Selasa, 5 Mei 2015

TIPS ATASI SEMBELIT, STRESS, MORNING SICKNESS & PENJAGAAN GIGI UNTUK BAKAL IBU

Assalamualaikum semua...

Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah...Rindu saya nak berblogging...sibuk membantu keluarga dalam urusan perkahwinan adik bongsu saya membuatkan saya tidak berkesempatan hendak mengadap laptop. Alhamdulillah segalanya telah selesai..hari ni saya mula berblogging semula...hihi

Oklah...hari ni saya nak bagi sedikit tips kepada bakal-bakal ibu. Saya pasti ramai bakal-bakal ibu akan berhadapan dengan beberapa masalah sepanjang kehamilan seperti sembelit, stress, morning sickness dan penjagaan gigi...

Mungkin perkara ini nampak ringan tetapi sebenarnya ia mampu mengganggu tahap kesihatan bakal ibu dan mungkin menjejaskan bayi dalam kandungan.




Tips Mengatasi Sembelit Ketika Hamil
  • Minum air yang cukup (1 liter untuk setiap 25kg berat badan)
  • Makanlah makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Lakukan senaman ringan yang teratur seperti berjalan dan berjogging
  • Bincangkan dengan doktor jika ibu  tetap sukar membuang air besar setelah melakukan semua tips ini.

Tips Untuk Mengatasi Stress
  • Cuba cari punca - Cuba mencari punca dapat membantu ibu mengatasi menyelesaikan tekanan yang dihadapi. Selidik  dari mana punca stress datang, adakah dari keluarga, masalah peribadi atau masalah di tempat kerja. Dengan mengetahui punca lebih mudah stress ditangani.
  • Diet makan yang baik - menjaga diet pemakanan yang sihat serta istirahat yang cukup dan melakukan senaman ringan dapat membantu mengatasi stress dengan cara yang lebih baik dan berkesan.
  • Berkomunikasi - Jangan biarkan diri bersendirian dan keseorangan kerana ia akan membuatkan ibu lebih sukar untuk menghadapi sebarang masalah. Bina hubungan emosi yang baik dengn suami, keluarga dan rakan-rakan. Komunikasi atau hubungan emosi yang baik dapat membantu ibu untuk menghadapi kesulitan dan kesedihan kerana ibu mendapat sokongan daripada suami, keluarga dan rakan-rakan.
  • Rehat yang berkualiti - Berbaringlah pada satu sisi di katil dalam suasana sunyi.Pasangkan zikir atau muzik yang lembut dan bayangkan ibu berada di tempat yang disukai atau ibu boleh juga memikirkan tentang bayi dalam kandungan.
  • Berbincang dengan doktor - berbincang dan luahkan perasaan dan keluhan ibu kepada doktor yang merawat. Buangkan rasa malu dan ragu supaya doktor dapat menilai status kesihatan ibu dan sebarang masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan secepat mungkin dan sebaik mungkin.

Tips Untuk Mengatasi Morning Sickness
  • Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap
  • Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan protein yang dapat membantu mengatasi masalah mual para ibu.
  • Sewaktu bangun tidur, jangan terburu-buru bangun. Duduk dahulu dan kemudian bangun perlahan-lahan, Jika ibu berasa sangat mual ketika bangun pagi, siapkan snek atau biskut di tempat tidur supaya ibu dapat memakannya dahulu sebelum berdiri.
  • Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas kerana ia boleh menambahkan rasa mual.
  • Minum air secukupnya jika gejala muntah menjadi teruk. Minum air putih atau jus dan elakkan mengambil minuman berkafien dan berkarbonat.
  • Dapatkan saranan doktor berkaitan vitamin yang diambil kerana ada ibu akan bertambah mual dengan pengambilan vitamin kehamilan.
  • Dapatkan istirahat yang cukup dalam usaha untuk mengatasi rasa mual dan muntah.
Tips Penjagaan Gigi
  • Pilih berus gigi yang lembut dan berkualiti
  • Berus gigi dengan berhati-hati
  • Hindari makanan yang terlalu banyak mengandungi gula
  • Jumpa doktor gigi secara teratur, maklumkan kepada doktor gigi tentang kehamilan ibu supaya rawatan pergigian dapat disesuaikan.
  • Beri perhatian yang lebih banyak kepada kebersihan gigi.

Ok...semua tips yang saya nak kongsikan dah pun saya berikan...tips ni saya rujuk dalam buku Diari Hamil yang ditulis oleh Khairun Nisa, Zakaria. Semoga ia dapat membantu para ibu mengatasi masalah-masalah di atas dengan baik.

Sedikit perkongsian tentang vitamin dalam Set Kehamilan Shaklee berkaitan masalah di atas
  • Ostematrix mampu membantu para ibu mengatasi masalah sembelit dan membekalkan kalsium yang mencukupi untuk tulang  dan gigi ibu.
  • B Complex mampu membantu mengatasi masalah stress di samping kandungan asid folic dalam B Complex dapat membantu perkembangan bayi dalam kandungan.
  • Vitamin C Chew pula membantu mengatasi masalah loya ibu.
Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan Set Bajet Kehamilan Shaklee atau Set Penuh Kehamilan Shaklee jangan malu jangan segan hubungi kak zai yer...

Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam Sayang

 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan