Khamis, 28 Mei 2015

SUPPLEMENT CADANGAN BAGI MEREKA YANG INGIN HAMIL

Assalamualaikum waramatullah...

Alhamdulillah,kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw, juga buat para sahabatnya sekalian...

Hari ni masih lagi dikurniakan nikmat iman dan Islam, kesihatan dan kelapangan waktu untuk terus mencari rezeki di muka bumi Allah ini...

Setiap pasangan yang berumahtangga pasti mendambakan kehadiran cahayamata sebagai penyeri kehidupan. Bagi yang baru berkahwin apatah lagi yang telah lama berkahwin. Ada orang selepas sebulan kahwin sudah disahkan mengandung, ada juga yang bertahun-tahun berkahwin tetapi masih belum lagi dikurniakan cahayamata. Itulah aturan Sang Pencipta...ada rezekinya awal ada juga rezekinya lewat. Ada ujiannya ringan dan ada juga ujiannya berat. Tidak Allah uji seseorang itu sesuai dengan kemampuannya.

Herm...banyak pula mukaddimah nyer yer...

Ok, hari ni nak cerita sikit tentang supplemen yang dicadangkan untuk mereka yang ingin hamil. Bukanlah dengan mengambil supplemen ini kita akan terus hamil, tetapi ia adalah usaha atau ikhtiar kita untuk hamil. Yang menentukan kita hamil atau tidak hanya Allah sahaja yang berkuasa. Tetapi harus ingat, Allah mahu  kita berusaha supaya hasilnya dapat kita nikmati dengan rasa syukur kepadaNya. Apa yang penting kita kena pastikan tubuh badan kita sihat dan bersedia untuk menerima kehadiran janin dalam rahim kita.

Supplemen cadangan untuk kehamilan adalah bergantung kepada kes yang kita hadapi...kes berbeza supplemen mungkin berbeza.

Sebelum tu saya nak cerita secara keseluruhan semua jenis supplemen yang ada dalam supplemen cadangan ini.

1. Energizing Soy Protein ( ESP)
  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel.  Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vita E Complex
  • Terkenal sebagai "Vitamin Cinta" . Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baharu (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain. Ia juga terkenal kerana mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. Sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada dalam testikal dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, supplemen selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual seorang lelaki.

3. GLA Complex

  • Diamalkan oleh wanita, terutamanya yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis,berair, cerah dan amat likat dan ia sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke tiub fallopio dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan membantu sperma hidup lenih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiub fallopio, yang mana ia akan membantu proses persenyawaan walaupun tidak melakukan hubungan seksual semasa isteri sedang subur.

4. Sustained Release Vita-C Plus
  • Satu tablet vitamin C membekalkan 500mg vitamin C. Vita C Shaklee adalah jenis "sustained release" di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan, Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E di mana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.

5. B Complex
  • Lengkap dengan vitamin B6, B12 dan asid folik. Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecatatan janin dan kecacatan tiub neural.

6. Zinc Complex
  • Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testtosterone, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikkan tenaga untuk  sperma agar lebih aktif menuju ovum. Selain itu, zink berperanan dalam pembentukan ginetik, iaitu DNA. Secara keseluruhannya, zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

7. Vita Lea
  • Mengandungi 28 vitamin mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. Pengambilan Vita Lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

8. Alfalfa Complex
  • Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit kekita bersama', membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/sakit pinggang yang melampau semasa datang haid (makan alfalfa bersama ostematrix) dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).


CARA PENGAMBILAN SUPPLEMEN  KESUBURAN

Pengambilan supplemen kesuburan adalah berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh anda. 
Berikut adalah 3 kaedah pengambilan supplemen kesuburan.




Sekiranya ada mempunyai sebarang pertanyaan dan persoalan jangan segan-segan hubungi kak zai yer.

Salam Sayang..



Selasa, 19 Mei 2015

SYAMIL & AL QURAN

Duduk depan laptop dok fikir apa yang hendak saya catatkan hari ini...sudah lama juga terberhenti menulis blog..hampir seminggu lebih rasanya...sifat malas tu jangan dibela, saya paksa juga diri supaya saya tidak terikut-ikut dengan bisikan makhluk yang sentiasa mengajak ke arah kesesatan...

Hari ni saya nak abadikan kisah anak syurga saya Muhammad Syamil Zhafri dalam posting saya kali ini. Bagi yang mengikuti perkembangan Syamil tentu sedia maklum bahawa Syamil seorang anak istimewa yang Allah kurniakan kepada kami berdua. 


Alhamdulillah kini Syamil sudah berumur 3 tahun 6 bulan dan bulan November ini akan genaplah umurnya 4 tahun..Alhamdulillah..moga Allah panjangkan umurmu anakku..

Saya nak bercerita tentang bagaimana Syamil mula menghafal surah-surah dalam Al-Quran. Allah terangkan hati beliau untuk menghafal di kala pertuturannya masih tidak setanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya..

Bagaimana saya dekatkan dia dengan Al-Quran..

Di rumah pengasuh lagi, Syamil sudah didedahkan dengan zikir yang memuji kebesaran Allah. Alhamduillah, bila dibukakan zikir Syamil suka memerhati dan mendengar zikir tersebut. Di rumah pula kami selalu buka astro Oasis setiap hari tepat pukul 7 malam. Waktu itu rancangan yang disajikan adalah zikir dan bacaan ayat Al- Quran.

Setiap hari selepas Maghrib saya akan ajak Syamil membaca Al Furqan. Alhamdulillah Syamil dah masuk buku 2. Syamil anak istimewa yang sangat terang hatinya, ajar sekali dua beliau sudah dapat apa yang diajar. 

Sebelum tidur pula, saya akan bacakan kepadanya ayat Kursi dan 3 Qul. Pada awalnya beliau hanya mendengar sehinggalah pada satu ketika Syamil sudah boleh membaca sendiri tanpa saya dengarkan lagi padanya. Kini setiap kali hendak tidur, Syamil sudah boleh membaca sendiri ayat Kursi dan 3 Qul.

Syamil juga sudah boleh mengecam ayat-ayat Al-Quran

Bagaimana? Saya juga masih mencari-cari jawapannya...

Saya tahu Syamil mampu mengecam ayat dalam surah 
semasa saya menyediakan bahan ini.

Kisahnya bermula semasa saya sedang menyiapkan flash card surah Al-Fatihah, An Nas, Al Falaq dan Al Ikhlas...sedang saya sibuk menggunting, Syamil masuk ke dalam bilik. Terdetik hati untuk menguji Syamil...jadi saya tunjukkan satu potongan ayat dari surah apa saya pun dah tak ingat...Syamil dengan yakinnya membaca potongan surah tersebut...antara percaya dengan tidak, saya tunjukkan lagi potongan ayat yang lain, sekali lagi Syamil membacanya sehinggalah habis semua potongan ayat yang ada masa itu.. Masya Allah, Maha Suci Allah...tiada perkataan lain yang keluar dari mulut saya melainkan memuji kebesaran Allah..saat itu saya rasa sebak sangat...teringat tulisan Pn Ainizal dalam buku Genius Dari Syurga...

"Allah boleh beri lebih dari apa yang kita minta...percayalah..."

Saya mula terfikir-fikir bilakah saya menunjukkan ayat-ayat Al-Quran ini pada Syamil. Seingat saya hanya 2 3 kali sahaja...tetapi mungkin juga Syamil lihat di TV...Menguatkan lagi keyakinan saya Syamil banyak belajar secara visual...dia lihat dan dia ingat...

Menyusun potongan ayat mengikut urutan yang betul.

Pengalaman menjadi guru juga banyak membantu saya dalam mendidik Syamil. Alhamdulillah.

Kini, saya sedang perkenalkan kepada Syamil surah Al-Masad. Setapak demi setapak, selangkah demi selangkah...saya mahu terapkan Al Quran dalam jiwa Syamil. Biarlah Al Quran menjadi terapi paling mujarab buat Syamil..

Kepada pembaca budiman, doakan Syamil selalu yer..semoga suatu hari nanti Syamil akan menjadi seorang PROTAZ (Professional Ustaz)...bahagia hidupnya di dunia dan akhirat, berguna pada agama dan seluruh alam...

Setakat sini dulu celoteh saya hari ini...salam sayang...wassalam...

Ahad, 10 Mei 2015

MERAMAL WAKTU SUBUR MELALUI MUKUS SERVIKS

Assalamualaikum warahmatullah...

