Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa khabar semua? Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah...
Ok, memandangkan bulan Ramadhan hampir tiba, saya nak kongsikan beberapa tips kesihatan khusus untuk ibu yang sedang hamil.
Bagaimana kita nak kekalkan kesihatan ketika hamil dan berpuasa?
Bila kita berpuasa ni dah tentulah tak boleh makan kan? Tapi kita boleh makan lebih dari dua kali antara waktu berbuka dan sahur. Haa...masa tu kita kenalah sediakan makanan seimbang dan berkhasiat supaya ia dapat membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah kesihatan yang lain sepeti sembelit, sakit kepala dan ketidakcernaan.
Apa pula cara terbaik untuk ibu hamil berbuka puasa?
Ermm...sebenarnya tiada la menu khas yang perlu ibu patuhi atau ikuti. Tapi ibu-ibu boleh cuba beberapa tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka.
Mulakan berbuka dengan:-
- Tiga biji buah kurma. Sebab apa? Sebab kurma bagus sangat untuk menormalkan balik tahap gula yang rendah dalam badan. Kurma kan manis...
- Sup ataupun yogurt rendah lemak.
Kemudian, bolehlah makan makanan yang seimbang:-
- Contohnya salad dan ulam-ulaman, protein dari ayam, daging atau ikan, karbohidrat kompleks dari nasi beras perang dan roti bijian penuh serta banyakkan makan sayur-sayuran.
- Elakkan makan hidangan yang mengandungi lemak yang tinggi untuk mencegah pertambahan berat badan.
- Elakkan juga mengambil makanan yang kurang berkhasiat untuk mengelakkan sembelit.
Perlukah ibu hamil makan sahur?
Bersahur sangat penting sebagaimana kita bersarapan setiap hari. Ia mampu membantu mengekalkan tahap tenaga ibu pada waktu siang. Jangan sesekali tinggalkan sahur sebab ia dapat membekalkan nutrien penting kepada ibu supaya kekal cergas dan bertenaga di siang hari.Bersahur juga dapat membantu mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
Pastikan hidangan sahur ibu mengandungi semua khasiat dan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.
Contoh ini mungkin boleh membantu ibu-ibu untuk menyediakan menu sahur yang berkhasiat.
- Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau kurma cair.
- Bijirin berserat tinggi dengan susu rendah lemak.
- Buah-buahan termasuk kurma dan pisang.
- Elakkan minum teh untuk mengelakkan dehidrasi.
Bagaimana ibu hamil boleh gantikan minuman berkafien semasa berbuka puasa?
Minuman berkafien tidak bagus untuk ibu hamil. Jadi untuk menggantikannya ibu-ibu bolehlah minum jus buah-buahan segar atau smoothie yang mengadungi yogurt, ais, susu dan buah-buahan. In shaa Allah ia mampu memberi kesegaran kepada ibu-ibu.
Perkara yang perlu dielakkan semasa berpuasa
- Elakkan makan di lewat malam
- Minum banyak air selepas berbuka dan semasa bersahur
- Pastikan ibu bersahur
- Lakukan aktiviti ringan
- Amalkan semua tips di atas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan