Assalamulaikum..
Pernah dengar tak kaedah sentuhan kulit ke kulit?
Kalau tak pernah dengar meh saya nak cerita...
Kaedah sentuhan kulit ke kulit ni adalah kaedah yang mana bayi baru dilahirkan diletakkan dalam keadaan meniarap di atas dada ibu.
Saat bayi dilahirkan, tubuh bayi hanya perlu dilapkan dengan kain kering untuk menghilangkan lendir-lendir dan juga sisa darah yang melekat pada bayi.
Untuk memastikan ibu dan bayi selesa, sehelai selimut bolehlah diletakkan untuk menyelimuti ibu dan bayi. Cara ini juga dapat membantu mengelakkan bayi kehilangan haba.
Melalui kaedah ini, ibu dan bayi dapat terus berinteraksi melalui ransangan sentuhan, haba dan bau.
Kebaikan kaedah sentuhan kulit ke kulit.
- Kajian menunjukkan bayi yang diletakkan dalam keadaan begini akan mempunyai suhu tubuh, denyutan jantung, pernafasan, tekanan darah dan aras gula dalam aliran darah lebih stabil berbanding bayi yang dipisahkan terus dari ibunya.
- Haba dari tubuh ibu dapat dipindahkan terus kepada bayi untuk membantu menstabilkan suhu tubuh bayi yang baru dilahirkan.
- Masalah alahan dapat dikurangkan kerana kulit dan sistem penghadaman bayi dikoloni oleh bakteria yang sama dengan ibunya.
- Hubungan ibu dan bayi akan lebih erat bila sentuhan dapat dimulakan seawal mungkin.
- Bayi lebih tenang dan kurang menangis.
Bagaimana kaedah ini membantu penyusuan ibu?
- Kaedah ini dikatakan dapat membantu bayi memulakan penyusuan pertama dengan lebih berkesan.
- Tindakbalas semulajadi bayi terhadap persekitarannya dapat dugunakan sepenuhnya jika bayi diletakkan dalam keadaan begini.
- Bayi cuma perlu dibiarkan berada di atas dada ibu sebaik sahaja dilahirkan.
- Bayi akan perlahan-lahan mencari puting susu ibunya.
- Bau payudara ibu yang seperti bau air ketuban dan warna puting ibu yang gelap akan membantu bayi untuk menuju ke arah payudara ibunya.
- Bayi yang sihat akan menggerakkan tubuhnya ke arah puting susu ibunya tanpa sebarang bantuan dan dapat memulakan hisapan pertama dengan mudah dan berkesan dalam masa 10-60 minit.
- Kaedah ini dapat membantu kejayaan penyusuan yang seterusnya dan juga mengelakkan ibu menghadapai masalah puting luka, bengkak susu dan sebagainya.
Haaa...baguskan kaedah ini... masa saya lahirkan Syamil dulu bukan dekat hospital rakan bayi, memang takde la semua tu...tapi disebabkan saya pernah baca tentang kaedah ni, saya buat jugak la walaupun bukan lepas kelahiran Syamil..hiihi...
okey, happy reading..semoga bermanfaat buat semua bakal ibu dan juga ibu-ibu yang lain.
Sumber rujukan : 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu / Zaharah Sulaiman / Tengku Alina
Tiada ulasan:
Catat Ulasan