Assalamualaikum dan salam ceria...
Apa khabar semua? Sudah bergantikah puasa yang ditinggalkan tahun sudah?
Buat ibu-ibu yang menyusukan dan dalam proses mengganti puasa tentu risau masalah susu berkurangan kan? Ok kat sini saya nak share beberapa tips tambah susu atau cara nak maintain susu supaya tidak berkurangan walaupun sedang mengganti puasa atau berpuasa sepanjang Ramadhan kelak.
- Berikan susu badan secara kerap walaupun berpuasa.
- Kekalkan waktu perahan susu seperti biasa untuk menggalakkan permintaan terhadap susu diteruskan hingga selesai mengganti puasa/ bulan Ramadhan.
- Buat jadual perahan yang betul dan kerap; perahan susu perlu dilakukan mengikut kaedah yang betul.
- Susukan bayi pada waktu malam untuk membantu pengaliran susu yang baik.
- Kerap mengepam susu pada waktu malam dan sebelum bersahur; pada waktu siang pula pam susu mengikut waktu biasa dilakukan sebelum berpuasa.
- Amalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.
- Minum air kosong dengan banyak di waktu malam bagi mengganti cecair yang hilan sepanjang berpuasa.
- Banyakkan minum air kosong dan kurangkan pengambilan air manis.
- Sentiasa berfikiran positif dan ceria selalu.
Bagi memastikan ibu-ibu yang menyusukan bayi sentiasa bertenaga, saya menggalakkan ibu semua mengambil supplemen sepanjang berpuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan