Memaparkan catatan dengan label sembelit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sembelit. Papar semua catatan

Ahad, 2 November 2014

Si Comel Anda Sembelit

Dulu anak syurga saya, Syamil Zhafri selalu sembelit...kesian sangat bila tengok dia nak membuang...adakah anda mempunyai  masalah yang sama macam saya?

Kat bawah ni ada artikel yang berkaitan sembelit....jom kita tambah pengetahuan, demi untuk si comel kita....

Sembelit dan bayi anda

👶Bagaimanakah saya tahu bahawa bayi saya sembelit?

Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan walaupun mungkin ia menjadi masalah kepada bayi yang lebih berusia apabila dia mula makan makanan pejal.
Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama dan kemudian hanya satu atau dua kali sepanjang minggu. Walaupun najisnya lembut atau cair, kadang-kala semua bayi perlu meneran untuk mengeluarkannya. Malah, anda akan sedar akan kerut dan dengus bayi anda apabila dia sedang membuang air besar.

Bayi-bayi yang diberikan susu formula akan membuang air besar sekali sehari, walaupun sesetengahnya mungkin akan membuang air besar sekali dalam setiap tiga atau empat hari. Ini bukanlah perkara yang tidak normal, kecuali jika najisnya keras dan berketul-ketul. Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengeluarannya dan semakin lama ia di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering.

Sebelum mengesyaki sembelit, anda perlu mengenali simptom-simptom yang tercatat di bawah dan anda harus faham bahawa bayi, sama seperti orang dewasa, akan mempunyai pola membuang air besar yang bertukar-tukar.

👶Apakah simptom-simptom sembelit?
Bagi bayi yang berusia kurang dari tiga bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula.

Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.

Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:
🌟meragam, sakit abdomen dan gastrik;
🌟abdomen yang keras;
🌟sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar;
🌟najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) 🌟rektum yang disebabkan oleh najis yang keras;
🌟najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.

👶Kenapakah sembelit berlaku?
Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan; mulanya, doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.

👶Bagaimanakah saya boleh merawatnya?
Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda. Anda akan diminta membawanya untuk pemeriksaan.

Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prun.

Sesetengah pakar menyarankan supaya menambah satu sudu teh bijian bran ke dalam bijiran bayi anda untuk menambahkan serat, tetapi jangan terlebih tambah. Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong.

👶Cara-cara berikut juga boleh membantu:
Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.

Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.

Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal sebab badan mereka baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru. Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, dia akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap.

Sumber:www.babycenter.com

Sabtu, 25 Oktober 2014

Kebaikan Meal Shakes Kepada Anak

Assalamualaikum...

Ok, seperti yang saya janjikan tengahari tadi, saya kongsikan dengan pembaca semua tentang kebaikan Meal Shakes.


Sebelum tu jom kita baca dulu apa yang terkandung dalam Meal Shakes Shaklee. Meal Shake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buah, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferin, bacteriolysin dan sebagainya.

Erm...cukuplah citer sikit-sikit pasal apa yang ada dalam Meal Shakes ni..haaa...tudiaaa...tengok kat bawah ni, nutrien yang terdapat dalam Meal Shakes...


Ok...kita cerita pulak tentang kebaikan Meal Shake Shaklee...jom baca...

  1. Mengurangkan masalah Ekzema kepada kanak-kanak.
  2. Penting untuk perkembangan minda
  3. Sesuai untuk anak-anak yang sudah berhenti susu ibu.
  4. Untuk meningkatkan selera makan anak-anak
  5. Untuk anak kekal aktif
  6. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  7. Meningkatkan berat badan anak
  8. Membantu anak fokus
  9. Membantu mengurangkan kekerapan asthma
  10. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  11. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  12. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  13. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  14. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan dengan bijirin atau susu
Banyakkan kebaikan Meal Shake ni, jadi sangat berbaloilah jika kita laburkan wang untuk tumbesaran anak-anak kita.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 0196160108 @ 0127987876




Mengapa Saya Berikan Syamil Meal Shakes..

Assalamualaikum warahmatullah...

Salam Maal Hijrah 1436 buat semua..

Semoga tahun baru ini akan memberikan kita satu lagi kekuatan untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam mendapatkan keredhaan Allah..

Hari ini saya hendak kongsikan mengapa saya memberikan anak kesayangan saya yang seorang ni makan Meal Shakes..

Anak saya ada masalah sembelit semenjak saya tukarkan susunya dahulu dari Enfagrow ke Anmum..Sehingga sekarang Syamil masih mempunyai masalah sukar nak poopoo...Kita yang dewasa ni pun kadang-kadang sembelitkan..apatah lagi kanak-kanak macam Syamil yang baru nak injak 3 tahun..

Sangat kesian tengok Syamil bila dia nak poopoo, berpeluh-peluh sampai kadang-kadang sampai tertido. Jadi saya berikan Syamil minum Meal Shakes dengan menambahkan satu sudu Meal Shakes ke dalam susu pertama Syamil sebaik sahaja dia bangun tido setiap pagi...

Alhamdulillah...saya bersyukur sangat kepada Allah kerana dengan izinNya Syamil sudah senang poopoo..

Selain dah mudah poopoo, selera makan Syamil juga dah bertambah...hahaha..sekarang dah tak larat nak dukung. So, bab-bab dukung ni serah kat abah Syamil lah...hihi..

Meal Shakes bukan sahaja memudahkan anak-anak kita poopoo dan menambah selera makan, tetapi ada lagi khasiat dan kebaikan Meal Shakes ni...

Nanti saya ceritakan dalam posting saya yang akan datang yer...masa untuk saya memasak untuk keluarga...

Akhir kata, selamat bercuti di hujung minggu buat semua.

Wassalam
Tak lupa juga menitiskan minyak habbatus sawda dalam susu pertama Syamil setiap pagi selepas bangun tido.
Makanan sunnah tidak dipinggirkan walaupun mengambil supplemen moden.

Isnin, 10 Mac 2014

Cerita Tentang Air

Assalamualaikum semua pembaca...

Seringkali saya tertanya-tanya akan keperluan minum air 3 liter sehari. Maklumlah saya ni agak kurang minum air kosong.

Kadang-kadang bawak botol air penuh ke sekolah, tapi bila balik masih ada separuh dan kadang-kadang sikit sangat yang saya minum.

Artikel ni saya kongsikan bersama-sama pembaca yang saya perolehi dari web Dr Zubaidi.

Semoga bermanfaat buat kita semua...selamat membaca.

CERITA TENTANG AIR

Kembali kepada asas. Itulah yang sering saya katakan kepada pesakit saya. Minumlah air sebanyaknya kerana ia adalah ubat yang paling mujarab.

Bila berbicara tentang air, teringat cerita seorang kawan. Di saat suatu negeri dilanda panas terik dan ramai yang sakit akibat kepanasan itu, ramai yang putus harap.

Lalu mereka berjumpa seorang tabib yang terkemuka di negeri itu.

Mereka bertanya kepada tabib, ”Wahai tabib, apa yang harus kami lakukan untuk mengelak bala bencana di negeri ini?”

Lalu tabib itu menasihatkan ”Minumlah banyak air !”

”Berapa banyakkah air yang harus diminum sehari?”  Tanya mereka beramai-ramai.

Si tabib seolah-olah memberikan fatwa. “Lapan gelas sehari”

Maka ramailah yang cuba minum sebanyak lapan gelas sehari. Ada yang minum sekali teguk, ada yang minum sedikit sedikit.

Malah yang pelik atas kejahilan mereka, anak kecil juga dipaksa minum lapan gelas sehari, “kerana itu adalah fatwa tabib”

Akibatnya mereka terselamat dari mati kehausan, tetapi mengalami masalah kerap kencing, kekejangan, kembung perut dan ada yang sukar bernafas akibat menelan terlalu banyak air.

Keperluan Air

Perlukah kita minum air sebanyak lapan gelas setiap hari? Berdasarkan pengalaman, ramai yang merungut kerana terpaksa ke toilet setiap 30 minit.

Baru-baru ini saya terbaca satu artikel membicarakan mengenai isu ini. Ianya mengulas keperluan air yang harus diminum oleh seorang dewasa.

Ramai bertanya soalan kepada saya “Mengapa lapan gelas? Mengapa tidak lebih atau kurang? Dari mana nombor ajaib ini datang?”

Pada tahun 1945, National Academy of Sciences of the United States Food and Nutrition Board, telah menerbitkan satu cadangan pengambilan nutrient yang harus diambil setiap hari.

Ia mencadangkan: “Pengambilan air yang digalakkan bagi seorang dewasa ialah 2.5 liter (kira-kira 8 gelas) setiap hari.”

Jumlah 2.5L ini berdasarkan kiraan satu milliliter air diperlukan untuk setiap kalori makanan yang diambil. (Kita memerlukan kira-kira 2500 cal setiap hari).

Namun begitu harus diingat bahawa air juga terdapat di dalam makanan. Malah kacang kering juga mempunyai sedikit jumlah air di dalamnya.

Malah, apabila makanan yang kita makan dihadamkan, ianya akan bertukar kepada tenaga, karbon dioksida dan air.

Mengapa air sangat perlu?

Ketika kita makan, injap pyloric yang berada di hujung perut kita akan mengecut menyebabkan makanan berada di dalam perut untuk beberapa lama bagi tujuan penghadaman.

Air yang diminum digunakan untuk menjadikan makanan ini menjadi cecair. Setelah makanan menjadi lembut ianya akan dihantar ke usus untuk tujuan serapan.

Jika kita tidak minum cukup air, perut akan mengambil cecair dari darah, perut dan usus agar makanan yang hendak diproses akan menjadi lembik dan cair sebelum dihantar ke usus kecil.

Apabila di usus besar (colon) najis biasanya menjadi lembut. Jika air dalam tubuh tidak mencukupi akibat dehidrasi, tubuh akan menyerapkan air daripada najis, menyebabkannya mengeras dan seseorang itu mengalami sembelit (constipation).

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Nutrition menunjukkan meminum air kosong tidak menjadi keperluan selagi ia meminum air-air lain dan makanan yang berair seperti sup dan bubur.

Maka para saintis menyarankan jumlah air yang harus diminum oleh seorang dewasa ialah segelas air bagi setiap kali makan (meal). Namun jka ada keperluan lain, seseorang itu haruslah meminum air yang lebih banyak.

Sebagai contoh, jika ada masalah sembelit, minumlah air yang lebih.

Air juga digunakan untuk menggantikan keringat yang keluar, terutama apabila cuaca panas atau seseorang membuat aktiviti lasak di luar.

Minumlah apabila berasa haus, dan janganlah memaksa seseorang untuk meminum air 8 gelas sehari. Minum terlalu banyak air juga boleh membahayakan diri dan menyebabkan hyponatremia.

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (260810)
Credit to : drzubaidi.com/blog