Assalamualaikum...
Pernah tak dengar Sindrom "Baby Blues"? Mungkin ada yang biasa dengar dan mungkin juga ada yang tak biasa dengarkan.
Actually saya pun baru jer tahu apa dia Sindrom Baby Blues ni. Sebelum ni tahu meroyan jer. Ingatkan baby blues ngan meroyan benda yang sama. Tapi berbeza rupanya. Disebabkan nak tahu sangat pasal sindrom ni saya membuat pencarian dan pembacaan berkaitan sindrom ini. Saya kongsikan dengan pembaca semua tentang sindrom tersebut. Semoga ia memberi manfaat terutamanya kepada bakal ibu dan ibu-ibu yang baru melahirkan anak.
Setiap ibu yang melahirkan anak pasti akan merasa gembira dengan kehadiran cahayamata yang dinanti selama sembilan bulan. Namun selepas beberapa hari melahirkan akan wujud satu kondisi di mana ibu berasa kurang selesa, sedih, runsing, cepat marah dan lain-lain.
Sindrom ini dialami oleh hampir 50% ibu baru yang melahirkan anak. Perasaan gembira atas kehadiran cahayamata penyeri hidup akan disertai oleh perasaan sedih, cemas, kaget dan lain-lain sehingga menimbulkan keadaan kurang selesa kepada psikologi ibu. Gejala ini dikenali sebagai "Sindrom Baby Blues" atau stress pasca kelahiran.
Sindrom Baby Blues adalah salah satu bentuk tekanan perasaan yang sangat ringan yang biasanya berlaku dalam 14 hari pertama melahirkan dan cenderung untuk lebih buruk sekitar hari ketiga dan keempat selepas melahirkan.
Punca Sindrom Baby Blues.
- Perubahan hormon. Selepas ibu melahirkan anak, akan berlaku penurunan kadar hormon estrogen dan progesteron yang agak drastik. Penurunan kadar hormon yang dihasilkan oleh kalenjar trioid juga akan menyebabkan ibu cepat letih, hilang mood dan tekanan perasaan.
- Fizikal. Kehadiran cahayamata dalam keluarga akan menbuatkan perubahan pada gaya hidup dalam keluarga, terutamanya ibu. Ibu terpaksa menjaga bayi sepanjang siang dan malam menyebabkan tenaga ibu terpaksa digunakan sepenuhnya. Ini akan menjadikan ibu tidak mendapat rehat yang secukupnya dan tidak mampu bertahan dalam menghadapi masalah.
- Psikologi. Ibu merasa cemas dalam banyak perkara seperti ketidakmampuan mengurus anak, menyusukan anak, rasa tidak percaya pada diri sendiri kerana perubahan bentuk badan yang kurus sebelum hamil tetapi berisi selepas melahirkan serta kurangnya perhatian dari keluarga terutamanya suami. Semua keadaan ini boleh menyumbang kepada tekanan perasaan.
- Sosial. Perubahan gaya hidup dengan peranan seorang ibu memerlukan penyesuaian. Rasa terikat dengan bayi dan rasa jauh dari kehidupan asal juga boleh menyumbang kepada tekanan perasaan.
Gejala Sindrom Baby Blues
Antara gejala-gejala yang biasanya berlaku adalah seperti:-
- Perasaan cemas yang berlebihan, sedih, murung dan sering menangis
- Sering merasa letih dan sakit kepala
- Berasa tidak mampu mengurus bayi atau menyusukan bayi
Ada juga kes dimana ibu mengalami sindrom baby blues dalam jangkamasa yang lebih lama dan lebih berat. Apabila gejala sindrom baby blues yang dialami mengganggu aktiviti seharian ibu ia boleh dikatakan sebagai Depresi Selepas Melahirkan. Ia juga sering melanda ibu yang mempunyai sejarah tekanan perasaan sebelum ini.
Tanda-tanda Depresi Selepas Melahirkan.
- Letih yang berpanjangan, sukar tidur dan insomnia.
- Hilang perasaan seronok dan minat untuk melakukan hal-hal yang menyenangkan hati.
- Tidak memberi perhatian kepada diri sendiri dan suka bersendirian.
- Tidak memberi perhatian kepada bayi yang dilahirkan.
- Perasaan takut akan menyakiti si kecil.
- Hilang minat untuk bersama suami.
- Emosi yang tidak stabil.
Cara Mengatasi Sindrom Baby Blues.
- Sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
- Tanamkan rasa ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
- Berusaha untuk bersikap tenang dengan cara mengambil nafas panjang serta fleksibel dalam mengurus bayi.
- Tidur semasa bayi tidur.
- Suarakan rasa tidak selesa kepada suami atau keluarga terdekat.
- Luangkan masa untuk diri sendiri walaupun sekejap dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan.
- Lakukan sesuatu perkara mengikut kemampuan diri. Jangan paksa diri melakukan sesuatu yang diluar kemampuan.
- Mintalah bantuan suami atau ahli keluarga yang lain dalam urusan rumahtangga dan mengurus bayi.
- Berkongsi cerita dengan ibu-ibu baru yang lain.
- Luahkan perasaan sekiranya ibu mendapati dia sedang mengalami sindrom baby blues supaya orang terdekat dapat membantu ibu menangani situasi tersebut.
Bagi memastikan ibu tidak mengalami sindrom baby blues selepas melahirkan, adalah dicadangkan supaya ibu dan pasangan dapat berbincang dalam usaha untuk memastikan tempoh berpantang ibu tidak terganggu dengan masalah-masalah lain yang boleh merunsingkan ibu. Pastikan ibu dan bapa telah membuat persiapan dari segi mental, kewangan dan sosial.
*****************************************************
INFO SUPPLEMEN
- Dalam set berpantang Shaklee terdapat satu vitamin yang bernama B Complex. Vitamin ini membekalkan kesemua 8 jenis Vitamin B dan juga Asid Folik. Vitamin ini boleh membantu memberi ibu perasaan tenang dan tidak tertekan. Ibu berpantang sangat digalakkan mengambil vitamin ini semasa dalam pantang kerana fungsinya itu.
Dapatkan Set Berpantang Shaklee hari ini. Hubungi Kak Zai untuk maklumat lanjut dan konsultasi secara percuma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan