Selasa, 28 April 2015

AMBIL VITAMIN TAPI TIADA KESAN...kenapa yer?

Assalamualaikum warahmatullah..

Pasti ada di kalangan pembaca yang mengambil vitamin. Tapi dah berbotol-botol makan vitamin...macam takde kesan jer...pastu terkeluar kat mulut kita makan vitamin bla..bla..bla ni menipu..takde kesan pun..aku makan tak kurus-kurus pun, kulit tak gebus gebas pun dan lain-lain lagi yang terlontar di hati atau mulut kita...akhirnya kita terus berhenti mengambil sebarang supplemen.

Jika ini semua berlaku kepada anda, mai kita tengok kat mana silapnya sampai berbotol-botol vitamin kita telan tapi takde kesan.

Jom kita audit diri jom...

Pengambilan air putih sehari.

  • Pengambilan air sehari adalah mengikut berat badan seseorang iaitu setiap 25kg anda perlu mengambil 1 liter air.
  • Jika anda mengambil supplemen sebaik-baiknya anda minum air putih 3 liter sehari supaya penyerapan oleh tubuh boleh berlaku dengan baik.
  • Elakkan mengambil minuman manis kerana pengambilan air manis boleh meningkatkan kepekatan dalam darah dan boleh menyebabkan kegemukan.
Cara mengambil vitamin
  • Adakah kita makan vitamin sekaligus dalam satu-satu masa. Sebaiknya elakkan pengambilan vitamin secara sekaligus kerana ia boleh meningkatkan kepekatan darah dalam masa-masa tertentu.
  • Ada juga yang suka makan vitamin sekaligus sebelum tidur di mana semasa itu pengambilan air adalah kurang kerana kita sedang tidur.
  • Adalah dinasihatkan supaya anda mengambil vitamin mengikut cadangan waktu yang diberikan kerana ia dapat membantu mengurangkan kepekatan darah meningkat secara mendadak dan dapat mengelakkan buah pinggang terbeban dalam satu-satu masa.
Makan ubat dan juga jamu
  • Bukan bermaksud anda tidak boleh mengambil jamu atau ubat yang diberikan oleh doktor. Tetapi untuk mengelakkan kecelaruan pada darah yang menyebabkan vitamin tidak dapat diserap dengan baik, adalah lebih baik jika anda membuat jadual supaya tidak mengambil ubat, jamu dan supplemen dalam satu masa secara serentak. Sebaik-baiknya jarakkan masa pengambilan antara 1 hingga 2 jam.
Minuman berkafien
  • Berapa cawankah anda mengambil minuman berkafien setiap hari? Jika anda adalah penggemar minuman berkafien, berusahalah untuk mengurangkan pengambilan minuman berkafien sekurang-kurangnya satu cawan sehari.
  • Pengambilan minuman berkafien dalam kuantiti yang tinggi boleh menyebabkan vitamin yang diambil rosak dan tidak memberi kesan kepada tubuh badan kita.
Okey, lepas ni koreksi diri adakah kita cukup minum air, ada jarakkan pengambilan ubat dengan vitamin, minum minuman berkafien bercawan-cawankah atau bagaimana....

happy reading...Syamil dah bangun tido...jumpa lagi nnti yer...

LATIH SYAMIL BELAJAR SENDIRI

Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ni nak cerita tentang proses pembelajaran Syamil di rumah...Kanak-kanak yang istimewa seperti Syamil perlukan persediaan awal sebelum dia melangkah ke alam persekolahan. Jadi sebaik sahaja saya mengetahui Syamil seorang autistik, saya mula menggali dan mencari ilmu untuk membantu Syamil.

Tak nak cerita apa yang saya dah buat sebelum ni, sebab kalau cerita jadi panjang pulakkan...So arini sebenarnya nak cerita bagaimana saya membantu Syamil belajar dengan mengikut kaedah yang digunakan di Makmal Pembelajaran Autisme, UKM. Dah tentu ilmu ni saya dapat semasa menyertai Bengkel Siri Jelajah Negara Permata Kurnia dan hasil perkongsian dengan rakan-rakan yang sekapal dengan saya. 

Berbekal ilmu yang dikutip dan buku rujukan yang saya beli semasa bengkel saya berusaha sedaya upaya untuk ajar Syamil sama seperti di Makmal Autisme UKM..setup tempat belajar pun nak bagi sama gak..hahaha...nak p antar kat Makmal Autisme jauh kan, so kita buat kat rumah...ibu autisme ni dia kena gigih, sabar, kuat semangat dan semua-semualah...


 
Day 1 (27 April 2015)

Haaa..yang gambar kat atas ini hari pertama percubaan saya untuk bagi Syamil belajar sendiri...selepas beberapa siri sesi pembelajaran bersama-sama saya. Bukan bermaksud saya tinggal dia terus , saya pantau dari jauh..agak-agak dia dah hilang fokus tu saya pergi kat meja dia..usap2 sikit kata Syamil pandai, Syamil good boy..nanti dia dah ok dia akan sambung balik tugasan dia sampai siap..At the end saya akan bagi dia reward...hihi..bunga kertas jer..memandangkan sekarang Syamil dok obses dengan bunga, so bunga lah saya jadikan reward. 

