Jumaat, 24 April 2015

Amalan Penyusuan Yang Baik

Amalan penyusuan yang baik mampu mendorong ke arah penyusuan secara eksklusif dan memenuhi keperluan nutrisi bayi sehingga berusia 2 tahun.

Ada pelbagai teknik penyusuan yang boleh diamalkan oleh ibu yang menyusukan bagi menyusukan si comel anda. Antara teknik-teknik yang boleh diamalkan oleh para ibu ialah:-

  1. Susukan bayi seawal satu jam selepas melahirkan. Ini untuk memastikan bayi dapat belajar melekap disamping untuk memastikan bayi mendapat susu awal yang dikenali sebagai kolostrum.
  2. Adalah lebih baik jika bayi sendiri yang menentukan masa menyusunya sendiri. Kita tidak perlu hadkan tempoh menyusu antara 2 hingga 3 jam. Ini kerana semakin kerap bayi menyusu maka semakin banyaklah susu yang dapat dihasilkan. Ibu boleh mengenalpasti tanda bayi ingin menyusu dengan melihat keadaan bayi seperti membuka mulut, mengeluarkan dan menggerakkan lidah atau air liurnya meleleh.
  3. Ibu hendaklah memastikan bayi menyusu pada kedua-dua belah payudara. Jangan biarkan bayi menyusu pada sebelah payudara sahaja untuk mengelakkan susu tidak dapat dihasilakn dengan secukupnya. Selalunya, bayi akan menyusu antara 10 hingga 30 minit untuk sebelah payudara dan masa ini akan berkurangan bila bayi sudah membesar dan semakin pandai menyusu dengan betul.
  4. Sebaik-baiknya cuba elakkan memberi bayi puting kosong atau botol susu. Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan puting. Puting pada botol susu lebih mudah mengeluarkan susu jika hendak dibandingkan dengan payudara ibu, penggunaan botol susu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi cenderung untuk menghisap botol susu berbanding susu ibu.
  5. Setiap ibu haruslah berfikiran positif dan yakin bahawa payudaranya mampu menghasilkan susu yang mencukupi untuk si comel anda.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal ibu dan semua ibu-ibu yang memilih untuk memberikan susu ibu untuk si manja anda.  Sesungguhnya tiada susu yang lebih baik jika hendak dibandingkan dengan susu ibu.

           ***************************************************************

Sekiranya para ibu berhadapan masalah kekurangan susu atau ingin memastikan si manja mendapat nutrisi yang secukupnya dari susu ibu, ibu-ibu boleh hubungi kak zai untuk maklumat lanjut.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan