Ahad, 26 Oktober 2014
SUSTAINED RELEASE VITA-C™ PLUS
VITA LEA IRON FORMULA
- Membantu mengekalkan
kesihatan yang sempurna*
- Mengandungi beta karotena
yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan
menjanakan semula tisu.
- Membekalkan kalsium, fosforus
serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
- Biotin dan asid pantotenik
menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat
- Vitamin B12 merangsang
pembentukan sel-sel darah merah*
FAQ
- Shaklee merupakan peneraju perniagaan & pembuatan suplemen / vitamin semulajadi terulung di dunia, berusia lebih 55tahun, dan lebih 30 tahun di Malaysia. Walaupun begitu, selain suplemen, Shaklee juga mengeluarkan produk-produk lain. Boleh rujuk web Shaklee : www.shaklee.com.my
Adakah Shaklee halal?
- Ya. Produk Shaklee Malaysia disahkan halal oleh Islamic Service of America yang merupakan badan diiktiraf JAKIM
Bagaimana
saya boleh menjalankan perniagaan Shaklee?
- Bayaran yuran RM75 (Semenanjung) / RM85 (Sabah & Sarawak)
- PERCUMA dgn pembelian RM680 produk+*caj pos RM10(Semenanjung)/*RM20(Sabah & Sarawak) *TIADA caj penghantaran untuk pembelian produk Vivix
- PERCUMA dgn pembelian produk bernilai RM800 (Semenanjung) / RM1000 (Sabah & Sarawak)
Adakah keahlian saya boleh tamat tempoh?
- Untuk memastikan keahlian kita aktif, kita perlu membuat sekurang-kurangnya pembelian 1 produk dalam tempoh setahun. Contohnya, produk termurah di Shaklee adalah Zinc Complex (120 biji) = RM27. Beli 1 botol Zinc Complex pada tahun 2014, maka keahlian anda aktif untuk tahun tersebut. TIADA bayaran untuk memperbaharui keahlian, hanyalah pembelian 1 produk sahaja dalam tempoh setahun.
Bolehkah saya memulakan bisnes ni dengan modal 0?
- Boleh. Kumpulkan pesanan dari rakan, saudara atau pelanggan sehingga mencapai RM680 atau lebih, kami akan daftarkan keahlian anda secara PERCUMA
Berapakah pembelian minimum yang perlu saya buat setiap bulan?
- Di Shaklee, anda tidak dipaksa membuat belian minimum untuk kesinambungan keahlian. Sekiranya cukup minimum pembelian bulanan, anda layak mendapat cashback, jika tidak cukup, anda tidak layak mendapat cashback, namun keahlian TIDAK terbatal.
Berapakah minimum belian untuk saya layak menerima bonus?
- Belian minimum bulanan untuk layak bonus hanyalah lebih kurang RM480 sebulan. Anda boleh menggunakan ID Shaklee anda untuk membuat belian, juga boleh berkongsi ID anda dengan sahabat & saudara-mara.
Bagaimanakah cara untuk saya membuat belian?
- Setelah mendaftar, gunakan ID anda untuk menikmati PENJIMATAN harga & CASHBACK. Belian produk Shaklee boleh dilakukan secara tunai, kad debit atau kad kredit melalui :
- Belian terus / walk in ke cawangan berdekatan (Shaklee tiada stokis)
- Pesanan melalui panggilan telefon (menggunakan kad debit / kad kredit sahaja)
- Belian melalui webpage shaklee2u yang dikhaskan kepada anda (menggunakan kad debit / kad kredit sahaja)
- Bagi cara 2 & 3, produk akan dihantar terus ke alamat anda dalam tempoh 1-4 hari bekerja. Caj pos akan dikenakan sebanyak RM10 (Semenanjung) / RM20 (Sabah Sarawak) atau penghantaran percuma untuk pembelian produk Vivix atau pembelian berjumlah RM800 (Semenanjung) / RM1000 ( Sabah Sarawak)
Apakah webpage shaklee2u?
- Setelah mendaftar, anda akan menerima no keahlian (ID) dan password, ianya digunakan untuk mengakses webpage yang dikhususkan untuk akaun anda di www.shaklee2u.com.my.
- Membuat pembelian & barang dihantar terus kepada anda atau customers
- Menyemak ahli berdaftar di bawah anda
- Mendaftar ahli baru
- Mengetahui aktiviti terkini Shaklee Malaysia
- Menyemak senarai belian bulanan atau bulan-bulan sebelumnya
- Mengetahu jumlah bonus yang bakal diterima
- Menyemak jumlah points terkumpul dari pembelian anda
Perlukah saya menyimpan stok untuk perniagaan saya?
- Ini adalah pilihan anda. Anda boleh menyimpan stok atau meminta Shaklee mengepos terus kepada pelanggan anda setelah belian dibuat dengan ID anda (sistem dropship)
Berapakah bonus yang saya boleh dapat dari perniagaan ini?
- Tiada jumlah tertentu yang boleh ditetapkan untuk bonus anda. Ianya bergantung kepada usaha anda & keluasan rangkaian perniagaan anda. Bonus Shaklee boleh dinikmati serendah 2 angka sehinggalah ke 6 angka, malah tiada had.
Bagaimanakah cara bonus Shaklee dibayar kepada saya?
- Anda boleh memilih untuk menerima bonus tunai atau cek. Bonus tunai akan dikreditkan terus ke akaun bank anda pada 14 haribulan setiap bulan. Contohnya, belian sepanjang Januari akan dikira & bonus akan dikreditkan pada 14 Februari. Jika tidak, anda juga boleh memilih untuk menerima cek berpalang. Shaklee akan menghantar cek secara pos di hujung bulan / anda mengambil sendiri cek di cawangan Shaklee bermula 15hb - 18hb.
Adakah
ganjaran lain selain tunai?
- Ya. Shaklee menawarkan 3C - Cash, Car & Convention
- Bonus dari jualan kumpulan
- Untung runcit
- Bonus kepimpinan
- Insentif Coordinator (pangkat)
- Apabila kumpulan anda telah berkembang dan mencapai jualan minimum yang ditetapkan, anda layak menerima tambahan 3% daripada keseluruhan. Ini dikenali sebagai insentif kereta. Shaklee membayar secara tunai. Terpulang kepada anda bagaimana untuk digunakan
- Selain mengumpul uv (unit value) bagi setiap pembelian, anda juga berpeluang mengumpul mata untuk percutian dalam negara dan antarabangsa. Mata dikira berdasarkan:
- Percutian dalam negara
- Percutian antarabangsa atau Umrah Ziarah bagi Muslim Leader.
Jika saya menyertai keluarga Syamil Miracle, adakah saya perlu menghadiri mesyuarat pada tempoh tertentu?
- Tidak. Di Syamil Miracle kami menjalankkan online coaching, secara berkumpulan / individu. Perjumpaan offline ada dijalankan sekali-sekala tetapi ianya tidak diwajibkan. Kami mempunyai leaders dari setiap negeri di Malaysia dan rata-ratanya berjaya hanya dengan online coaching individu dan melalui support group dari susur galur Syamil Miracle.
Berapa lamakah tempoh masa untuk saya mencapai bonus 4 - 5 angka?
- Ianya bergantung kepada usaha anda. Ada leader yang mencapai 4 angka selepas 1 bulan, 3 bulan, 1 tahun menyertai Shaklee. Ia bergantung kepada individu.
Perlukah
saya mencari downlines?
- Permulaan bisnes Shaklee adalah perkongsian kebaikan produk dari hati & pengalaman anda sendiri. Tanpa downlines, anda juga boleh mencapai pangkat supervisor & menikmati peratus bonus tertinggi iaitu 21%. Namun, sekiranya ada antara pelanggan yang ingin menjadi ahli / downline / anak Shaklee anda, ini adalah peluang untuk anda berkongsi ganjaran Shaklee dengan beliau.
Sabtu, 25 Oktober 2014
Kebaikan Meal Shakes Kepada Anak
Ok, seperti yang saya janjikan tengahari tadi, saya kongsikan dengan pembaca semua tentang kebaikan Meal Shakes.
- Mengurangkan masalah Ekzema kepada kanak-kanak.
- Penting untuk perkembangan minda
- Sesuai untuk anak-anak yang sudah berhenti susu ibu.
- Untuk meningkatkan selera makan anak-anak
- Untuk anak kekal aktif
- Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
- Meningkatkan berat badan anak
- Membantu anak fokus
- Membantu mengurangkan kekerapan asthma
- Mengatasi masalah sembelit pada anak
- Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
- Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
- Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
- Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan dengan bijirin atau susu
Mengapa Saya Berikan Syamil Meal Shakes..
Selasa, 10 Jun 2014
HIPERHIDROSIS
Semoga berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah....
Pernah tak dengar hiperhidrosis?
Saya pun baru jer dengar istilah hiperhidrosis ni....
Kalau kawan-kawan semua nak tahu...jom kita baca artikel ni...
★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★
Hiperhidrosis: Peluh Basah Menitik-Nitik
SOALAN 1:
Doktor, saya pemuda berusia 24 tahun, mengalami penyakit yang agak luar biasa berbanding insan normal lain. Sejak 10 tahun yang lalu, keadaannya tetap sama sahaja sehinggalah sekarang. Peluh yang berlebihan di telapak tangan dan kaki membuatkan saya tertekan.
Saya malu untuk bersalaman dengan kawan-kawan kerana ia bagaikan mengalir setiap masa. Kadangkala apabila berjabat tangan dengan sesiapa pun jua, pasti mereka akan mengelap kembali tangan dia orang seolah-olah jijik akibat peluh yang membasahi tangan saya.
Kalau boleh, saya mohon penjelasan doktor tentang punca-punca berlakunya penyakit ini dan istilah perubatan bagi penyakit ini. Adakah ia boleh diubati dan berapakah pula kos yang terlibat untuk saya kembali normal? Di manakah boleh saya merujuk penyakit saya ini?
Semoga doktor dapat membantu saya menghadapi masalah yang merunsingkan fikiran saya ini sejak sekian lama. Terima kasih doktor.
Skutter Biru,
Pelabuhan Klang, Selangor
SOALAN 2:
Doktor, saya berusia 21 tahun dan menghadapi masalah perpeluhan yang berlebihan terutamanya di bahagian tapak tangan dan bawah lengan. Saya ada terbaca mengenai penyakit ini yang kalau tidak salah saya dikenali sebagai, hiperhidrosis?
Keadaan ini menyebabkan saya begitu malu untuk berdepan dengan orang ramai. Bolehkah doktor terangkan puncanya dan kaedah rawatannya serta adakah ubat yang khusus untuk mengubati penyakit ini?
Rosiah
JAWAPAN:
Masalah perpeluhan yang berlebihan terutama di bahagian tapak tangan dan bawah lengan di dalam istilah perubatannya lebih dikenali sebagai hiperhidrosis.
Hiperhidrosis dibahagikan kepada dua jenis iaitu primer (atau idiopatik iaitu tidak diketahui puncanya) dan hiperhidrosis sekunder yang disebabkan oleh penyakit-penyakit lain seperti hypertiroidism, kencing manis/diabetes, tuberkulosis/batuk kering, obesiti, kehamilan serta menopaus.
Hiperhidrosis primer biasa berlaku pada individu dewasa berumur antara 20 hingga 50 tahun, tetapi ia boleh bermula lebih awal iaitu ketika kanak-kanak atau remaja.
Punca sebenar hiperhidrosis primer tidak diketahui dengan tepat. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit ekrin kelenjar peluh di seluruh badan, tetapi paling banyak di tapak tangan dan kaki.
Kemungkinan kedua adalah aktiviti saraf simpatetik keterlaluan yang memberi rangsangan kepada kelenjar peluh normal, menyebabkan kelenjar menghasilkan peluh secara berlebihan.
Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ini manakala jenis rawatannya pula bergantung kepada tahap masalah.
* Rawatan topikal: Jika masalah hanya sedikit, penggunaan ubat sapu atau antipeluh yang mengandungi 12 hingga 20 peratus aluminium klorida boleh membantu mengurangkan peluh.
* Rawatan sistemik: Ubat makan mengandungi agen antikolinergik seperti glycopyrrolate dan amitriptyline boleh mengehadkan aktiviti saraf simpatetik dan ini mengurangkan pengeluaran peluh yang berlebihan.
* Suntikan Botulinum Toksin A (Botoks): Suntikan Botoks juga digunakan untuk merawat hiperhidrosis aksilari dengan melumpuhkan saraf yang merangsang kelenjar peluh.
* Iontoforesis: Iontoforesis adalah kaedah di mana air mengalirkan arus elektrik dari alat khas melalui permukaan kulit dan ini menyebabkan produksi kelenjar peluh terencat.
* Pembedahan simpatektomi torasik endoskopi (endoscopic transthoracic sympathectomy/ETS): Pembedahan dilakukan dengan memotong (clipping) saraf simpatetik yang merangsang kelenjar peluh terlibat.
Suka saya menasihatkan baik Rosiah, Skutter Biru atau para pembaca lain yang menghadapi masalah serupa agar mendapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor pakar kulit (pakar dermatologi) terlebih dahulu untuk memastikan sebab dan rawatan yang tepat.
Ditulis oleh:
Dr Noraziah Andul Kadir Jailani
Pakar Perubatan Am dan Dermatologi,
Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam
Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Ok...dah tahu kan apa hiperhidrosis tu...Kadang-kadang kita buat tak kisah jer kan...tapi sebenarnya hiperhidrosis ni suatu penyakit rupanya....
Jumaat, 25 April 2014
VITAMINS FOR VITALITY
Assalamualaikum semua, ♡♡♡
Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah,
Vitamin suatu keperluan...jom baca artikel ni...tapi kali ni kita baca in english la pulak yer....saya ambil dari www.healthy.gov.my
Jom layan....
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
New Straits Times
Tuesday, 17/12/2013
By Indra Balaratnam
VITAMINS are nature’s health ingredients in food and drinks. You may remember your primary school teacher telling you about the importance of vitamins and what they do for your body.
When you make food choices during a meal, do you actually give any thought about what vitamins the food contains?
Like most people, it’s probably the furthest from your mind. Sadly, most adults make food choices based on taste.
Being a mindful eater is about being clued in on what food gives your body the proper nourishment.
WHAT ARE VITAMINS
Vitamins are organic compounds that are complex in structure and is part of the physiological processes in your body. The only way we get vitamins is by eating something.
We must eat a variety of food to ensure we get sufficient vitamins as the body cannot make enough vitamins to maintain proper health.
When the body lacks vitamins, the resulting deficiency will manifest in various symptoms and lead to poor health. Once the deficiency is addressed and the person gets sufficient amounts of the vitamin they are lacking, good health will be restored again.
Deficiencies are usually treated by making sure the person eats enough servings of foods that are rich in a particular nutrient, or by giving a standard dosage of supplements. Vitamin supplements are synthetic versions of natural vitamins.
WATER- AND FAT-SOLUBLE VITAMINS
Vitamins are either water-soluble or fat-soluble. Vitamins A, D, E and K are fat-soluble. They are present in the lipids or the fatty part of a particular food. All other types of vitamins are water soluble. This means they dissolve in water.
Fat-soluble vitamins are harder for the body to get rid-off. If you consume extremely high doses of fat-soluble vitamins, such as vitamin A, it can cause toxicity in the body. This is because the body stores it in fat and the liver.
Excess water soluble vitamins, on the other hand, are excreted in urine as the body only stores what it needs. So the chances of toxicity from water soluble vitamins is rare.
VITAMIN SOURCES
You can get your daily vitamin needs from the five food groups - meat, grain, vegetable, fruit, dairy and even good bacteria.
That’s why you often hear health professionals encouraging you to eat a variety of food or follow a well-balanced diet as no one food group gives you all the vitamins you’ll need. But by eating a variety of different foods, you’ll be in a better position to get a more complete spectrum of all the vitamins you need. See the table below for good food sources.
VITAMIN ABSORPTION
Nutrients from food, vitamins included, are absorbed in your body by your small intestines. It does not absorb 100 per cent of the vitamins present from food. Usually, it will only absorb what the body needs.
So when the body is undergoing a growth spurt or is under stress or recovering from illness, for example, the small intestines will absorb more vitamins as needed.
Gastrointestinal disorders can affect the absorption of vitamins. Depending on the severity, this lack of absorption can cause vitamin deficiencies. In instances such as these, vitamin supplements can be of great use.
The large doses in the vitamin supplement will help the body absorb a small amount that it requires. Therefore, for general health where you don’t have a deficiency, there’s no real need to buy mega doses of vitamin supplements. And remember, mega doses of fat-soluble vitamins can be toxic as the body can’t get rid of the excess.
In special cases where a person cannot absorb vitamins and nutrients due to gastrointestinal issues, doctors will administer injections of vitamins intravenously.
PRESERVING VITAMIN CONTENT
A significant amount of vitamins is lost from fruit and vegetables that are not handled properly or have been stored for an extended period of time.
Not all vitamins are the same, though. Vitamin D can withstand prolonged storage and food preparation. Other vitamins such as vitamin C, thiamine and folate are not as resilient. They are easily destroyed by improper storage and cooking.
Water soluble vitamins can dissolve in cooking water. When you steam vegetables or blanch them in boiling water, don’t throw the liquid. Instead, use it to cook other dishes as the vitamins are present in the water.
Fast cooking methods are recommended to better preserve vitamins. These include steaming, blanching and stir frying.
The next time you’re choosing something to eat, make sure you consider the vitamins the food gives your body. Being mindful about nutrition will put you on the right path to eating well.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Hihihi, vitamin dalam makanan kita...susah nak dapat makanan berkhasiat?
Tak susah, vitamin shaklee kan ada...
pm saya for more info yer...stay healthy..
Ahad, 6 April 2014
KESIHATAN TULANG JANGAN DIPANDANG REMEH...
Assalamualaikum...
Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar...
Sempena bulan promosi Ostematrix ni..saya kongsikan dengan anda tentang osteoporosis..
Jom kita baca sama-sama...layanzzz..
Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil.Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.
Tanda dan Gejala
Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul.Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.
Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan
Artikel tambahan:Masih belum terlambat untuk menyelamatkan masa depan anda walaupun anda sudah melebihi usia 30 tahun. Anggap tulang anda seperti akaun bank dan kalsium sebagai 'duit' yang disimpan di dalamnya. Tulang anda menyerap kalsium paling banyak sebelum umur 18 tahun dan inilah masanya akaun bank tulang anda akan mengumpulkan simpanan terbanyak. Lagi banyak anda simpan, lagi banyak anda akan ada apabila semakin tua.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Jadi jom kita borong sorang satu set Ostematrix...buat stok banyak-banyak...
# I'm SHAKLEE Independent Distributor
# Hubungi saya di 0127987876
# Penghantaran seluruh Malaysia
_________________________________________________
PENYAKIT SENDI @ ARTIRITIS
- Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
- Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
- Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan.
- Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
- Kekakuan pada awal pagi.
- Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
- Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
- Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
- Kelemahan dan kepenatan.
- Demam bergred rendah.
- Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
- Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.
- Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
- Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
- Selang selikan rehat
- Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding dengan doktor atau fisioterapis anda.
- Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian
- Senaman dan yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
- Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan bukannyamenggunakan tangan sahaja.
- Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
- Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
- Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan usaha yang minima.
- Sertai kumpulan sokongan artritis.
- Fikir secara positif dan ceria selalu.
- Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
- Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
- Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
- Memakai kasut yang tidak berpadanan.
- Membiarkan sakit mengganggu moral anda.
- Gunakan alatan baru untuk membantu keperluan harian anda tanpa menegangkan sendi-sendi.
- Berhubung dengan kenalan baru yang berkongsi masalah yang serupa
- Nikmati kehidupan dan kenali penyakit dengan lebih lanjut
Khamis, 3 April 2014
JOM BERKENALAN DENGAN OSTEMATRIX
》Kuku rapuh
》Mudah marah dan murung
》Mengalami penyakit Eczema
》Sakit-sakit sendi
》Kaki dan tangan sering berasa kebas
》Wheezing (pernafasan seperti wisel; disebabkan
halangan dalam saluran udara.)
》Mengalami kekejangan otot
》Kulit kering (Psoriasis)
》Rambut menjadi kasar dan senang putus
■ Insomnia atau masalah sukar untuk tidur
■ Usus lemah dan sering mengalami sembelit
■ Mengalami sakit pinggang dan juga kaki
■ Cepat marah dan terkejut
■ Luka susah untuk sembuh. Dan jika luka, darah lambat membeku
■ Sakit sendi
■ Kadar metabolisma menjadi rendah
■ Berisiko mengidap penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
■ Kalsium Shaklee Ostematrix Melegakan Sakit
>> Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
>> Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
>> Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS)
seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi
air (water retention), mudah meradang (irritability) dan
kemurungan (moodiness).
>> Membantu proses penyimpanan dan pelepasan sesetengah hormon.
>> Membantu perkembangan tubuh badan normal.
>> Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap
penyakit buah pinggang kronik
Isnin, 31 Mac 2014
TANDA BADAN KEKURANGAN AIR
♥ Berat badan menurun melebihi satu peratus sehari. Contohnya berat asal (sebelum bersukan) ialah 60kg,
♥ Warna air kencing bertukar menjadi pekat dan jumlahnya sedikit
♥ Rasa sangat dahaga
♥ Sakit kepala, tidak selesa
♥ Kebas atau terasa menyucuk pada kepala, leher dan belakang badan
♥ Seram sejuk atau menggigil berserta kulit berpeluh dan pucat
♥ Terlalu lesu
♥ Mual
♥ Denyut nadi menjadi cepat tetapi lemah
Ada pakar kesihatan menyarankan kita mengamalkan tabiat "makan air" iaitu dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi 80 peratus air. Sebahagian daripada kepentingan air untuk badan sudah dinyatakan, namun air ini ada beberapa 'keajaiban' yang perlu kita ketahui.
Minum banyak air kosong sebenarnya membantu 'mencergaskan' metabolisme kita terutama air yang benar-benar sejuk. Ini kerana badan kita perlu bekerja untuk memanaskan air berkenaan dan proses ini akan membakar beberapa kalori.
Jika anda berasa ketih dan tidak bertenaga, pergilah ke dapur dan minum segelas air sejuk.Kekurangan air akan membuatkan kita berasa cepat penat dan tidak bermaya.
Pengambilan air secukuonya akan membantu jantung mengepam darah dengan lebih cekap. Bahkan air boleh membantu darah membawa oksigen dan nutrien penting lain ke sel dengan cekap.
Tahukah anda bahawa 70 hingga 80b peratus tisu otak kita terdiri daripada air? Jika badan kita kekurangan air, badan dan otak akan mengalami tekanan. Apabila berasa dahaga, badan kita sebenarnya sudah pun mengalami kekurangan air.
Minum air secukupnya dapat membntu mengelakkan kita mengalami masalah kekejangan otot dan ia juga menjadi pelincir sendi. Individu yang mendapat cukup air boleh bersenam lebih lama dan badannya juga lebih kuat.
Selain serat, air juga sangat diperlukan untuk prosees pencernaan berjalan lancr. Air membantu melarutkan dan melembutkan bahan buangan ini supaya ia boleh bergerak dengan mudah di dalam usus menuju ke rektrum untuk dibuang sebagai najis.Kekurangan air akan membuatkan bahan kumuh ini menjadi keras dan menyebabkan kita mengalami sembelit.
Semakin ramai orang mengalami masalah membabitkan buah pinggang termasuklah batu karang. Salah satu sebabnya ialah kekurangan air. Air akan mencairkan garam dan mineral dalam air kencing.
Jika tidak cukup air, garam dan mineral ini akan membentuk kristal garam yang akhirnya menjadi batu karang. Batu karang tidak boleh terbentuk dalam air kencing yang cair.
Kulit yang kekurangan air akan lebih tua cepat. Kekurangan air akan membuatkan garis halus dan dalam mudah terbentuk. Ada orang menyifatkan air ialah krim kecantikan semula jadi kerana ia boleh menyihatkan sel,membuatkan kulit nampak lebih muda.
Air juga menyingkirkan bahan kumuh dari badan yang menjadi 'racun' kepada kecantikan kulit. Tidak kira lelaki atau wanita, mulakan amalan minum air secukupnya kerana tiada siapa yang tidak mahu menjadi individu yang sihat dan cantik, bukan? :)
Isnin, 10 Mac 2014
Cerita Tentang Air
Assalamualaikum semua pembaca...
Seringkali saya tertanya-tanya akan keperluan minum air 3 liter sehari. Maklumlah saya ni agak kurang minum air kosong.
Kadang-kadang bawak botol air penuh ke sekolah, tapi bila balik masih ada separuh dan kadang-kadang sikit sangat yang saya minum.
Artikel ni saya kongsikan bersama-sama pembaca yang saya perolehi dari web Dr Zubaidi.
Semoga bermanfaat buat kita semua...selamat membaca.
CERITA TENTANG AIR
Kembali kepada asas. Itulah yang sering saya katakan kepada pesakit saya. Minumlah air sebanyaknya kerana ia adalah ubat yang paling mujarab.
Bila berbicara tentang air, teringat cerita seorang kawan. Di saat suatu negeri dilanda panas terik dan ramai yang sakit akibat kepanasan itu, ramai yang putus harap.
Lalu mereka berjumpa seorang tabib yang terkemuka di negeri itu.
Mereka bertanya kepada tabib, ”Wahai tabib, apa yang harus kami lakukan untuk mengelak bala bencana di negeri ini?”
