Ahad, 6 April 2014

PENYAKIT SENDI @ ARTIRITIS


Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.

OSTEOARTHRITIS


Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

TANDA-TANDA DAN GEJALA

  • Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang belakang, siku   dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
  • Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
  • Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan.

ARTHRITIS REUMATOID


Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecacatan.

TANDA-TANDA DAN GEJALA

  • Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
  • Kekakuan pada awal pagi.
  • Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
  • Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
  • Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
  • Kelemahan dan kepenatan.
  • Demam bergred rendah.
  • Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
  • Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.

PENTING


Perawatan artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan

PENJAGAAN KENDIRI


Jika doktor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan: 


  • Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
  • Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk meningkatkan   kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
  • Selang selikan rehat
  • Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding dengan doktor atau fisioterapis anda.
  • Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian


GAYA HIDUP
  • Senaman dan yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
  • Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan bukannyamenggunakan tangan sahaja.
  • Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
  • Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
  • Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan usaha yang minima.
  • Sertai kumpulan sokongan artritis.
  • Fikir secara positif dan ceria selalu.

ELAK

  • Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
  • Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
  • Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
  • Memakai kasut yang tidak berpadanan.
  • Membiarkan sakit mengganggu moral anda.

CARA HIDUP DENGAN ARTHIRITIS

  • Gunakan alatan baru untuk membantu keperluan harian anda tanpa menegangkan  sendi-sendi.
  • Berhubung dengan kenalan baru yang berkongsi masalah yang serupa
  • Nikmati kehidupan dan kenali penyakit dengan lebih lanjut

Adalah penting jika individu berisiko tinggi di kenalpasti untuk pencegahan awal.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan