Khamis, 7 Mei 2015

SINDROM "BABY BLUES"

Assalamualaikum...

Pernah tak dengar Sindrom "Baby Blues"?  Mungkin ada yang biasa dengar dan mungkin juga ada yang tak biasa dengarkan.

Actually saya pun baru jer tahu apa dia Sindrom Baby Blues ni. Sebelum ni tahu meroyan jer. Ingatkan baby blues ngan meroyan benda yang sama. Tapi berbeza rupanya. Disebabkan nak tahu sangat pasal sindrom ni saya membuat pencarian dan pembacaan berkaitan sindrom ini. Saya kongsikan dengan pembaca semua tentang sindrom tersebut. Semoga ia memberi manfaat terutamanya kepada bakal ibu dan ibu-ibu yang baru melahirkan anak.



Setiap ibu yang melahirkan anak pasti akan merasa gembira dengan kehadiran cahayamata yang dinanti selama sembilan bulan. Namun selepas beberapa hari melahirkan akan wujud satu kondisi di mana ibu berasa kurang selesa, sedih, runsing, cepat marah dan lain-lain.

Sindrom ini dialami oleh hampir 50% ibu baru yang melahirkan anak. Perasaan gembira atas kehadiran cahayamata penyeri hidup akan disertai oleh perasaan sedih, cemas, kaget dan lain-lain sehingga menimbulkan keadaan kurang selesa kepada psikologi ibu. Gejala ini dikenali sebagai "Sindrom Baby Blues" atau stress pasca kelahiran.

Sindrom Baby Blues adalah salah satu bentuk tekanan perasaan yang sangat ringan yang biasanya berlaku dalam  14 hari pertama melahirkan dan cenderung untuk lebih buruk sekitar hari ketiga dan keempat selepas melahirkan.

Punca Sindrom Baby Blues.
  1. Perubahan hormon. Selepas ibu melahirkan anak, akan berlaku penurunan kadar hormon estrogen dan progesteron yang agak drastik. Penurunan kadar hormon yang dihasilkan oleh kalenjar trioid juga akan menyebabkan ibu cepat letih, hilang mood dan tekanan perasaan.
  2. Fizikal. Kehadiran cahayamata dalam keluarga akan menbuatkan perubahan pada gaya hidup dalam keluarga, terutamanya ibu. Ibu terpaksa menjaga bayi sepanjang siang dan malam menyebabkan tenaga ibu terpaksa digunakan sepenuhnya. Ini akan menjadikan ibu tidak mendapat rehat yang secukupnya dan tidak mampu bertahan dalam menghadapi masalah.
  3. Psikologi. Ibu merasa cemas dalam banyak perkara seperti ketidakmampuan mengurus anak, menyusukan anak, rasa tidak percaya pada diri sendiri kerana perubahan bentuk badan yang kurus sebelum hamil tetapi berisi selepas melahirkan serta kurangnya perhatian dari keluarga terutamanya suami. Semua keadaan ini boleh menyumbang kepada tekanan perasaan.
  4. Sosial. Perubahan gaya hidup dengan peranan seorang ibu memerlukan penyesuaian. Rasa terikat dengan bayi dan rasa jauh dari kehidupan asal juga boleh menyumbang kepada tekanan perasaan.

Gejala Sindrom Baby Blues

Antara gejala-gejala yang biasanya berlaku adalah seperti:-
  • Perasaan cemas yang berlebihan, sedih, murung dan sering menangis
  • Sering merasa letih dan sakit kepala
  • Berasa tidak mampu mengurus bayi atau menyusukan bayi
Ada juga kes dimana ibu  mengalami sindrom baby blues dalam jangkamasa yang lebih lama dan lebih berat. Apabila gejala sindrom baby blues yang dialami mengganggu aktiviti seharian ibu ia boleh dikatakan sebagai Depresi Selepas Melahirkan. Ia juga sering melanda ibu yang mempunyai sejarah tekanan perasaan sebelum ini. 

Tanda-tanda Depresi Selepas Melahirkan.
  1. Letih yang berpanjangan, sukar tidur dan insomnia.
  2. Hilang perasaan seronok dan minat untuk melakukan hal-hal yang menyenangkan hati.
  3. Tidak memberi perhatian kepada diri sendiri dan suka bersendirian.
  4. Tidak memberi perhatian kepada bayi yang dilahirkan.
  5. Perasaan takut akan menyakiti si kecil.
  6. Hilang minat untuk bersama suami.
  7. Emosi yang tidak stabil.

