

¤ Menjaga Otot

Minum air secukupnya dapat membntu mengelakkan kita mengalami masalah kekejangan otot dan ia juga menjadi pelincir sendi. Individu yang mendapat cukup air boleh bersenam lebih lama dan badannya juga lebih kuat.

¤ Air mencergaskan pencernaan

Selain serat, air juga sangat diperlukan untuk prosees pencernaan berjalan lancr. Air membantu melarutkan dan melembutkan bahan buangan ini supaya ia boleh bergerak dengan mudah di dalam usus menuju ke rektrum untuk dibuang sebagai najis.Kekurangan air akan membuatkan bahan kumuh ini menjadi keras dan menyebabkan kita mengalami sembelit.

¤ Mencegah terbentuk batu karang

Semakin ramai orang mengalami masalah membabitkan buah pinggang termasuklah batu karang. Salah satu sebabnya ialah kekurangan air. Air akan mencairkan garam dan mineral dalam air kencing.
Jika tidak cukup air, garam dan mineral ini akan membentuk kristal garam yang akhirnya menjadi batu karang. Batu karang tidak boleh terbentuk dalam air kencing yang cair.

¤ Mencantikkan kulit

Kulit yang kekurangan air akan lebih tua cepat. Kekurangan air akan membuatkan garis halus dan dalam mudah terbentuk. Ada orang menyifatkan air ialah krim kecantikan semula jadi kerana ia boleh menyihatkan sel,membuatkan kulit nampak lebih muda.

Air juga menyingkirkan bahan kumuh dari badan yang menjadi 'racun' kepada kecantikan kulit. Tidak kira lelaki atau wanita, mulakan amalan minum air secukupnya kerana tiada siapa yang tidak mahu menjadi individu yang sihat dan cantik, bukan? :)

info: Harian Metro: 28 Januari 2013