Untuk merancang kehamilan adalah penting untuk kita mengetahui waktu puncak kesuburan kita. Ada banyak cara untuk menentukan waktu subur kita. Antaranya adalah menggunakan kiraan kitaran haid dan juga menggunakan termometer untuk mengetahui suhu badan. Tapi kali ni saya nak kongsi dengan pembaca semua cara yang saya rasa paling mudah hendak mengetahui waktu subur kita. Sama ada kita hendak hamil atau kita sedang merancang untuk menjarakkan kelahiran, cara ini bolehlah digunakan.


Kaedah yang saya maksudkan ialah dengan mengetahui keadaan mukus serviks kita. Pada saya kaedah ini adalah cara paling mudah untuk kita ketahui tahap kesuburan kita kerana ia sangat dekat dengan kita. 

Bagaimana nak periksa mukus serviks?

Untuk memeriksa mukus serviks, masukkan jari yang bersih ke dalam faraj ke arah serviks. Anda mungkin dapat melihat lebih banyak mukus jika memeriksanya selepas membuang air besar.

Bagaimana rupa mukus serviks?

Kita akan lihat satu-persatu bagaimana rupa mukus serviks semasa subur dan tidak subur. Harap ia dapat membantu untuk menentukan waktu subur anda dan merancang kehamilan anda dengan sebaiknya.

MUKUS SERVIKS PUTIH TELUR : SUBUR


Mukus ini dipanggil mukus putih telur kerana rupanya yang seperti putih telur. Selalunya selepas haid, kita akan mendapati peningkatan jumlah mukus yang lebih lembap dan lebih licin selepas beberapa hari. Mukus serviks seperti putih telur adalah waktu paling subur di antara semua jenis mukus serviks yang lain. Mukus ini mempunyai ciri yang membolehkan sperma berenang dengan mudah ke serviks. Ia kelihatan seperti putih telur mentah dan boleh di tarik sehingga kira-kira 5 cm tanpa putus.

MUKUS SERVIKS BERAIR : SUBUR


Mukus serviks akan menjadi lembab dan berair apabila ovulasi semakin hampir. Mukus jenis ini membolehkan sperma bergerak pantas ke dalam serviks. Apabila mukus berair, kita mungkin akan merasa seolah-olah kita telah terkencing dalam panties. Mukus jenis ini jernih atau mengalir pada jari kita.

MUKUS SERVIKS BERKRIM : TIDAK SUBUR


Selepas ovulasi, mukus serviks tidak lagi basah atau licin. Mukus berkrim ini dianggap tidak subur kerana ia amat menyekat pergerakkan sperma. Mukus ini kelihatan seperti kuning telur atau putih berkilau seperti mutiara. Ia agak tebal dan berasa seperti losyen apabila disapu di antara jari.

MUKUS SERVIKS MELEKIT : TIDAK SUBUR


Dalam tempoh sehingga haid datang, mukus serviks menjadi melekit. Mukus serviks jenis ini adalah mukus serviks paling tidak subur. Ia tebal, pekat dan melekit. Sperma sangat sukar untuk berenang dalam keadaan mukus seperti ini.

Inilah empat jenis mukus yang perlu kita ketahui dalam menentukan waktu subur kita. Untuk mengetahui dan memahami kitaran haid kita cubalah catatkan perubahan mukus serviks untuk beberapa bulan berturut-turut. Ia mungkin dapat membantu kita menentukan waktu subur kita.

Sekian dulu buat kali ini, saya nak solat subuh dulu..

Salam Sayang..





Jumaat, 8 Mei 2015

SET KEHAMILAN SHAKLEE TRIMESTER KEDUA DAN KETIGA

Assalamulaikum semua...

Apa khabar bakal-bakal ibu semua? Semoga sihat dan ceria selalu...

Dalam posting saya yang lepas, saya ada ceritakan tentang Set Kehamilan Shaklee untuk trimester pertama...

Hari ni saya nak perkenalkan pula kepada para ibu set kehamilan bagi trimester kedua dan ketiga. Pada asasnya tidak banyak yang berubah yang mana set asas trimester pertama masih perlu di ambil oleh ibu dan tambahan beberapa supplemen lain bagi memastikan ibu mendapat khasiat dan nutrien yang cukup untuk dibekalkan kepada bayi dalam kandungan yang semakin membesar.

Sebelum tu, jom kita tengok jap perkembangan dalam trimester kedua dan ketiga ni. Ok, dalam trimester kedua, perut ibu akan mulai membesar dan dunia luar akan mula menyedari bahawa anda adalah bakal ibu. Trimester kedua juga dianggap sebagai masa kehamilan terbaik kerana ibu akan berasa lebih selesa berbanding trimester pertama.

Pada trimester ketiga pula perut ibu akan menjadi semakin besar. Ibu akan merasakan pelbagai perasaan emosional yang berbeza-beza dan tubuh secara fizikal juga sedang mengalami beberapa perubahan. Pada trimester ini, ibu berada dalam proses untuk mempersiapkan diri bagi kehadiran si bayi. Ibu akan mula berasa gembira dan tidak sabar menanti kehadiran bayi baru dalam keluarganya. Ibu juga berkemungkinan akan merasa risau akan tahap kesihatan bayi. Perubahan emosi ini juga akan mendorong perubahan fizikal dalam menghadapi saat melahirkan.

Dalam trimester kedua dan ketiga, keperluan nutrien sangat tinggi kerana bayi memerlukan nutrien yang berkhasiat untuk membesar dengan sihat dan sempurna. Ibu juga sangat memerlukan pengambilan diet yang sihat agar sentiasa bertenaga, sihat dan tidak mudah penat.

Supplemen yang dicadangkan dalam trimester kedua dan ketiga ialah:-
  • Vitamin B Complex
  • Vitamin C
  • Vitalea
  • Ostematrix
  • ESP
  • OmegaGuard


Mari kita lihat pula fungsi dan keperluan setiap vitamin kepada ibu hamil.

✿Vitamin B Complex
  • Mengandungi 8 kumpulan vitamin B dan asid folik yang penting untuk pertumbuhan tulang bayi bagi mengelakkan kecacatan janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi. Ibu yang hamil memerlukan sekurang-kurangnya 400mg sehari .

✿Vitamin C
  • Membantu meningkatkan pertahanan tubuh ibu, melindungi sel penting dalam membina dan menguatkan sel tisu di dalam badan. Pengambilan bersama Vitalea with Iron formula dapat meningkatkan penyerapan zat besi di dalam tubuh.

✿Vitalea with Iron Formula
  • Multivitamin yang membekalkan pelbagai zat. Kandungan zat besi dapat membantu untuk mengelakkan anemia kepada ibu hamil. Ia juga dapat meningkatkan kandungan Hb bagi ibu.

✿Ostematrix
  • Pembekal kalsium terbaik dengan tambahan kandungan magnesium dan vitamin D bagi memudahkan penyerapan. Ibu yang hamil memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Amat sesuai untuk ibu yang mengalami alahan jika minum susu. Kalsium yang mencukupi dapat mencegah kejang kaki, menguatkan tulang dan mengelakkan gigi rosak/rapuh ketika hamil.

✿ESP @ Energizing Soy Protein
  • Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel sel tisu, hormon dan enzim didalam tubuh. Baik untuk wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Ia juga penting untuk pembentukkan kuku, rambut dan kulit. Esp ini juga boleh memberi tenaga kepada ibu ibu hamil yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Dalam masa yang sama ESP boleh memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.

✿OmegaGuard
  • Mengandungi asid lemak Omega–3 separti EPA dan DHA. Membantu perkembangan otak bayi dan juga mengawal kolesterol bagi ibu yang hamil. OmegaGuard ini sesuai diambil selepas trimester pertama.
********************************************************
PROMOSI!

Harga super murah dan super hebat bermula bulan Mei hingga Oktober 2015 bagi Set Kehamilan dan Set Berpantang dengan menjadi ahli Shaklee.

Bukan itu sahaja, pada bulan Mei ini sesiapa yang menjadi ahli Shaklee akan mendapat Vita Lea yang berharga RM94 secara PERCUMA...


Hubungi kak zai untuk maklumat lanjut yer.


Khamis, 7 Mei 2015

SINDROM "BABY BLUES"

Assalamualaikum...

