Selasa, 21 April 2015

Tips Mudah Tambah Susu.

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat pembaca semua...semoga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah...

Kali ni saya nak share dengan pembaca semua tips mudah untuk ibu-ibu menambah susu badan. Seronokkan bila dapat buat stok yang banyak untuk baby kita...saya pasti dan amat pasti ada di antara ibu-ibu yang kerja dia selain kerja yang menimbun keliling pinggang tu ialah buka peti ais tengok stok EBM yang bertambah atau menyusut. Jika bertambah berbunga jer hati yer dak...tapi kalau stok makin menyusut..aduhai...tak tentu arah jadi nyer kan...

Ok lah..saya nak share beberapa tips mudah untuk tambah susu badan..

1. Kerapkan Menyusu @ Mengepam

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 2 - 3 jam pada siang hari. Jika nayi tidur melebihi 3 jam, kejutkan bayi untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika bayi tidur melibihi 4-5 jam.
  • Perah @ pam susu setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu, berhenti memerah.Susukan bayi terlebih dahulu dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 


2. Jangan tunggu Payudara Penuh

  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan akan memperolehi susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum banyak air
  • Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir bayi, fikir susu
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...

5. Berdisiplin
  • Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
  • Latih diri untuk meyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet
  • Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... 

8. Menyusu @ Mengepam dengan lebih lama
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan malam
  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
  • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan suplemen
  •  Sangat digalakkan....
*************************************************************************
credit to www.mamafaiz.com

TIPS TAMBAH SUSU SEMASA BERPUASA

Assalamualaikum dan salam ceria...

Apa khabar semua? Sudah bergantikah puasa yang ditinggalkan tahun sudah? 

Buat ibu-ibu yang menyusukan dan dalam proses mengganti puasa tentu risau masalah susu berkurangan kan? Ok kat sini saya nak share beberapa tips tambah susu atau cara nak maintain susu supaya tidak berkurangan walaupun sedang mengganti puasa atau berpuasa sepanjang Ramadhan kelak.

  1. Berikan susu badan secara kerap walaupun berpuasa. 
  2. Kekalkan waktu perahan susu seperti biasa untuk menggalakkan permintaan terhadap susu diteruskan hingga selesai mengganti puasa/ bulan Ramadhan.
  3. Buat jadual perahan yang betul dan kerap; perahan susu perlu dilakukan mengikut kaedah yang betul.
  4. Susukan bayi pada waktu malam untuk membantu pengaliran susu yang baik.
  5. Kerap mengepam susu pada waktu malam dan sebelum bersahur; pada waktu siang pula pam susu mengikut waktu biasa dilakukan sebelum berpuasa.
  6. Amalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.
  7. Minum air kosong dengan banyak di waktu malam bagi mengganti cecair yang hilan sepanjang berpuasa.
  8. Banyakkan minum air kosong dan kurangkan pengambilan air manis.
  9. Sentiasa berfikiran positif dan ceria selalu.
Bagi memastikan ibu-ibu yang menyusukan bayi sentiasa bertenaga, saya menggalakkan ibu semua mengambil supplemen sepanjang berpuasa.