Memaparkan catatan dengan label tips kehamilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips kehamilan. Papar semua catatan

Ahad, 10 Mei 2015

MERAMAL WAKTU SUBUR MELALUI MUKUS SERVIKS

Assalamualaikum warahmatullah...

Untuk merancang kehamilan adalah penting untuk kita mengetahui waktu puncak kesuburan kita. Ada banyak cara untuk menentukan waktu subur kita. Antaranya adalah menggunakan kiraan kitaran haid dan juga menggunakan termometer untuk mengetahui suhu badan. Tapi kali ni saya nak kongsi dengan pembaca semua cara yang saya rasa paling mudah hendak mengetahui waktu subur kita. Sama ada kita hendak hamil atau kita sedang merancang untuk menjarakkan kelahiran, cara ini bolehlah digunakan.


Kaedah yang saya maksudkan ialah dengan mengetahui keadaan mukus serviks kita. Pada saya kaedah ini adalah cara paling mudah untuk kita ketahui tahap kesuburan kita kerana ia sangat dekat dengan kita. 

Bagaimana nak periksa mukus serviks?

Untuk memeriksa mukus serviks, masukkan jari yang bersih ke dalam faraj ke arah serviks. Anda mungkin dapat melihat lebih banyak mukus jika memeriksanya selepas membuang air besar.

Bagaimana rupa mukus serviks?

Kita akan lihat satu-persatu bagaimana rupa mukus serviks semasa subur dan tidak subur. Harap ia dapat membantu untuk menentukan waktu subur anda dan merancang kehamilan anda dengan sebaiknya.

MUKUS SERVIKS PUTIH TELUR : SUBUR


Mukus ini dipanggil mukus putih telur kerana rupanya yang seperti putih telur. Selalunya selepas haid, kita akan mendapati peningkatan jumlah mukus yang lebih lembap dan lebih licin selepas beberapa hari. Mukus serviks seperti putih telur adalah waktu paling subur di antara semua jenis mukus serviks yang lain. Mukus ini mempunyai ciri yang membolehkan sperma berenang dengan mudah ke serviks. Ia kelihatan seperti putih telur mentah dan boleh di tarik sehingga kira-kira 5 cm tanpa putus.

MUKUS SERVIKS BERAIR : SUBUR


Mukus serviks akan menjadi lembab dan berair apabila ovulasi semakin hampir. Mukus jenis ini membolehkan sperma bergerak pantas ke dalam serviks. Apabila mukus berair, kita mungkin akan merasa seolah-olah kita telah terkencing dalam panties. Mukus jenis ini jernih atau mengalir pada jari kita.

MUKUS SERVIKS BERKRIM : TIDAK SUBUR


Selepas ovulasi, mukus serviks tidak lagi basah atau licin. Mukus berkrim ini dianggap tidak subur kerana ia amat menyekat pergerakkan sperma. Mukus ini kelihatan seperti kuning telur atau putih berkilau seperti mutiara. Ia agak tebal dan berasa seperti losyen apabila disapu di antara jari.

MUKUS SERVIKS MELEKIT : TIDAK SUBUR


Dalam tempoh sehingga haid datang, mukus serviks menjadi melekit. Mukus serviks jenis ini adalah mukus serviks paling tidak subur. Ia tebal, pekat dan melekit. Sperma sangat sukar untuk berenang dalam keadaan mukus seperti ini.

Inilah empat jenis mukus yang perlu kita ketahui dalam menentukan waktu subur kita. Untuk mengetahui dan memahami kitaran haid kita cubalah catatkan perubahan mukus serviks untuk beberapa bulan berturut-turut. Ia mungkin dapat membantu kita menentukan waktu subur kita.

Sekian dulu buat kali ini, saya nak solat subuh dulu..

Salam Sayang..





Khamis, 7 Mei 2015

CARA PEMAKANAN YANG BAIK SEMASA HAMIL

Assalamualaikum semua...apa khabar?  Semoga sihat sentiasa terutamanya buat ibu-ibu yang sedang hamil tu...

Hari ni Penang cuti sempena PRK Permatang Pauh...jadi lambat sikit bersiaran...uruskan apa yang patut dulu..

Oklah...nak cerita tentang tips pemakanan untuk ibu hamil plak hari ni...


Apa yer cara pemakanan yang baik semasa hamil?

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu hamil semasa makan bagi memastikan ibu sentiasa sihat dan bertenaga. Tak la nanti letih lesu, lunyai dan tak bermaya...

Ubah cara makan yang kurang baik
Ibu perlu sedar bahawa ibu sedang hamil. Jadi, diet pemakanan ibu haruslah mengikut diet pemakanan untuk ibu hamil. Ketika ini, ibu memerlukan lebih banyak protein (62.5g sehari), kalori untuk tenaga (tambahan sebanyak 360 kalori sehari), kalsium (1000mg sehari), minyak ikan (200 - 300mg sehari), vitamin dan mineral seperti asid folik (600mg sehari) dan zat besi (29mg sehari) untuk perkembangan bayi.


Jangan mengurangkan jumlah makanan semasa hamil.
Pada waktu ini bukanlah masa yang sesuai untuk menguruskan badan. Ia akan membahayakan ibu dab bayi. Berdiet secara tidak betul semasa hamil akan menyebabkan ibu dan bayi kekurangan vitamin dan mineral penting yang lain. Pertambahan berat badan semasa hamil adalah petanda  yang baik dan sihat. Ibu yang mengamalkan pemakanan secara sihat akan mengalami pertambahan berat badan secara berperingkat dan ia secara umumnya akan melahirkan bayi yang sihat.


Makan dengan jumlah yang kecil tetapi kerap.
Pada trimester pertama, kebiasaannya ibu akan mengalami morning sickness iaitu muntah dan mual. Ibu dinasihatkan supaya makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap. Elakkan mengambil makanan yang pedas dan berminyak. Makan dalam jumlah yang sedikit dan ulang dalam selang masa 4 jam. Ibu harus ingat bahawa walaupun ibu tidak rasa lapar tetapi bayi dalam kandungan memerlukan makanan yang mencukupi.

Amalkan vitamin ibu hamil secara teratur
Makanan yang ibu makan adalah merupakan sumber vitamin yang paling baik. Tetapi selalunya vitamin akan hilang semasa proses menanam, memasak dan menyediakannya. Jadi mungkin vitamin dalam diet pemakanan ibu akan berkurangan terutamanya asid folik dan zat besi yang sangat diperlukan oleh bayi. Sebab itulah ibu hamil perlu mengambil vitamin ibu hamil secara teratur.


Minum air yang cukup.
Setiap 25kg berat badan ibu, ibu perlu minum 1 liter air. Ini kerana ibu memerlukan jumlah cecair yang mencukupi untuk ibu dan bayi. 33% pertambahan berat badan ibu semasa hamil adalah daripada berat air. Ia amat penting untuk menghasilkan sel darah merah bayi bagi sistem peredaran darahnya. Tubuh ibu memerlukan air sepanjang tempoh ini untuk mengatasi masalah sembelit dan untuk mengawal suhu badan ibu.


Banyakkan makan makanan berserat, buah-buahan dan sayur sayuran.
Banyakkan makan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran supaya dapat membantu mengatasi masalah sembelit yang sering berlaku sepanjang tempoh kehamilan.


Dengan mengamalkan pemakanan sihat, ia bukan sahaja mampu membantu ibu sentiasa sihat, ceria dan bertenaga malahan juga turut membantu perkembangan bayi secara optimum. 

Salam sayang.


Selasa, 5 Mei 2015

TIPS ATASI SEMBELIT, STRESS, MORNING SICKNESS & PENJAGAAN GIGI UNTUK BAKAL IBU

Assalamualaikum semua...

Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah...Rindu saya nak berblogging...sibuk membantu keluarga dalam urusan perkahwinan adik bongsu saya membuatkan saya tidak berkesempatan hendak mengadap laptop. Alhamdulillah segalanya telah selesai..hari ni saya mula berblogging semula...hihi

Oklah...hari ni saya nak bagi sedikit tips kepada bakal-bakal ibu. Saya pasti ramai bakal-bakal ibu akan berhadapan dengan beberapa masalah sepanjang kehamilan seperti sembelit, stress, morning sickness dan penjagaan gigi...

Mungkin perkara ini nampak ringan tetapi sebenarnya ia mampu mengganggu tahap kesihatan bakal ibu dan mungkin menjejaskan bayi dalam kandungan.




Tips Mengatasi Sembelit Ketika Hamil
  • Minum air yang cukup (1 liter untuk setiap 25kg berat badan)
  • Makanlah makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Lakukan senaman ringan yang teratur seperti berjalan dan berjogging
  • Bincangkan dengan doktor jika ibu  tetap sukar membuang air besar setelah melakukan semua tips ini.