Cara Mengatasi Sindrom Baby Blues.
  1. Sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
  2. Tanamkan rasa ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
  3. Berusaha untuk bersikap tenang dengan cara mengambil nafas panjang serta fleksibel dalam mengurus bayi.
  4. Tidur semasa bayi tidur.
  5. Suarakan rasa tidak selesa kepada suami atau keluarga terdekat.
  6. Luangkan masa untuk diri sendiri walaupun sekejap dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan.
  7. Lakukan sesuatu perkara mengikut kemampuan diri. Jangan paksa diri melakukan sesuatu yang diluar kemampuan.
  8. Mintalah bantuan suami atau ahli keluarga yang lain dalam urusan rumahtangga dan mengurus bayi.
  9. Berkongsi cerita dengan ibu-ibu baru yang lain.
  10. Luahkan perasaan sekiranya ibu mendapati dia sedang mengalami sindrom baby blues supaya orang terdekat dapat membantu ibu menangani situasi tersebut.
Bagi memastikan ibu tidak mengalami sindrom baby blues selepas melahirkan, adalah dicadangkan supaya ibu dan pasangan dapat berbincang dalam usaha untuk memastikan tempoh berpantang ibu tidak terganggu dengan masalah-masalah lain yang boleh merunsingkan ibu. Pastikan ibu dan bapa telah membuat persiapan dari segi mental, kewangan dan sosial.

*****************************************************
INFO SUPPLEMEN


  • Dalam set berpantang Shaklee terdapat satu vitamin yang bernama B Complex. Vitamin ini membekalkan kesemua 8 jenis Vitamin B dan juga Asid Folik. Vitamin ini boleh membantu memberi ibu perasaan tenang dan tidak tertekan. Ibu berpantang sangat digalakkan mengambil vitamin ini semasa dalam pantang kerana fungsinya itu.
Dapatkan Set Berpantang Shaklee hari ini. Hubungi Kak Zai untuk maklumat lanjut dan konsultasi secara percuma.




CARA PEMAKANAN YANG BAIK SEMASA HAMIL

Assalamualaikum semua...apa khabar?  Semoga sihat sentiasa terutamanya buat ibu-ibu yang sedang hamil tu...

Hari ni Penang cuti sempena PRK Permatang Pauh...jadi lambat sikit bersiaran...uruskan apa yang patut dulu..

Oklah...nak cerita tentang tips pemakanan untuk ibu hamil plak hari ni...


Apa yer cara pemakanan yang baik semasa hamil?

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu hamil semasa makan bagi memastikan ibu sentiasa sihat dan bertenaga. Tak la nanti letih lesu, lunyai dan tak bermaya...

Ubah cara makan yang kurang baik
Ibu perlu sedar bahawa ibu sedang hamil. Jadi, diet pemakanan ibu haruslah mengikut diet pemakanan untuk ibu hamil. Ketika ini, ibu memerlukan lebih banyak protein (62.5g sehari), kalori untuk tenaga (tambahan sebanyak 360 kalori sehari), kalsium (1000mg sehari), minyak ikan (200 - 300mg sehari), vitamin dan mineral seperti asid folik (600mg sehari) dan zat besi (29mg sehari) untuk perkembangan bayi.


Jangan mengurangkan jumlah makanan semasa hamil.
Pada waktu ini bukanlah masa yang sesuai untuk menguruskan badan. Ia akan membahayakan ibu dab bayi. Berdiet secara tidak betul semasa hamil akan menyebabkan ibu dan bayi kekurangan vitamin dan mineral penting yang lain. Pertambahan berat badan semasa hamil adalah petanda  yang baik dan sihat. Ibu yang mengamalkan pemakanan secara sihat akan mengalami pertambahan berat badan secara berperingkat dan ia secara umumnya akan melahirkan bayi yang sihat.


Makan dengan jumlah yang kecil tetapi kerap.
Pada trimester pertama, kebiasaannya ibu akan mengalami morning sickness iaitu muntah dan mual. Ibu dinasihatkan supaya makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap. Elakkan mengambil makanan yang pedas dan berminyak. Makan dalam jumlah yang sedikit dan ulang dalam selang masa 4 jam. Ibu harus ingat bahawa walaupun ibu tidak rasa lapar tetapi bayi dalam kandungan memerlukan makanan yang mencukupi.

Amalkan vitamin ibu hamil secara teratur
Makanan yang ibu makan adalah merupakan sumber vitamin yang paling baik. Tetapi selalunya vitamin akan hilang semasa proses menanam, memasak dan menyediakannya. Jadi mungkin vitamin dalam diet pemakanan ibu akan berkurangan terutamanya asid folik dan zat besi yang sangat diperlukan oleh bayi. Sebab itulah ibu hamil perlu mengambil vitamin ibu hamil secara teratur.


Minum air yang cukup.
Setiap 25kg berat badan ibu, ibu perlu minum 1 liter air. Ini kerana ibu memerlukan jumlah cecair yang mencukupi untuk ibu dan bayi. 33% pertambahan berat badan ibu semasa hamil adalah daripada berat air. Ia amat penting untuk menghasilkan sel darah merah bayi bagi sistem peredaran darahnya. Tubuh ibu memerlukan air sepanjang tempoh ini untuk mengatasi masalah sembelit dan untuk mengawal suhu badan ibu.


Banyakkan makan makanan berserat, buah-buahan dan sayur sayuran.
Banyakkan makan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran supaya dapat membantu mengatasi masalah sembelit yang sering berlaku sepanjang tempoh kehamilan.


Dengan mengamalkan pemakanan sihat, ia bukan sahaja mampu membantu ibu sentiasa sihat, ceria dan bertenaga malahan juga turut membantu perkembangan bayi secara optimum. 

Salam sayang.