Duduk depan laptop dok fikir apa yang hendak saya catatkan hari ini...sudah lama juga terberhenti menulis blog..hampir seminggu lebih rasanya...sifat malas tu jangan dibela, saya paksa juga diri supaya saya tidak terikut-ikut dengan bisikan makhluk yang sentiasa mengajak ke arah kesesatan...
Hari ni saya nak abadikan kisah anak syurga saya Muhammad Syamil Zhafri dalam posting saya kali ini. Bagi yang mengikuti perkembangan Syamil tentu sedia maklum bahawa Syamil seorang anak istimewa yang Allah kurniakan kepada kami berdua.
Alhamdulillah kini Syamil sudah berumur 3 tahun 6 bulan dan bulan November ini akan genaplah umurnya 4 tahun..Alhamdulillah..moga Allah panjangkan umurmu anakku..
Saya nak bercerita tentang bagaimana Syamil mula menghafal surah-surah dalam Al-Quran. Allah terangkan hati beliau untuk menghafal di kala pertuturannya masih tidak setanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya..
Bagaimana saya dekatkan dia dengan Al-Quran..
Di rumah pengasuh lagi, Syamil sudah didedahkan dengan zikir yang memuji kebesaran Allah. Alhamduillah, bila dibukakan zikir Syamil suka memerhati dan mendengar zikir tersebut. Di rumah pula kami selalu buka astro Oasis setiap hari tepat pukul 7 malam. Waktu itu rancangan yang disajikan adalah zikir dan bacaan ayat Al- Quran.
Setiap hari selepas Maghrib saya akan ajak Syamil membaca Al Furqan. Alhamdulillah Syamil dah masuk buku 2. Syamil anak istimewa yang sangat terang hatinya, ajar sekali dua beliau sudah dapat apa yang diajar.
Sebelum tidur pula, saya akan bacakan kepadanya ayat Kursi dan 3 Qul. Pada awalnya beliau hanya mendengar sehinggalah pada satu ketika Syamil sudah boleh membaca sendiri tanpa saya dengarkan lagi padanya. Kini setiap kali hendak tidur, Syamil sudah boleh membaca sendiri ayat Kursi dan 3 Qul.
Syamil juga sudah boleh mengecam ayat-ayat Al-Quran
Bagaimana? Saya juga masih mencari-cari jawapannya...
Saya tahu Syamil mampu mengecam ayat dalam surah
semasa saya menyediakan bahan ini.
Kisahnya bermula semasa saya sedang menyiapkan flash card surah Al-Fatihah, An Nas, Al Falaq dan Al Ikhlas...sedang saya sibuk menggunting, Syamil masuk ke dalam bilik. Terdetik hati untuk menguji Syamil...jadi saya tunjukkan satu potongan ayat dari surah apa saya pun dah tak ingat...Syamil dengan yakinnya membaca potongan surah tersebut...antara percaya dengan tidak, saya tunjukkan lagi potongan ayat yang lain, sekali lagi Syamil membacanya sehinggalah habis semua potongan ayat yang ada masa itu.. Masya Allah, Maha Suci Allah...tiada perkataan lain yang keluar dari mulut saya melainkan memuji kebesaran Allah..saat itu saya rasa sebak sangat...teringat tulisan Pn Ainizal dalam buku Genius Dari Syurga...
"Allah boleh beri lebih dari apa yang kita minta...percayalah..."
Saya mula terfikir-fikir bilakah saya menunjukkan ayat-ayat Al-Quran ini pada Syamil. Seingat saya hanya 2 3 kali sahaja...tetapi mungkin juga Syamil lihat di TV...Menguatkan lagi keyakinan saya Syamil banyak belajar secara visual...dia lihat dan dia ingat...
Menyusun potongan ayat mengikut urutan yang betul.
Pengalaman menjadi guru juga banyak membantu saya dalam mendidik Syamil. Alhamdulillah.
Kini, saya sedang perkenalkan kepada Syamil surah Al-Masad. Setapak demi setapak, selangkah demi selangkah...saya mahu terapkan Al Quran dalam jiwa Syamil. Biarlah Al Quran menjadi terapi paling mujarab buat Syamil..
Kepada pembaca budiman, doakan Syamil selalu yer..semoga suatu hari nanti Syamil akan menjadi seorang PROTAZ (Professional Ustaz)...bahagia hidupnya di dunia dan akhirat, berguna pada agama dan seluruh alam...
Setakat sini dulu celoteh saya hari ini...salam sayang...wassalam...
:') Alhamdulillah... rinduu pulak dengan syamil. moga2, ainie ada rezeki jugak, dapat macam syamil yang terang hati. go syamil!
BalasPadamTerima kasih ainie..moga ainie pun akan dikurniakan anak yg cerdik dan berguna buat agama...
BalasPadam