Tips Untuk Mengatasi Stress
  • Cuba cari punca - Cuba mencari punca dapat membantu ibu mengatasi menyelesaikan tekanan yang dihadapi. Selidik  dari mana punca stress datang, adakah dari keluarga, masalah peribadi atau masalah di tempat kerja. Dengan mengetahui punca lebih mudah stress ditangani.
  • Diet makan yang baik - menjaga diet pemakanan yang sihat serta istirahat yang cukup dan melakukan senaman ringan dapat membantu mengatasi stress dengan cara yang lebih baik dan berkesan.
  • Berkomunikasi - Jangan biarkan diri bersendirian dan keseorangan kerana ia akan membuatkan ibu lebih sukar untuk menghadapi sebarang masalah. Bina hubungan emosi yang baik dengn suami, keluarga dan rakan-rakan. Komunikasi atau hubungan emosi yang baik dapat membantu ibu untuk menghadapi kesulitan dan kesedihan kerana ibu mendapat sokongan daripada suami, keluarga dan rakan-rakan.
  • Rehat yang berkualiti - Berbaringlah pada satu sisi di katil dalam suasana sunyi.Pasangkan zikir atau muzik yang lembut dan bayangkan ibu berada di tempat yang disukai atau ibu boleh juga memikirkan tentang bayi dalam kandungan.
  • Berbincang dengan doktor - berbincang dan luahkan perasaan dan keluhan ibu kepada doktor yang merawat. Buangkan rasa malu dan ragu supaya doktor dapat menilai status kesihatan ibu dan sebarang masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan secepat mungkin dan sebaik mungkin.

Tips Untuk Mengatasi Morning Sickness
  • Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap
  • Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan protein yang dapat membantu mengatasi masalah mual para ibu.
  • Sewaktu bangun tidur, jangan terburu-buru bangun. Duduk dahulu dan kemudian bangun perlahan-lahan, Jika ibu berasa sangat mual ketika bangun pagi, siapkan snek atau biskut di tempat tidur supaya ibu dapat memakannya dahulu sebelum berdiri.
  • Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas kerana ia boleh menambahkan rasa mual.
  • Minum air secukupnya jika gejala muntah menjadi teruk. Minum air putih atau jus dan elakkan mengambil minuman berkafien dan berkarbonat.
  • Dapatkan saranan doktor berkaitan vitamin yang diambil kerana ada ibu akan bertambah mual dengan pengambilan vitamin kehamilan.
  • Dapatkan istirahat yang cukup dalam usaha untuk mengatasi rasa mual dan muntah.
Tips Penjagaan Gigi
  • Pilih berus gigi yang lembut dan berkualiti
  • Berus gigi dengan berhati-hati
  • Hindari makanan yang terlalu banyak mengandungi gula
  • Jumpa doktor gigi secara teratur, maklumkan kepada doktor gigi tentang kehamilan ibu supaya rawatan pergigian dapat disesuaikan.
  • Beri perhatian yang lebih banyak kepada kebersihan gigi.

Ok...semua tips yang saya nak kongsikan dah pun saya berikan...tips ni saya rujuk dalam buku Diari Hamil yang ditulis oleh Khairun Nisa, Zakaria. Semoga ia dapat membantu para ibu mengatasi masalah-masalah di atas dengan baik.

Sedikit perkongsian tentang vitamin dalam Set Kehamilan Shaklee berkaitan masalah di atas
  • Ostematrix mampu membantu para ibu mengatasi masalah sembelit dan membekalkan kalsium yang mencukupi untuk tulang  dan gigi ibu.
  • B Complex mampu membantu mengatasi masalah stress di samping kandungan asid folic dalam B Complex dapat membantu perkembangan bayi dalam kandungan.
  • Vitamin C Chew pula membantu mengatasi masalah loya ibu.
Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan Set Bajet Kehamilan Shaklee atau Set Penuh Kehamilan Shaklee jangan malu jangan segan hubungi kak zai yer...

Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam Sayang

 






Rabu, 29 April 2015

Tahniah, Anda Hamil!

Tahniah, anda hamil!....wahhh..bestnya bila dengar berita gembira ni kan...kesyukuran dirafakkan kehadrat ilahi...itulah yang saya rasa selepas tujuh tahun menanti..antara percaya dengan tidak, saya dah pregnant...rasa dunia ini ana yang punya...hihihi...

Saya yakin semua wanita yang telah berkahwin saat-saat inilah yang dinanti-nantikan oleh anda dan suami...tambah-tambah lagi juga jika usia perkahwinan dah berginjak dari tahun ke tahun.

Mulai saat ini, ibu dan bayi akan meneroka suatu alam baru sehingga tiba saat kelahiran. Yes, anda akan bergelar ibu buat pertama kalinya atau buat ke sekian kalinya.



