Ahad, 6 April 2014

KESIHATAN TULANG JANGAN DIPANDANG REMEH...

Assalamualaikum...
Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar...

Sempena bulan promosi Ostematrix ni..saya kongsikan dengan anda tentang osteoporosis..

Jom kita baca sama-sama...layanzzz..

Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.

Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil.Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.

Tanda dan Gejala

Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul.Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.

Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan

Artikel tambahan:Masih belum terlambat untuk menyelamatkan masa depan anda walaupun anda sudah melebihi usia 30 tahun. Anggap tulang anda seperti akaun bank dan kalsium sebagai 'duit' yang disimpan di dalamnya. Tulang anda menyerap kalsium paling banyak sebelum umur 18 tahun dan inilah masanya akaun bank tulang anda akan mengumpulkan simpanan terbanyak. Lagi banyak anda simpan, lagi banyak anda akan ada apabila semakin tua.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Jadi jom kita borong sorang satu set Ostematrix...buat stok banyak-banyak...

# I'm SHAKLEE Independent Distributor
# Hubungi saya di 0127987876
# Penghantaran seluruh Malaysia
_________________________________________________

PENYAKIT SENDI @ ARTIRITIS


Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.

OSTEOARTHRITIS


Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

TANDA-TANDA DAN GEJALA

  • Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang belakang, siku   dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
  • Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
  • Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan.

ARTHRITIS REUMATOID


Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecacatan.

TANDA-TANDA DAN GEJALA

  • Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
  • Kekakuan pada awal pagi.
  • Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
  • Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
  • Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
  • Kelemahan dan kepenatan.
  • Demam bergred rendah.
  • Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
  • Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.

PENTING


Perawatan artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan

PENJAGAAN KENDIRI


Jika doktor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan: 


  • Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
  • Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk meningkatkan   kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
  • Selang selikan rehat
  • Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding dengan doktor atau fisioterapis anda.
  • Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian


GAYA HIDUP
  • Senaman dan yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
  • Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan bukannyamenggunakan tangan sahaja.
  • Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
  • Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
  • Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan usaha yang minima.
  • Sertai kumpulan sokongan artritis.
  • Fikir secara positif dan ceria selalu.

ELAK

  • Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
  • Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
  • Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
  • Memakai kasut yang tidak berpadanan.
  • Membiarkan sakit mengganggu moral anda.

CARA HIDUP DENGAN ARTHIRITIS

  • Gunakan alatan baru untuk membantu keperluan harian anda tanpa menegangkan  sendi-sendi.
  • Berhubung dengan kenalan baru yang berkongsi masalah yang serupa
  • Nikmati kehidupan dan kenali penyakit dengan lebih lanjut

Adalah penting jika individu berisiko tinggi di kenalpasti untuk pencegahan awal.







Khamis, 3 April 2014

JOM BERKENALAN DENGAN OSTEMATRIX

Assalamualaikum....

Bulan April ni ada bulan promosi Ostematrix...

Beli 6 PERCUMA 1...haaa...sebelum tu jom kita baca info berkaitan Ostematrix ni...

Atasi Masalah Kekurangan Kalsium dengan Shaklee Ostematrix

Adakah anda, atau ayah, ibu, orang kesayangan anda sering mengalami gejala-gejala seperti : 
》Sering berasa letih dan tak bermaya
》Kuku rapuh
》Mudah marah dan murung
》Mengalami penyakit Eczema
》Sakit-sakit sendi
》Kaki dan tangan sering berasa kebas
》Wheezing (pernafasan seperti wisel; disebabkan
    halangan dalam saluran udara.)
》Mengalami kekejangan otot
》Kulit kering (Psoriasis)
》Rambut menjadi kasar dan senang putus

》》》Jika anda mengalami simptom-simpton di atas, kemungkinan anda sebenarnya menghadapi masalah kekurangan kalsium.

♥ Kalsium adalah sumber penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Dan, tanpa kalsium yang cukup, anda akan menghadapi pelbagai masalah kesihatan.

♥ Semua orang memerlukan kalsium. Dari peringkat bayi, kanak-kanak, dewasa hinggalah warga emas dah tak kira lah jantina baik lelaki mahupun perempuan memerlukan kandungan kalsium di dalam menu harian mereka

♥ Adakah anda mendapat kandungan kalsium mencukupi atau pun berkualiti?

♥ Oleh sebab itu Shaklee memperkenalkan Ostematrix (dahulunya dipanggil Kalsium Magnesium), di mana kandungan kalsium di dalam Ostematrix ini adalah sangat seimbang dan memenuhi keperluan kalsium anda.

★★ Mari kita lihat apa yang terkandung di dalam Ostematrix ini:

1◆ Kalsium - daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi - 1,000 mg (100% DV)

2◆ Magnesium - 400 mg (100% DV) - untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya

3◆ Vitamin D - 400 IU (100% DV)  - untuk merangsang penyerapan kalsium

4◆ Boron (3mg) - membantu dalam metabolisma tulang

5◆ Mangan, copper & zink - mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang
Ostematrix (Kalsium Magnesium)

》》Kesan kekurangan kalsium adalah seperti berikut:

■ Mudah kejang otot atau semut-semut (terutamanya ibu-ibu mengandung)
■ Insomnia atau masalah sukar untuk tidur
■ Usus lemah dan sering mengalami sembelit
■ Mengalami sakit pinggang dan juga kaki
■ Cepat marah dan terkejut
■ Luka susah untuk sembuh. Dan jika luka, darah lambat membeku
■ Sakit sendi
■ Kadar metabolisma menjadi rendah
■ Berisiko mengidap penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
■ Kalsium Shaklee Ostematrix Melegakan Sakit

☆☆ Dengan Kalsium Ostematrix dari Shaklee, anda bukan sahaja mendapat kelebihan dari Kalsium, tetapi lebih dari itu.

☆☆ Kalsium Shaklee Ostematrix adalah Kalsium Terbaik di Malaysia.

》》Antara faedah-faedah yang boleh didapati daripada pengambilan Ostematrix Shaklee adalah

>> Membina tulang dan gigi yang kuat.
>> Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
>> Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
>> Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS)
    seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi
    air (water retention), mudah meradang (irritability) dan
    kemurungan (moodiness).
>> Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon.
>> Membantu perkembangan tubuh badan normal.
>> Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap
    penyakit buah pinggang kronik



Isnin, 31 Mac 2014

TANDA BADAN KEKURANGAN AIR

Tanda badan kekurangan air

♥ Berat badan menurun melebihi satu peratus sehari. Contohnya berat asal (sebelum bersukan) ialah 60kg,
   berat badan turun kepada 59.4kg (penurunan 0.6kg atau satu peratus)
♥ Warna air kencing bertukar menjadi pekat dan jumlahnya sedikit
♥ Rasa sangat dahaga
♥ Sakit kepala, tidak selesa
♥ Kebas atau terasa menyucuk pada kepala, leher dan belakang badan
♥ Seram sejuk atau menggigil berserta kulit berpeluh dan pucat
♥ Terlalu lesu
♥ Mual
♥ Denyut nadi menjadi cepat tetapi lemah

¤ Keajaiban Air

Ada pakar kesihatan menyarankan kita mengamalkan tabiat "makan air" iaitu dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi 80 peratus air. Sebahagian daripada kepentingan air untuk badan sudah dinyatakan, namun air ini ada beberapa 'keajaiban' yang perlu kita ketahui.

¤ Membantu kita kekalkan kelangsingan

Minum banyak air kosong sebenarnya membantu 'mencergaskan' metabolisme kita terutama air yang benar-benar sejuk. Ini kerana badan kita perlu bekerja untuk memanaskan air berkenaan dan proses ini akan membakar beberapa kalori.

¤ Air meransang tenaga
Jika anda berasa ketih dan tidak bertenaga, pergilah ke dapur dan minum segelas air sejuk.Kekurangan air akan membuatkan kita berasa cepat penat dan tidak bermaya.
Pengambilan air secukuonya akan membantu jantung mengepam darah dengan lebih cekap. Bahkan air boleh membantu darah membawa oksigen dan nutrien penting lain ke sel dengan cekap.

¤ Air dapat kurangkan tekanan

Tahukah anda bahawa 70 hingga 80b peratus tisu otak kita terdiri daripada air? Jika badan kita kekurangan air, badan dan otak akan mengalami tekanan. Apabila berasa dahaga, badan kita sebenarnya sudah pun mengalami kekurangan air.

Untuk mengurangkan tekanan, pastikan di meja kita sentiasa ada sebotol air masak yang boleh diminum bila-bila masa.Tekadkan azam untuk menghabiskan sekurang-kurangnya satu liter air sepanjang tempoh anda berada di pejabat.

¤ Menjaga Otot

Minum air secukupnya dapat membntu mengelakkan kita mengalami masalah kekejangan otot dan ia juga menjadi pelincir sendi. Individu yang mendapat cukup air boleh bersenam lebih lama dan badannya juga lebih kuat.

¤ Air mencergaskan pencernaan

Selain serat, air juga sangat diperlukan untuk prosees pencernaan berjalan lancr. Air membantu melarutkan dan melembutkan bahan buangan ini supaya ia boleh bergerak dengan mudah di dalam usus menuju ke rektrum untuk dibuang sebagai najis.Kekurangan air akan membuatkan bahan kumuh ini menjadi keras dan menyebabkan kita mengalami sembelit.

¤ Mencegah terbentuk batu karang

Semakin ramai orang mengalami masalah membabitkan buah pinggang termasuklah batu karang. Salah satu sebabnya ialah kekurangan air. Air akan mencairkan garam dan mineral dalam air kencing.
Jika tidak cukup air, garam dan mineral ini akan membentuk kristal garam yang akhirnya menjadi batu karang. Batu karang tidak boleh terbentuk dalam air kencing yang cair.

¤ Mencantikkan kulit

Kulit yang kekurangan air akan lebih tua cepat. Kekurangan air akan membuatkan garis halus dan dalam mudah terbentuk. Ada orang menyifatkan air ialah krim kecantikan semula jadi kerana ia boleh menyihatkan sel,membuatkan kulit nampak lebih muda.

Air juga menyingkirkan bahan kumuh dari badan yang menjadi 'racun' kepada kecantikan kulit. Tidak kira lelaki atau wanita, mulakan amalan minum air secukupnya kerana tiada siapa yang tidak mahu menjadi individu yang sihat dan cantik, bukan? :)

info: Harian Metro: 28 Januari 2013



Isnin, 10 Mac 2014

Cerita Tentang Air

Assalamualaikum semua pembaca...

Seringkali saya tertanya-tanya akan keperluan minum air 3 liter sehari. Maklumlah saya ni agak kurang minum air kosong.

Kadang-kadang bawak botol air penuh ke sekolah, tapi bila balik masih ada separuh dan kadang-kadang sikit sangat yang saya minum.

Artikel ni saya kongsikan bersama-sama pembaca yang saya perolehi dari web Dr Zubaidi.

Semoga bermanfaat buat kita semua...selamat membaca.

CERITA TENTANG AIR

Kembali kepada asas. Itulah yang sering saya katakan kepada pesakit saya. Minumlah air sebanyaknya kerana ia adalah ubat yang paling mujarab.

Bila berbicara tentang air, teringat cerita seorang kawan. Di saat suatu negeri dilanda panas terik dan ramai yang sakit akibat kepanasan itu, ramai yang putus harap.

Lalu mereka berjumpa seorang tabib yang terkemuka di negeri itu.

Mereka bertanya kepada tabib, ”Wahai tabib, apa yang harus kami lakukan untuk mengelak bala bencana di negeri ini?”

Lalu tabib itu menasihatkan ”Minumlah banyak air !”

”Berapa banyakkah air yang harus diminum sehari?”  Tanya mereka beramai-ramai.

Si tabib seolah-olah memberikan fatwa. “Lapan gelas sehari”

Maka ramailah yang cuba minum sebanyak lapan gelas sehari. Ada yang minum sekali teguk, ada yang minum sedikit sedikit.

Malah yang pelik atas kejahilan mereka, anak kecil juga dipaksa minum lapan gelas sehari, “kerana itu adalah fatwa tabib”

Akibatnya mereka terselamat dari mati kehausan, tetapi mengalami masalah kerap kencing, kekejangan, kembung perut dan ada yang sukar bernafas akibat menelan terlalu banyak air.

Keperluan Air

Perlukah kita minum air sebanyak lapan gelas setiap hari? Berdasarkan pengalaman, ramai yang merungut kerana terpaksa ke toilet setiap 30 minit.

Baru-baru ini saya terbaca satu artikel membicarakan mengenai isu ini. Ianya mengulas keperluan air yang harus diminum oleh seorang dewasa.

Ramai bertanya soalan kepada saya “Mengapa lapan gelas? Mengapa tidak lebih atau kurang? Dari mana nombor ajaib ini datang?”

Pada tahun 1945, National Academy of Sciences of the United States Food and Nutrition Board, telah menerbitkan satu cadangan pengambilan nutrient yang harus diambil setiap hari.

Ia mencadangkan: “Pengambilan air yang digalakkan bagi seorang dewasa ialah 2.5 liter (kira-kira 8 gelas) setiap hari.”

Jumlah 2.5L ini berdasarkan kiraan satu milliliter air diperlukan untuk setiap kalori makanan yang diambil. (Kita memerlukan kira-kira 2500 cal setiap hari).

Namun begitu harus diingat bahawa air juga terdapat di dalam makanan. Malah kacang kering juga mempunyai sedikit jumlah air di dalamnya.

Malah, apabila makanan yang kita makan dihadamkan, ianya akan bertukar kepada tenaga, karbon dioksida dan air.

Mengapa air sangat perlu?

Ketika kita makan, injap pyloric yang berada di hujung perut kita akan mengecut menyebabkan makanan berada di dalam perut untuk beberapa lama bagi tujuan penghadaman.

Air yang diminum digunakan untuk menjadikan makanan ini menjadi cecair. Setelah makanan menjadi lembut ianya akan dihantar ke usus untuk tujuan serapan.

Jika kita tidak minum cukup air, perut akan mengambil cecair dari darah, perut dan usus agar makanan yang hendak diproses akan menjadi lembik dan cair sebelum dihantar ke usus kecil.

Apabila di usus besar (colon) najis biasanya menjadi lembut. Jika air dalam tubuh tidak mencukupi akibat dehidrasi, tubuh akan menyerapkan air daripada najis, menyebabkannya mengeras dan seseorang itu mengalami sembelit (constipation).

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Nutrition menunjukkan meminum air kosong tidak menjadi keperluan selagi ia meminum air-air lain dan makanan yang berair seperti sup dan bubur.

Maka para saintis menyarankan jumlah air yang harus diminum oleh seorang dewasa ialah segelas air bagi setiap kali makan (meal). Namun jka ada keperluan lain, seseorang itu haruslah meminum air yang lebih banyak.

Sebagai contoh, jika ada masalah sembelit, minumlah air yang lebih.

Air juga digunakan untuk menggantikan keringat yang keluar, terutama apabila cuaca panas atau seseorang membuat aktiviti lasak di luar.

Minumlah apabila berasa haus, dan janganlah memaksa seseorang untuk meminum air 8 gelas sehari. Minum terlalu banyak air juga boleh membahayakan diri dan menyebabkan hyponatremia.

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (260810)
Credit to : drzubaidi.com/blog

Ahad, 2 Mac 2014

MENGAPA KITA PERLU AMBIL SUPPLEMEN?

Assalamualaikum buat semua pembaca budiman...

Entry hari ini kita berkongsi pula mengapa tubuh badan kita perlu kepada suplemen atau makanan tambahan...

Selamat membaca..

1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan. sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandngan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Jumaat, 28 Februari 2014

SUPLEMEN UNTUK KEHIDUPAN

Assalamualaikum warahmatullah...

Selamat malam semua... syamil dah tidur..jadi masa untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca semua...

Artikel ni saya ambil dari Utusan Malaysia berkaitan suplemen dalam kehidupan kita...semoga bermanfaat buat semua...Selamat membaca...


Obses terhadap makanan tambahan atau suplemen tanpa mengetahui maksud dan fungsi sebenarnya untuk tubuh badan hanya akan membawa keburukan berbanding kebaikan yang cuba dicari.

Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Perdana KPJ, Kelantan, Rose Hanizan Mat Hassan berkata, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan individu selama ini.

Katanya, secara umum suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan.

Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari. Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet.

“Jika dilihat di sekeliling kita, suplemen dijual dengan meluas . Semua orang boleh mendapatkannya sama ada di farmasi, kedai makanan kesihatan, pasar raya, melalui online di Internet dan sebagainya.

“Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya.

‘‘Makanan tambahan seperti itu yang kita perlukan dan diambil setiap hari untuk memestikan kulit cantik dan gebu. Cara pengambilan adalah bergantung kepada pengguna. Sama ada melalui minuman atau kapsul," jelas Rose Hanizan.

Tambah Rose Hanizan lagi, sekiranya seseorang ingin memilih makanan tambahan untuk diri sendiri, individu tersebut perlu pastikan kenapa dia perlu mengambil makanan tambahan tersebut dan kepentingan suplemen tersebut kepada kesihatannya.

“Kita perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi. Kita perlu ingat makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan.

‘‘Kandungan nutrisi dalam setiap makanan tambahan yang diambil juga penting untuk diketahui dan perlu dipastikan ia mematuhi piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia 2005.

“Pengguna dinasihatkan mendapat khidmat nasihat doktor yang bertauliah atau pakar pemakanan (dietitian) mengenai pengambilan makanan tambahan," katanya.

Kandungan nutrisi daripada makanan tambahan merupakan nutrien surih yang badan perlukan kerana ia bukan makanan utama seharian kita tetapi memainkan peranan penting kepada badan kita.

Sekiranya berlebihan ia boleh memudaratkan kesihatan malah boleh membawa kepada penyakit lain.

Senaman juga penting. Rose Hanizan turut mengingatkan bahawa senaman juga penting untuk mengekalkan tahap kesihatan di samping mengambil suplemen lain seperti asid amino, vitamin C, vitamin E, serta beberapa jenis mineral.

“Antara tip untuk memilih makanan tambahan ialah pastikan keadaan kesihatan betul-betul memerlukan suplemen tersebut.

“Di samping jika tubuh benar-benar memerlukan makanan tambahan lebih digalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan-bahan organik dan semula jadi yang tiada tambahan bahan kimia selain halal.

“Selagi suplemen tersebut tidak melebihi dos dan mengikut kepada keperluan nutrisi harian kita, ia tidak menjadi masalah.

“Sebaliknya jika diambil dalam dos yang berlebihan, kemungkinan menyebabkan keracunan pada tubuh.

“Jadi pastikan mendapat nasihat daripada pakar sebelum mengambil sesuatu makanan tambahan," tegas Rose Hanizan lagi.

Beliau juga menasihatkan pengguna yang ingin mengambil makanan tambahan untuk kecantikan agar berhati-hati kerana kesan sampingan tidak nampak dalam masa yang singkat.

Kebarangkalian ia memberi kesan dalam jangka masa yang lama iaitu selepas bertahun - tahun penggunaan tetap ada.

Paling penting pastikan suplemen tersebut di luluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Jangan terlalu obses dengan sesuatu produk yang kita tidak ketahui kandungan nutrisi produk tersebut.

“Dapatkan dari nasihat yang pakar untuk semua produk tersebut terutamanya seperti produk pelangsingan badan," ujarnya.