Memaparkan catatan dengan label homeschooling untuk autisme. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label homeschooling untuk autisme. Papar semua catatan

Isnin, 16 November 2015

Ibu Mampu Menjadi Terapis Terbaik Untuk Anak

Satu ketika dulu ada orang cakap kat saya, kalau kita ada duit yang banyak kita boleh hantar anak ke Terapi Center terbaik...sebulan rm1000+...itu kalau ada duit..kalau xde duit? Takkan nak pulun cari duit n masa emas anak terabai?

Masa tahu Syamil autisme saya terus ambik keputusan drastik..berhenti kerja...putus sumber pendapatan saya...walaupun ramai anak2 yang tagihkan ilmu di sekolah...tapi saya nekad anak saya lebih utama untuk diberi perhatian...in shaa Allah anak2 murid di sekolah masih ada yg boleh ajar..patah tumbuh hilang berganti..anak saya kalau x diberi perhatian siapa lagi nak bantu dia?

Masa berhenti saya masih terkial2 dalam membantu anak saya...tak tahu nak mula di mana...belajar sikit demi sedikit..google tengok youtube sehinggalah saya join bengkel anjuran permata kurnia...bengkel ni banyak membuka mata saya untuk membantu Syamil.

Saya tak toleh belakang dah...saya tak fikir nak antar anak kat pusat terapi yang mahal2 dah...saya jadikan diri saya sendiri sebagai terapis untuk anak saya...

Saya kagumi usaha Dr Hasnah Toran dan team beliau...berhempas pulas gembeling tenaga untuk anak2 autisme di Malaysia...Semoga Allah kurniakan sebaik-baik ganjaran buat beliau dan team beliau.

Dalam masa setahun ini menjadi terapis untuk syamil...saya sangat bersyukur kerana Syamil dah banyak improvement...tak dapat bayangkan rasa seronok itu bila melihat perkembangan Syamil. Kadang2 bila tengok Syamil saya rasa Syamil seperti anak2 tipikal yang lain...sudah hampir tiada simptom2 Autism pada dia...sehingga ada orang kata Syamil tak macam ada autisme..hakikatnya syamil seorang autistic...

Selepas setahun Syamil di diagnos sebagai autistic...saya sangat bersyukur, dengan kemampuan Syamil...

Buat ibu bapa sekasut diluar sana, saya bangga dengan kalian yang mampu menjadi terapis untuk anak sendiri...kalian semua sumber inspirasi saya...

Saya yakin dan sangat yakin ibu bapa adalah terapis terbaik untuk anak2 kita...lebih banyak masa kita dengan mereka lebih banyak masa kita memeluk mereka lebih banyak masa untuk beraktiviti dengan mereka...

Terima kasih Allah....saya redha dan saya yakin akan hikmah di sebalik sesuatu ujian yang Allah berikan...

Terima kasih juga untuk cikgu-cikgu Syamil di Tadika Kaseh Ummi yang membantu Syamil di sekolah...Syamil banyak belajar dengan Cikgu...walaupun niat awal hantar ke sekolah hanya untuk bagi dia bergaul dengan murid lain, tapi Syamil dapat lebih daripada itu...Di tambah pula dengan anak2 di sana, Masya Allah..anak2 Tadika Kaseh Ummi yang sangat ohsem..terima kasih jaga Syamil untuk aunty...doakan Syamil yer..

Terima kasih buat semua...perjalanan Syamil masih jauh...semoga Allah berikan kekuatan kepada saya untuk terus membantu Syamil...

Rabu, 21 Oktober 2015

SYAMIL BERKENALAN DENGAN PERALATAN DALAM BILIK AIR

Assalamualaikum warahmatullah...

Masya Allah...sudah bersawang blog saya ni...lama sudah daku melupakanmu..tapi dihati tetap ada rasa rindu untuk menulis di blog ini..

Sibuk dengan urusan yang ntah apa-apa entah, tapi yang pasti saya tidak mahu lupa menyiapkan bahan-bahan pembelajaran baru untuk syamil...

Selalunya bahan yang saya buat dan sediakan untuk Syamil, saya tidak pernah lupa untuk kongsikan dengan rakan-rakan sekasut...sebab apa? Sebab saya tahu ibu-ibu yang bekerja takkan ada banyak masa untuk berada di hadapan komputer untuk mencari dan menyediakan bahan seperti saya. Kerana saya juga pernah bekerja dan saya juga merasai bagaimana letih dan penatnya selepas balik kerja. 

Alhamdulillah, saya ada group FB saya sendiri iaitu "Autism Teaching Aids (Malaysia)". Disitulah saya salurkan bahan-bahan yang saya buat. Semoga ia memberi manfaat kepada kanak-kanak seperti Syamil. Mungkin pendidikan sudah sebati dengan saya, bila berhenti sebagai guru pun, hati masih ingin menyumbang kepada pendidikan. Cuma mungkin caranya sudah tidak sama seperti menjadi guru di sekolah.

Hari ni saya nak kongsikan bahan yang saya buat untuk Syamil. Masa saya ajar Syamil tentang jenis-jenis pekerjaan, abah Syamil cadangkan kepada saya supaya saya kenalkan kepada Syamil peralatan di dalam rumah..bukanlah Syamil tak tahu, banyak juga yang Syamil dah kenal dan boleh sebut macam meja, kerusi, langsir, sudu, peti ais, mesin basuh, shower, paip dan banyak lagi lah..tak tersenarai kat sini...hii..tapi ada juga yang Syamil belum tahu sebut macam baldi n gayung...

1st target untuk kenalkan Syamil dengan peralatan dalam rumah dah tercapai. Ajar secara santai jer..Bila dan kenal semua benda maujud ni saya tukarkan ke dalam bentuk gambar pulak...Jadi, saya sediakan buku aktiviti ni dan flashcard..

Pengalaman mengajar Syamil sebelum ni memberitahu saya bahawa Syamil sangat mudah belajar melalui kaedah sight words, so saya gunakan kelebihan ini untuk ajar dia mengecam gambar dan perkataan..

Kad bacaan yang saya buat untuk Syamil...

Saya mulakan dengan perkenalkan kepada Syamil peralatan di bilik air dengan menggunakan kad ini...

Dan juga buku ini..


Mengajar anak tipikal dan anak isitmewa ini memerlukan cara yang berbeza...jadi apa yang saya pelajari saya gunakan untuk membantu anak saya...

Buku ini merupakan buku yang kita boleh pelbagaikan penggunaanya...ada 3 dalam 1 aktiviti...satu aktiviti saya dah tak buat..sebab senang sangat..hihi...kalau ikut 4 dalam 1...

Aktiviti pertama adalah memadankan gambar dengan gambar berperkataan, boleh ulang sebanyak mana yang kita nak, sehingga anak dah kuasai sepenuhnya..selalunya tak ambik masa yang lama pun untuk kuasai aktiviti ni..


Aktiviti 1: Memadankan gambar dengan gambar berperkataan

Bila anak dah kuasai aktiviti pertama, kita buat aktiviti kedua pulak...apa tu? Hihi..untuk aktiviti kedua kita bagi anak match gambar berperkataan dengan perkataan pulak...yang ni anak kena cam perhati dan fokus pada perkataan...Syamil dapat membaca sesuatu perkataan itu bunyi apa dengan aktiviti ni la...hihi..



Aktiviti 2 : Memadankan gambar berperkataan dengan perkataan

haa...bila anak dah terror matching dekat aktiviti kedua tu, kita move ke aktiviti yang akhir, kira aras tinggi la..hihi...

Aktiviti akhir ni, aktiviti memadankan gambar dengan perkataan, bila anak dah cam sesuatu perkataan tu apa, than baru boleh buat aktiviti ni...anak autis ni kadang-kadang belajar tak sama macam anak tipikal, macam Syamil dia boleh cam perkataan tu terus dan sebut...kemudian aktivti matching ni jadi lagi mudah..itulah keistimewaan yg Allah beri kat Syamil...tapi bukan semua yer macam tu...autisme ni spectrum..so kena faham kat situ...hiii...

Aktiviti 3: Memadankan gambar dengan perkataan

Okeylah, rasa sampai kat sini dulu sharing saya buat kali ni..haaaa...bagi rakan-rakan pembaca yang sedang tercari-cari bahan untuk pembelajaran untuk anak-anak boleh sertai saya di FB group "Autisme Teaching Aids(Malaysia)"...ada bahan yang saya upload khusus untuk pembelajaran anak autis dan ada juga yang semua kanak-kanak boleh guna..

Sampai jumpa lagi yer..wassalam...