Apa perkara yang perlu anda lakukan sebaik sahaja tahu anda hamil?

Ok, kat sini saya bagi sedikit tips apa yang perlu anda lakukan bila anda tahu anda telah hamil.

1. Ketahui berat badan sebelum kehamilan

  • Memaklumkan segala maklumat kesihatan anda
  • Mengambil supplement yang sesuai dengan kehamilan

2. Berhenti mengambil sebarang pil
  • Dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum meneruskan pengambilan pil tersebut. Ini kerana terdapat pil yang boleh memudaratkan bayi dalam kandungan. Jika anda mengidap penyakit tertentu yang memerlukan anda mengambil ubat, maklumkan kepada doktor anda agar diberi ubat alternatif yang selamat untuk kandungan.

3. Elakkan daripada merokok dan mengambil minuman beralkohol
  • Merokok terbukti boleh menyebabkan keguguran, stillbirth, malformed baby, atau mati selepas dilahirkan. 
  • Pengambilan alkohol boleh menyebabkan kecatatan pembesaran bayi sebelum dan selepas kelahiran termasuklah makanan yang dipercayai berbisa.

4. Amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat
  • sentiasa berfikiran positif, menjauhi stress dan bersenam sama ada berjalan atau berenang sekurang-kurangnya 20 minit sehari untuk mendapatkan kesihatan yang maksimum.

5. Jaga berat badan ketika hamil
  • Menjaga berat badan bukanlah bermaksud anda harus berdiet. Elakkan berdiet sepanjang kehamilan kerana pada waktu ini badan anda memerlukan nutrien yang secukupnya untuk anda dan bayi dalam kandungan.

6. Elakkan diri dari melakukan kerja berat
  • Jangan melakukan kerja yang berat tetapi jangan terlalu memanjakan diri.
  • Lakukan pergerakan ringan dan berterusan kerana ini akan memudahkan otot-otot anda melakukan proses kelahiran.

7. Jangan lupa sujud syukur
  • Lakukan sujud syukur sebagai tanda terima kasih kita atas kurniaan Allah ini.
  • Perbanyakkan solat hajat dan sentiasa berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah memelihara anda dan kandungan sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kelahiran.

Ok, sampai sini dulu yer...nanti kita sambung lagi...

Bagi ibu-ibu yang sedang mencari-cari supplemen sepanjang tempoh kehamilan, anda boleh hubungi kak zai untuk maklumat lanjut.

Salam Sayang



Isnin, 27 April 2015

Perkara Yang Perlu Ibu Elakkan Semasa Hamil..

Assalamualaikum...

Apa yer perkara yang perlu ibu elakkan semasa hamil? Bila baca tajuk tu mesti kepala terus kata bab pemakanan kan? Hihi...saya la tu..baca tajuk jer terus terfikir "apa yang tak boleh makan masa pregnant ni?"

Tapi sebenarnya saya nak citer bab penyusuan...

Apa la agaknya yang ibu kena elakkan masa hamil ni?

Haa...ni pantang ni tau...pantang masa hamil..hihihi...

Okey lah saya g tau apa yang perlu elak semasa hamil...

Ibu-ibu yang sedang hamil digalakkan supaya mengelakkan diri dari meninjau produk susu dan segala peralatan susu yang cenderung kepada memberi anak susu formula. 

Kenapa yer? Sebab perbuatan ini akan mempengaruhi minda bakal ibu bahawa ibu akan ada alternatif lain selain susu ibu untuk diberikan kepada bayinya. 

Dan kesungguhan ibu untuk menyusukan bayi akan berkurangan kerana minda si ibu sudah di setkan ada alternatif lain selain susu ibu.

Ibu-ibu juga dinasihatkan supaya tidak berbual-bual dengan mereka yang tidak berjaya atau yang telah berputus asa  menyusukan bayi mereka dengan susu ibu apatah lagi dengan ibu yang tidak mendapat sokongan suami untuk meneruskan penyusuan susu ibu.

Jika ibu mempunyai masalah tidak cukup susu, jangan berhenti daripada menyusukan bayi anda. Kita ada cara untuk selesaikan masalah ini. 

Haaa...dah tau kan perkara kita kena elak semasa hamil bagi memastikan kita berjaya menyusukan bayi kita sehingga genap 2 tahun..In Shaa Allah..jadi bila dah tahu kepada bakal ibu terutamanya...cuba yer elakkan pergi meninjau-ninjau kat shopping complex tu...hihi...


                                  ****************************************************

Hubungi kak zai untuk konsultasi percuma