Kali ni saya nak share dengan pembaca semua tips mudah untuk ibu-ibu menambah susu badan. Seronokkan bila dapat buat stok yang banyak untuk baby kita...saya pasti dan amat pasti ada di antara ibu-ibu yang kerja dia selain kerja yang menimbun keliling pinggang tu ialah buka peti ais tengok stok EBM yang bertambah atau menyusut. Jika bertambah berbunga jer hati yer dak...tapi kalau stok makin menyusut..aduhai...tak tentu arah jadi nyer kan...
Ok lah..saya nak share beberapa tips mudah untuk tambah susu badan..
1. Kerapkan Menyusu @ Mengepam
- Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 2 - 3 jam pada siang hari. Jika nayi tidur melebihi 3 jam, kejutkan bayi untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika bayi tidur melibihi 4-5 jam.
- Perah @ pam susu setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu, berhenti memerah.Susukan bayi terlebih dahulu dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu.
- Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
- Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan tunggu Payudara Penuh
- Ada sesetengah wanita suka
menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu
salah!
- Yakinlah bahawa payudara sentiasa
mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk
menghasilkan lebih banyak susu.
- Kajian menunjukkan bahawa tahap
lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan
dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi
beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan
payudara "kosong"), dia akan akan memperolehi susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak air
- Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir bayi, fikir susu
- Ketika menyusu, belailah bayi.
Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari
merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan
sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara
anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak
susu.
- Masa nak mengepam lihat ler gambar
anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5.
Berdisiplin
- Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.
6. Tendum
Pumping
- Latih diri untuk meyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.
7. Teknik Marmet
- Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh...
8. Menyusu @ Mengepam dengan lebih lama
- Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
- Seeloknya jika anda mengepam, amik
masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara
benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi
merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan
hanya titisan susu yang keluar.
- Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan malam
- Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
10. Urutan
- Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
11. Pengambilan suplemen
- Sangat digalakkan....
credit to www.mamafaiz.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan