Memaparkan catatan dengan label kaedah belajar kanak-kanak autisme. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kaedah belajar kanak-kanak autisme. Papar semua catatan

Rabu, 21 Oktober 2015

SYAMIL BERKENALAN DENGAN PERALATAN DALAM BILIK AIR

Assalamualaikum warahmatullah...

Masya Allah...sudah bersawang blog saya ni...lama sudah daku melupakanmu..tapi dihati tetap ada rasa rindu untuk menulis di blog ini..

Sibuk dengan urusan yang ntah apa-apa entah, tapi yang pasti saya tidak mahu lupa menyiapkan bahan-bahan pembelajaran baru untuk syamil...

Selalunya bahan yang saya buat dan sediakan untuk Syamil, saya tidak pernah lupa untuk kongsikan dengan rakan-rakan sekasut...sebab apa? Sebab saya tahu ibu-ibu yang bekerja takkan ada banyak masa untuk berada di hadapan komputer untuk mencari dan menyediakan bahan seperti saya. Kerana saya juga pernah bekerja dan saya juga merasai bagaimana letih dan penatnya selepas balik kerja. 

Alhamdulillah, saya ada group FB saya sendiri iaitu "Autism Teaching Aids (Malaysia)". Disitulah saya salurkan bahan-bahan yang saya buat. Semoga ia memberi manfaat kepada kanak-kanak seperti Syamil. Mungkin pendidikan sudah sebati dengan saya, bila berhenti sebagai guru pun, hati masih ingin menyumbang kepada pendidikan. Cuma mungkin caranya sudah tidak sama seperti menjadi guru di sekolah.

Hari ni saya nak kongsikan bahan yang saya buat untuk Syamil. Masa saya ajar Syamil tentang jenis-jenis pekerjaan, abah Syamil cadangkan kepada saya supaya saya kenalkan kepada Syamil peralatan di dalam rumah..bukanlah Syamil tak tahu, banyak juga yang Syamil dah kenal dan boleh sebut macam meja, kerusi, langsir, sudu, peti ais, mesin basuh, shower, paip dan banyak lagi lah..tak tersenarai kat sini...hii..tapi ada juga yang Syamil belum tahu sebut macam baldi n gayung...

1st target untuk kenalkan Syamil dengan peralatan dalam rumah dah tercapai. Ajar secara santai jer..Bila dan kenal semua benda maujud ni saya tukarkan ke dalam bentuk gambar pulak...Jadi, saya sediakan buku aktiviti ni dan flashcard..

Pengalaman mengajar Syamil sebelum ni memberitahu saya bahawa Syamil sangat mudah belajar melalui kaedah sight words, so saya gunakan kelebihan ini untuk ajar dia mengecam gambar dan perkataan..

Kad bacaan yang saya buat untuk Syamil...

Saya mulakan dengan perkenalkan kepada Syamil peralatan di bilik air dengan menggunakan kad ini...

Dan juga buku ini..


Mengajar anak tipikal dan anak isitmewa ini memerlukan cara yang berbeza...jadi apa yang saya pelajari saya gunakan untuk membantu anak saya...

Buku ini merupakan buku yang kita boleh pelbagaikan penggunaanya...ada 3 dalam 1 aktiviti...satu aktiviti saya dah tak buat..sebab senang sangat..hihi...kalau ikut 4 dalam 1...

Aktiviti pertama adalah memadankan gambar dengan gambar berperkataan, boleh ulang sebanyak mana yang kita nak, sehingga anak dah kuasai sepenuhnya..selalunya tak ambik masa yang lama pun untuk kuasai aktiviti ni..


Aktiviti 1: Memadankan gambar dengan gambar berperkataan

Bila anak dah kuasai aktiviti pertama, kita buat aktiviti kedua pulak...apa tu? Hihi..untuk aktiviti kedua kita bagi anak match gambar berperkataan dengan perkataan pulak...yang ni anak kena cam perhati dan fokus pada perkataan...Syamil dapat membaca sesuatu perkataan itu bunyi apa dengan aktiviti ni la...hihi..



Aktiviti 2 : Memadankan gambar berperkataan dengan perkataan

haa...bila anak dah terror matching dekat aktiviti kedua tu, kita move ke aktiviti yang akhir, kira aras tinggi la..hihi...

Aktiviti akhir ni, aktiviti memadankan gambar dengan perkataan, bila anak dah cam sesuatu perkataan tu apa, than baru boleh buat aktiviti ni...anak autis ni kadang-kadang belajar tak sama macam anak tipikal, macam Syamil dia boleh cam perkataan tu terus dan sebut...kemudian aktivti matching ni jadi lagi mudah..itulah keistimewaan yg Allah beri kat Syamil...tapi bukan semua yer macam tu...autisme ni spectrum..so kena faham kat situ...hiii...

Aktiviti 3: Memadankan gambar dengan perkataan

Okeylah, rasa sampai kat sini dulu sharing saya buat kali ni..haaaa...bagi rakan-rakan pembaca yang sedang tercari-cari bahan untuk pembelajaran untuk anak-anak boleh sertai saya di FB group "Autisme Teaching Aids(Malaysia)"...ada bahan yang saya upload khusus untuk pembelajaran anak autis dan ada juga yang semua kanak-kanak boleh guna..

Sampai jumpa lagi yer..wassalam...

Selasa, 28 April 2015

LATIH SYAMIL BELAJAR SENDIRI

Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ni nak cerita tentang proses pembelajaran Syamil di rumah...Kanak-kanak yang istimewa seperti Syamil perlukan persediaan awal sebelum dia melangkah ke alam persekolahan. Jadi sebaik sahaja saya mengetahui Syamil seorang autistik, saya mula menggali dan mencari ilmu untuk membantu Syamil.

Tak nak cerita apa yang saya dah buat sebelum ni, sebab kalau cerita jadi panjang pulakkan...So arini sebenarnya nak cerita bagaimana saya membantu Syamil belajar dengan mengikut kaedah yang digunakan di Makmal Pembelajaran Autisme, UKM. Dah tentu ilmu ni saya dapat semasa menyertai Bengkel Siri Jelajah Negara Permata Kurnia dan hasil perkongsian dengan rakan-rakan yang sekapal dengan saya. 

Berbekal ilmu yang dikutip dan buku rujukan yang saya beli semasa bengkel saya berusaha sedaya upaya untuk ajar Syamil sama seperti di Makmal Autisme UKM..setup tempat belajar pun nak bagi sama gak..hahaha...nak p antar kat Makmal Autisme jauh kan, so kita buat kat rumah...ibu autisme ni dia kena gigih, sabar, kuat semangat dan semua-semualah...


 
Day 1 (27 April 2015)

Haaa..yang gambar kat atas ini hari pertama percubaan saya untuk bagi Syamil belajar sendiri...selepas beberapa siri sesi pembelajaran bersama-sama saya. Bukan bermaksud saya tinggal dia terus , saya pantau dari jauh..agak-agak dia dah hilang fokus tu saya pergi kat meja dia..usap2 sikit kata Syamil pandai, Syamil good boy..nanti dia dah ok dia akan sambung balik tugasan dia sampai siap..At the end saya akan bagi dia reward...hihi..bunga kertas jer..memandangkan sekarang Syamil dok obses dengan bunga, so bunga lah saya jadikan reward. 

Semua bahan-bahan tu saya buat sendiri hasil ilmu yang saya belajar masa bengkel..ada juga yang saya cari di internet dan perkongsian rakan-rakan.

Day 2 (28 April 2015)

Okay gambar ni pulak, hari kedua percubaan saya..Task 1 lulus, Task 2 agak hilang fokus sebab banyak kot, so kena duduk tepi dia dan bantu sikit-sikit supaya dia fokus kembali, peluk2 sikit, bagi pujian Syamil pandai, Alhamdulillah dapat habiskan Task 2 dengan jayanya. Task 3 pulak aktiviti yang nampak mudah, tetapi untuk kanak-kanak macam Syamil yang ada masalah motor halus, susah sebenarnya...dia nak tekan sepit tu macam seksa jer... Tapi tu dulu la..sekarang Syamil dan agak pandai tekan sepit tu dan letakkan ikut warna...

Berapa masa yang saya ambil untuk satu sesi ni?

Bergantung pada task yang kita bagi...dan bergantung pada keupayaan anak kita, selalu Syamil dalam 20 minit dah selesai..awal lagi pun ada kot..hiihii..agak2 jer masa tu...

Ibu-ibu boleh pelbagaikan aktiviti...selalu sebelum aktiviti ni saya ajak Syamil mengaji dulu, membaca pastu speech theraphy baru mula buat...banyakkan...tapi yang tu lah dia kena face setiap hari..bila dah jadi rutin in shaa Allah ok lah...

Buat masa bila?

Saya selalu ajar lepas maghrib sebab pagi 8 sampai 12 Syamil g sekolah, petang dia tido dan tengok tv, kadang2 sambil tengok tv saya buat aktiviti fizikal..malam baru mula...

okey, nanti saya cerita lagi yer...nak p ambik Syamil kat Tadika...terima kasih sebab membaca...