Lalu tabib itu menasihatkan ”Minumlah banyak air !”
”Berapa banyakkah air yang harus diminum sehari?” Tanya mereka beramai-ramai.
Si tabib seolah-olah memberikan fatwa. “Lapan gelas sehari”
Maka ramailah yang cuba minum sebanyak lapan gelas sehari. Ada yang minum sekali teguk, ada yang minum sedikit sedikit.
Malah yang pelik atas kejahilan mereka, anak kecil juga dipaksa minum lapan gelas sehari, “kerana itu adalah fatwa tabib”
Akibatnya mereka terselamat dari mati kehausan, tetapi mengalami masalah kerap kencing, kekejangan, kembung perut dan ada yang sukar bernafas akibat menelan terlalu banyak air.
Keperluan Air
Perlukah kita minum air sebanyak lapan gelas setiap hari? Berdasarkan pengalaman, ramai yang merungut kerana terpaksa ke toilet setiap 30 minit.
Baru-baru ini saya terbaca satu artikel membicarakan mengenai isu ini. Ianya mengulas keperluan air yang harus diminum oleh seorang dewasa.
Ramai bertanya soalan kepada saya “Mengapa lapan gelas? Mengapa tidak lebih atau kurang? Dari mana nombor ajaib ini datang?”
Pada tahun 1945, National Academy of Sciences of the United States Food and Nutrition Board, telah menerbitkan satu cadangan pengambilan nutrient yang harus diambil setiap hari.
Ia mencadangkan: “Pengambilan air yang digalakkan bagi seorang dewasa ialah 2.5 liter (kira-kira 8 gelas) setiap hari.”
Jumlah 2.5L ini berdasarkan kiraan satu milliliter air diperlukan untuk setiap kalori makanan yang diambil. (Kita memerlukan kira-kira 2500 cal setiap hari).
Namun begitu harus diingat bahawa air juga terdapat di dalam makanan. Malah kacang kering juga mempunyai sedikit jumlah air di dalamnya.
Malah, apabila makanan yang kita makan dihadamkan, ianya akan bertukar kepada tenaga, karbon dioksida dan air.
Mengapa air sangat perlu?
Ketika kita makan, injap pyloric yang berada di hujung perut kita akan mengecut menyebabkan makanan berada di dalam perut untuk beberapa lama bagi tujuan penghadaman.
Air yang diminum digunakan untuk menjadikan makanan ini menjadi cecair. Setelah makanan menjadi lembut ianya akan dihantar ke usus untuk tujuan serapan.
Jika kita tidak minum cukup air, perut akan mengambil cecair dari darah, perut dan usus agar makanan yang hendak diproses akan menjadi lembik dan cair sebelum dihantar ke usus kecil.
Apabila di usus besar (colon) najis biasanya menjadi lembut. Jika air dalam tubuh tidak mencukupi akibat dehidrasi, tubuh akan menyerapkan air daripada najis, menyebabkannya mengeras dan seseorang itu mengalami sembelit (constipation).
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Nutrition menunjukkan meminum air kosong tidak menjadi keperluan selagi ia meminum air-air lain dan makanan yang berair seperti sup dan bubur.
Maka para saintis menyarankan jumlah air yang harus diminum oleh seorang dewasa ialah segelas air bagi setiap kali makan (meal). Namun jka ada keperluan lain, seseorang itu haruslah meminum air yang lebih banyak.
Sebagai contoh, jika ada masalah sembelit, minumlah air yang lebih.
Air juga digunakan untuk menggantikan keringat yang keluar, terutama apabila cuaca panas atau seseorang membuat aktiviti lasak di luar.
Minumlah apabila berasa haus, dan janganlah memaksa seseorang untuk meminum air 8 gelas sehari. Minum terlalu banyak air juga boleh membahayakan diri dan menyebabkan hyponatremia.
Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (260810)
Credit to : drzubaidi.com/blog
Ahad, 2 Mac 2014
MENGAPA KITA PERLU AMBIL SUPPLEMEN?
Jumaat, 28 Februari 2014
SUPLEMEN UNTUK KEHIDUPAN
Selamat malam semua... syamil dah tidur..jadi masa untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca semua...
Artikel ni saya ambil dari Utusan Malaysia berkaitan suplemen dalam kehidupan kita...semoga bermanfaat buat semua...Selamat membaca...