Semua bahan-bahan tu saya buat sendiri hasil ilmu yang saya belajar masa bengkel..ada juga yang saya cari di internet dan perkongsian rakan-rakan.

Day 2 (28 April 2015)

Okay gambar ni pulak, hari kedua percubaan saya..Task 1 lulus, Task 2 agak hilang fokus sebab banyak kot, so kena duduk tepi dia dan bantu sikit-sikit supaya dia fokus kembali, peluk2 sikit, bagi pujian Syamil pandai, Alhamdulillah dapat habiskan Task 2 dengan jayanya. Task 3 pulak aktiviti yang nampak mudah, tetapi untuk kanak-kanak macam Syamil yang ada masalah motor halus, susah sebenarnya...dia nak tekan sepit tu macam seksa jer... Tapi tu dulu la..sekarang Syamil dan agak pandai tekan sepit tu dan letakkan ikut warna...

Berapa masa yang saya ambil untuk satu sesi ni?

Bergantung pada task yang kita bagi...dan bergantung pada keupayaan anak kita, selalu Syamil dalam 20 minit dah selesai..awal lagi pun ada kot..hiihii..agak2 jer masa tu...

Ibu-ibu boleh pelbagaikan aktiviti...selalu sebelum aktiviti ni saya ajak Syamil mengaji dulu, membaca pastu speech theraphy baru mula buat...banyakkan...tapi yang tu lah dia kena face setiap hari..bila dah jadi rutin in shaa Allah ok lah...

Buat masa bila?

Saya selalu ajar lepas maghrib sebab pagi 8 sampai 12 Syamil g sekolah, petang dia tido dan tengok tv, kadang2 sambil tengok tv saya buat aktiviti fizikal..malam baru mula...

okey, nanti saya cerita lagi yer...nak p ambik Syamil kat Tadika...terima kasih sebab membaca...


KAEDAH SENTUHAN KULIT KE KULIT

Assalamulaikum..

Pernah dengar tak kaedah sentuhan kulit ke kulit?

Kalau tak pernah dengar meh saya nak cerita...

Kaedah sentuhan kulit ke kulit ni adalah kaedah yang mana bayi baru dilahirkan  diletakkan dalam keadaan meniarap di atas dada ibu.

Saat bayi dilahirkan, tubuh bayi hanya perlu dilapkan dengan kain kering untuk menghilangkan lendir-lendir dan juga sisa darah yang melekat pada bayi.

Untuk memastikan ibu dan bayi selesa, sehelai selimut bolehlah diletakkan untuk menyelimuti ibu dan bayi. Cara ini juga dapat membantu mengelakkan bayi kehilangan haba.

Melalui kaedah ini, ibu dan bayi dapat terus berinteraksi melalui ransangan sentuhan, haba dan bau. 

Kebaikan kaedah sentuhan kulit ke kulit.

  • Kajian menunjukkan bayi yang diletakkan dalam keadaan begini akan mempunyai suhu tubuh, denyutan jantung, pernafasan, tekanan darah dan aras gula dalam aliran darah lebih stabil berbanding bayi yang dipisahkan terus dari ibunya.
  • Haba dari tubuh ibu dapat dipindahkan terus kepada bayi untuk membantu menstabilkan suhu tubuh bayi yang baru dilahirkan.
  • Masalah alahan dapat dikurangkan kerana kulit dan sistem penghadaman bayi dikoloni oleh bakteria yang sama dengan ibunya.
  • Hubungan ibu dan bayi akan lebih erat bila sentuhan dapat dimulakan seawal mungkin.
  • Bayi lebih tenang dan kurang menangis.



Bagaimana kaedah ini membantu penyusuan ibu?
  • Kaedah ini dikatakan dapat membantu bayi memulakan penyusuan pertama dengan lebih berkesan.
  • Tindakbalas semulajadi bayi terhadap persekitarannya dapat dugunakan sepenuhnya jika bayi diletakkan dalam keadaan begini.
  • Bayi cuma perlu dibiarkan berada di atas dada ibu sebaik sahaja dilahirkan.
  • Bayi akan perlahan-lahan mencari puting susu ibunya. 
  • Bau payudara ibu yang seperti bau air ketuban dan warna puting ibu yang gelap akan membantu bayi untuk menuju ke arah payudara ibunya.
  • Bayi yang sihat akan menggerakkan tubuhnya ke arah puting susu ibunya tanpa sebarang bantuan dan dapat memulakan hisapan pertama dengan mudah dan berkesan dalam masa 10-60 minit.
  • Kaedah ini dapat membantu kejayaan penyusuan yang seterusnya dan juga mengelakkan ibu menghadapai masalah puting luka, bengkak susu dan sebagainya.

Haaa...baguskan kaedah ini... masa saya lahirkan Syamil dulu bukan dekat hospital rakan bayi, memang takde la semua tu...tapi disebabkan saya pernah baca tentang kaedah ni, saya buat jugak la walaupun bukan lepas kelahiran Syamil..hiihi...

okey, happy reading..semoga bermanfaat buat semua bakal ibu dan juga ibu-ibu yang lain.


Sumber rujukan : 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu / Zaharah Sulaiman / Tengku Alina