Assalamualaikum...
Sambil-sambil melihat siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Perak, sambil berblogging...best nyer work at home mom ni...hihi...
Saya suka sangat tengok program istiadat diraja ni sejak kecik..naper tah...
Ok, posting kali ni saya nak cerita kenapa air sangat merbahaya kepada bayi baru lahir.
Tahukah ibu-ibu semua bahawa bayi baru lahir tidak memerlukan air tambahan?
Bayi baru lahir hanya memerlukan susu ibu semata-mata.
Walaupun pada awal kelahiran susu seperti tiada tetapi sebenarnya bayi hanya memerlukan kolostrum yang mana terdapat kandungan air di dalamnya.
Bayi tidak boleh diberikan air selain susu ibu kerana bimbang akan bayi akan mengalami pelbagai masalah kesihatan kelak. Ini kerana kebanyakkan sistem badan bayi masih belum matang sepenuhnya dan belum mampu berfungsi dengan baik.
Sekiranya bayi diberikan air pada awal kelahiran, dibimbangi bayi akan mendapat risiko penyakit seperti berikut:-
- Air menyebabkan peningkatan aras bilirubin pada bayi yang mengalami penyakit kuning dan boleh menyebabkan jaundis menjadi bertambah teruk.
- Air yang banyak boleh menyebabkan keadaan yang serius yang disebut oral water intoxication. Apabila keadaan ini berlaku, kandungan natrium (garam) dalam darah bayi menjadi cair dan boleh menyebabkan badan bayi tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini boleh menyebabkan berlaku perubahan pada tahap mental bayi dan suhu badannya akan turun dengan mendadak. Bayi mungkin akan mengalami kembung perut dan sawan tarik.
- Air tidak mengandungi sebarang nutrien. Sekiranya badan bayi dipenuhi dengan air maka berat badan bayi turun dan mungkin tidak bertambah.
- Bayi yang diberikan air akan kurang berminat untuk menyusu dan jika bayi kurang menyusu maka susu tidak dapat dihasilkan dengan sebaiknya. Ia akan menghalang penghasilan susu secara optimum.
- Air akan menyebabkan bayi berasa kenyang dan boleh mengganggu penyusuan. Pada hakikatnya bayi sangat memerlukan susu ibu untuk mendapatkan nutrien penting untuk membesar. Perkembangan otak yang pesat berlaku pada masa ini, dan ia sangat merugikan sekiranya bayi hanya banyak minum air kosong berbanding susu ibu yang tinggi kandungan nutriennya.
- Bayi boleh terdedah kepada jangkitan kuman dan cirit-birit. Keadaan ini boleh berlaku kerana bekalan air atau sumber air boleh tercemar sama ada melalui bekas yang digunakan atau amalan penyediaan yang tidak bersih. Walaupun kita yakin air itu telah bersih tetapi kita perlu tahu bahawa badan bayi belum cukup matang untuk berhadapan dengan jangkitan kuman. Sebaiknya kita hindari memberi bayi minum air selain susu ibu. Selain itu, cirit-birit yang teruk akan mengancam nyawa bayi.
Haaa...banyakkan risiko yang perlu kita hadapi jika kita memberikan bayi minum air. Jadi adalah lebih baik jika para ibu dapat mengelak memberi bayi minum air selain susu ibu sehingga umurnya genap 6 bulan.
********************************************
Nutrisi yang berkhasiat penting untuk tumbesaran bayi, kekurangan nutrien akan mengganggu tumbesaran bayi, oleh itu ibu yang prihatin akan memastikan bayinya mendapat cukup nutrien dari susu ibu yang diberikan. Dapatkan set penyusuan Shaklee untuk ibu-ibu yang ingin menambah susu badan dan memastikan susu ibu penuh dengan khasiat yang diperlukan oleh bayi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan