- Shaklee
merupakan peneraju perniagaan & pembuatan suplemen / vitamin semulajadi
terulung di dunia, berusia lebih 55tahun, dan lebih 30 tahun di Malaysia.
Walaupun begitu, selain suplemen, Shaklee juga mengeluarkan produk-produk lain.
Boleh rujuk web Shaklee : www.shaklee.com.my
Adakah
Shaklee halal?
- Ya. Produk
Shaklee Malaysia disahkan halal oleh Islamic Service of America yang merupakan
badan diiktiraf JAKIM
Bagaimana
saya boleh menjalankan perniagaan Shaklee?
Keahlian
seumur hidup Shaklee boleh didapati dengan 3 cara :
- Bayaran
yuran RM75 (Semenanjung) / RM85 (Sabah & Sarawak)
- PERCUMA
dgn pembelian RM680 produk+*caj pos RM10(Semenanjung)/*RM20(Sabah &
Sarawak) *TIADA caj
penghantaran untuk pembelian produk Vivix
- PERCUMA
dgn pembelian produk bernilai RM800 (Semenanjung) / RM1000 (Sabah & Sarawak)
Adakah
keahlian saya boleh tamat tempoh?
- Untuk
memastikan keahlian kita aktif, kita perlu membuat sekurang-kurangnya pembelian
1 produk dalam tempoh setahun. Contohnya, produk termurah di Shaklee adalah
Zinc Complex (120 biji) = RM27. Beli 1 botol Zinc Complex pada tahun 2014, maka
keahlian anda aktif untuk tahun tersebut. TIADA bayaran untuk memperbaharui
keahlian, hanyalah pembelian 1 produk sahaja dalam tempoh setahun.
Bolehkah
saya memulakan bisnes ni dengan modal 0?
- Boleh.
Kumpulkan pesanan dari rakan, saudara atau pelanggan sehingga mencapai RM680 atau lebih, kami akan
daftarkan keahlian anda secara PERCUMA
Berapakah
pembelian minimum yang perlu saya buat setiap bulan?
- Di Shaklee,
anda tidak dipaksa membuat belian minimum untuk kesinambungan keahlian.
Sekiranya cukup minimum pembelian bulanan, anda layak mendapat cashback, jika
tidak cukup, anda tidak layak mendapat cashback, namun keahlian TIDAK terbatal.
Berapakah minimum belian untuk saya layak menerima bonus?
- Belian
minimum bulanan untuk layak bonus hanyalah lebih kurang RM480 sebulan. Anda
boleh menggunakan ID Shaklee anda untuk membuat belian, juga boleh berkongsi ID
anda dengan sahabat & saudara-mara.
Bagaimanakah
cara untuk saya membuat belian?
- Setelah
mendaftar, gunakan ID anda untuk menikmati PENJIMATAN harga & CASHBACK.
Belian produk Shaklee boleh dilakukan
secara tunai, kad debit atau kad kredit melalui :
- Belian
terus / walk in ke cawangan berdekatan (Shaklee tiada stokis)
- Pesanan
melalui panggilan telefon (menggunakan kad debit / kad kredit sahaja)
- Belian
melalui webpage shaklee2u yang dikhaskan kepada anda (menggunakan kad debit /
kad kredit sahaja)
- Bagi cara
2 & 3, produk akan dihantar terus ke alamat anda dalam tempoh 1-4 hari
bekerja. Caj pos akan dikenakan sebanyak RM10 (Semenanjung) / RM20 (Sabah
Sarawak) atau penghantaran percuma untuk pembelian produk Vivix atau pembelian
berjumlah RM800 (Semenanjung) / RM1000 ( Sabah Sarawak)
Apakah
webpage shaklee2u?
- Setelah
mendaftar, anda akan menerima no keahlian (ID) dan password, ianya digunakan
untuk mengakses webpage yang dikhususkan untuk akaun anda di
www.shaklee2u.com.my.
webpage
shaklee2u khusus untuk yang pengedar berdaftar Shaklee
Di shaklee2u
juga, anda boleh :
- Membuat
pembelian & barang dihantar terus kepada anda atau customers
- Menyemak
ahli berdaftar di bawah anda
- Mendaftar
ahli baru
- Mengetahui aktiviti terkini Shaklee Malaysia
- Menyemak
senarai belian bulanan atau bulan-bulan sebelumnya
- Mengetahu
jumlah bonus yang bakal diterima
- Menyemak
jumlah points terkumpul dari pembelian anda
Perlukah
saya menyimpan stok untuk perniagaan saya?
- Ini adalah
pilihan anda. Anda boleh menyimpan stok atau meminta Shaklee mengepos terus
kepada pelanggan anda setelah belian dibuat dengan ID anda (sistem dropship)
Berapakah
bonus yang saya boleh dapat dari perniagaan ini?
- Tiada jumlah
tertentu yang boleh ditetapkan untuk bonus anda. Ianya bergantung kepada usaha
anda & keluasan rangkaian perniagaan anda. Bonus Shaklee boleh dinikmati
serendah 2 angka sehinggalah ke 6 angka, malah tiada had.
Bagaimanakah
cara bonus Shaklee dibayar kepada saya?
- Anda boleh
memilih untuk menerima bonus tunai atau cek. Bonus tunai akan dikreditkan terus
ke akaun bank anda pada 14 haribulan setiap bulan. Contohnya, belian sepanjang
Januari akan dikira & bonus akan dikreditkan pada 14 Februari. Jika tidak,
anda juga boleh memilih untuk menerima cek berpalang. Shaklee akan menghantar
cek secara pos di hujung bulan / anda mengambil sendiri cek di cawangan Shaklee
bermula 15hb - 18hb.
Adakah
ganjaran lain selain tunai?
- Ya. Shaklee
menawarkan 3C - Cash, Car & Convention
1. Cash -
Ganjaran tunai meliputi :
- Bonus dari jualan kumpulan
- Untung runcit
- Bonus kepimpinan
- Insentif Coordinator (pangkat)
2. Car
- Apabila
kumpulan anda telah berkembang dan mencapai jualan minimum yang ditetapkan,
anda layak menerima tambahan 3% daripada keseluruhan. Ini dikenali sebagai
insentif kereta. Shaklee membayar secara tunai. Terpulang kepada anda bagaimana
untuk digunakan
3. Convention
- Selain
mengumpul uv (unit value) bagi setiap pembelian, anda juga berpeluang mengumpul
mata untuk percutian dalam negara dan antarabangsa. Mata dikira berdasarkan:
i ) Jualan
kumpulan ; lebih kurang RM930 menyumbangkan 1 mata
ii)
Pendaftaran ahli baru dengan pembelian RM650 ; menyumbangkan 1mata
iii)
Penghasilan leader baru. Seorang supervisor (dgn jualan RM9000 sebulan);
20 mata
iv) Kenaikan
pangkat ; ni ada jumlah tertentu ikut jadual, semakin tinggi pangkat, semakin
banyak mata
Percutian
ini terbahagi kepada 2 :
- Percutian
dalam negara
- Percutian
antarabangsa atau Umrah Ziarah bagi Muslim Leader.
*** Umrah
ditawarkan setiap tahun, destinasi percutian lain adalah berbeza mengikut
tahun.
Jika saya
menyertai keluarga Syamil Miracle, adakah saya perlu menghadiri mesyuarat pada
tempoh tertentu?
- Tidak. Di
Syamil Miracle kami menjalankkan online coaching, secara berkumpulan / individu.
Perjumpaan offline ada dijalankan sekali-sekala tetapi ianya tidak diwajibkan.
Kami mempunyai leaders dari setiap negeri di Malaysia dan rata-ratanya berjaya
hanya dengan online coaching individu dan melalui support group dari susur galur Syamil Miracle.
Berapa
lamakah tempoh masa untuk saya mencapai bonus 4 - 5 angka?
- Ianya
bergantung kepada usaha anda. Ada leader yang mencapai 4 angka selepas 1 bulan,
3 bulan, 1 tahun menyertai Shaklee. Ia bergantung kepada individu.
Perlukah
saya mencari downlines?
- Permulaan
bisnes Shaklee adalah perkongsian kebaikan produk dari hati & pengalaman
anda sendiri. Tanpa downlines, anda juga boleh mencapai pangkat supervisor
& menikmati peratus bonus tertinggi iaitu 21%. Namun, sekiranya ada antara
pelanggan yang ingin menjadi ahli / downline / anak Shaklee anda, ini adalah
peluang untuk anda berkongsi ganjaran Shaklee dengan beliau.
Masih ada
pertanyaan? Hubungi kami di;-