Pernah tak dengar Sindrom "Baby Blues"?  Mungkin ada yang biasa dengar dan mungkin juga ada yang tak biasa dengarkan.

Actually saya pun baru jer tahu apa dia Sindrom Baby Blues ni. Sebelum ni tahu meroyan jer. Ingatkan baby blues ngan meroyan benda yang sama. Tapi berbeza rupanya. Disebabkan nak tahu sangat pasal sindrom ni saya membuat pencarian dan pembacaan berkaitan sindrom ini. Saya kongsikan dengan pembaca semua tentang sindrom tersebut. Semoga ia memberi manfaat terutamanya kepada bakal ibu dan ibu-ibu yang baru melahirkan anak.



Setiap ibu yang melahirkan anak pasti akan merasa gembira dengan kehadiran cahayamata yang dinanti selama sembilan bulan. Namun selepas beberapa hari melahirkan akan wujud satu kondisi di mana ibu berasa kurang selesa, sedih, runsing, cepat marah dan lain-lain.

Sindrom ini dialami oleh hampir 50% ibu baru yang melahirkan anak. Perasaan gembira atas kehadiran cahayamata penyeri hidup akan disertai oleh perasaan sedih, cemas, kaget dan lain-lain sehingga menimbulkan keadaan kurang selesa kepada psikologi ibu. Gejala ini dikenali sebagai "Sindrom Baby Blues" atau stress pasca kelahiran.

Sindrom Baby Blues adalah salah satu bentuk tekanan perasaan yang sangat ringan yang biasanya berlaku dalam  14 hari pertama melahirkan dan cenderung untuk lebih buruk sekitar hari ketiga dan keempat selepas melahirkan.

Punca Sindrom Baby Blues.
  1. Perubahan hormon. Selepas ibu melahirkan anak, akan berlaku penurunan kadar hormon estrogen dan progesteron yang agak drastik. Penurunan kadar hormon yang dihasilkan oleh kalenjar trioid juga akan menyebabkan ibu cepat letih, hilang mood dan tekanan perasaan.
  2. Fizikal. Kehadiran cahayamata dalam keluarga akan menbuatkan perubahan pada gaya hidup dalam keluarga, terutamanya ibu. Ibu terpaksa menjaga bayi sepanjang siang dan malam menyebabkan tenaga ibu terpaksa digunakan sepenuhnya. Ini akan menjadikan ibu tidak mendapat rehat yang secukupnya dan tidak mampu bertahan dalam menghadapi masalah.
  3. Psikologi. Ibu merasa cemas dalam banyak perkara seperti ketidakmampuan mengurus anak, menyusukan anak, rasa tidak percaya pada diri sendiri kerana perubahan bentuk badan yang kurus sebelum hamil tetapi berisi selepas melahirkan serta kurangnya perhatian dari keluarga terutamanya suami. Semua keadaan ini boleh menyumbang kepada tekanan perasaan.
  4. Sosial. Perubahan gaya hidup dengan peranan seorang ibu memerlukan penyesuaian. Rasa terikat dengan bayi dan rasa jauh dari kehidupan asal juga boleh menyumbang kepada tekanan perasaan.

Gejala Sindrom Baby Blues

Antara gejala-gejala yang biasanya berlaku adalah seperti:-
  • Perasaan cemas yang berlebihan, sedih, murung dan sering menangis
  • Sering merasa letih dan sakit kepala
  • Berasa tidak mampu mengurus bayi atau menyusukan bayi
Ada juga kes dimana ibu  mengalami sindrom baby blues dalam jangkamasa yang lebih lama dan lebih berat. Apabila gejala sindrom baby blues yang dialami mengganggu aktiviti seharian ibu ia boleh dikatakan sebagai Depresi Selepas Melahirkan. Ia juga sering melanda ibu yang mempunyai sejarah tekanan perasaan sebelum ini. 

Tanda-tanda Depresi Selepas Melahirkan.
  1. Letih yang berpanjangan, sukar tidur dan insomnia.
  2. Hilang perasaan seronok dan minat untuk melakukan hal-hal yang menyenangkan hati.
  3. Tidak memberi perhatian kepada diri sendiri dan suka bersendirian.
  4. Tidak memberi perhatian kepada bayi yang dilahirkan.
  5. Perasaan takut akan menyakiti si kecil.
  6. Hilang minat untuk bersama suami.
  7. Emosi yang tidak stabil.

Cara Mengatasi Sindrom Baby Blues.
  1. Sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
  2. Tanamkan rasa ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
  3. Berusaha untuk bersikap tenang dengan cara mengambil nafas panjang serta fleksibel dalam mengurus bayi.
  4. Tidur semasa bayi tidur.
  5. Suarakan rasa tidak selesa kepada suami atau keluarga terdekat.
  6. Luangkan masa untuk diri sendiri walaupun sekejap dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan.
  7. Lakukan sesuatu perkara mengikut kemampuan diri. Jangan paksa diri melakukan sesuatu yang diluar kemampuan.
  8. Mintalah bantuan suami atau ahli keluarga yang lain dalam urusan rumahtangga dan mengurus bayi.
  9. Berkongsi cerita dengan ibu-ibu baru yang lain.
  10. Luahkan perasaan sekiranya ibu mendapati dia sedang mengalami sindrom baby blues supaya orang terdekat dapat membantu ibu menangani situasi tersebut.
Bagi memastikan ibu tidak mengalami sindrom baby blues selepas melahirkan, adalah dicadangkan supaya ibu dan pasangan dapat berbincang dalam usaha untuk memastikan tempoh berpantang ibu tidak terganggu dengan masalah-masalah lain yang boleh merunsingkan ibu. Pastikan ibu dan bapa telah membuat persiapan dari segi mental, kewangan dan sosial.

*****************************************************
INFO SUPPLEMEN


  • Dalam set berpantang Shaklee terdapat satu vitamin yang bernama B Complex. Vitamin ini membekalkan kesemua 8 jenis Vitamin B dan juga Asid Folik. Vitamin ini boleh membantu memberi ibu perasaan tenang dan tidak tertekan. Ibu berpantang sangat digalakkan mengambil vitamin ini semasa dalam pantang kerana fungsinya itu.
Dapatkan Set Berpantang Shaklee hari ini. Hubungi Kak Zai untuk maklumat lanjut dan konsultasi secara percuma.




CARA PEMAKANAN YANG BAIK SEMASA HAMIL

Assalamualaikum semua...apa khabar?  Semoga sihat sentiasa terutamanya buat ibu-ibu yang sedang hamil tu...

Hari ni Penang cuti sempena PRK Permatang Pauh...jadi lambat sikit bersiaran...uruskan apa yang patut dulu..

Oklah...nak cerita tentang tips pemakanan untuk ibu hamil plak hari ni...


Apa yer cara pemakanan yang baik semasa hamil?

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu hamil semasa makan bagi memastikan ibu sentiasa sihat dan bertenaga. Tak la nanti letih lesu, lunyai dan tak bermaya...

Ubah cara makan yang kurang baik
Ibu perlu sedar bahawa ibu sedang hamil. Jadi, diet pemakanan ibu haruslah mengikut diet pemakanan untuk ibu hamil. Ketika ini, ibu memerlukan lebih banyak protein (62.5g sehari), kalori untuk tenaga (tambahan sebanyak 360 kalori sehari), kalsium (1000mg sehari), minyak ikan (200 - 300mg sehari), vitamin dan mineral seperti asid folik (600mg sehari) dan zat besi (29mg sehari) untuk perkembangan bayi.


Jangan mengurangkan jumlah makanan semasa hamil.
Pada waktu ini bukanlah masa yang sesuai untuk menguruskan badan. Ia akan membahayakan ibu dab bayi. Berdiet secara tidak betul semasa hamil akan menyebabkan ibu dan bayi kekurangan vitamin dan mineral penting yang lain. Pertambahan berat badan semasa hamil adalah petanda  yang baik dan sihat. Ibu yang mengamalkan pemakanan secara sihat akan mengalami pertambahan berat badan secara berperingkat dan ia secara umumnya akan melahirkan bayi yang sihat.


Makan dengan jumlah yang kecil tetapi kerap.
Pada trimester pertama, kebiasaannya ibu akan mengalami morning sickness iaitu muntah dan mual. Ibu dinasihatkan supaya makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap. Elakkan mengambil makanan yang pedas dan berminyak. Makan dalam jumlah yang sedikit dan ulang dalam selang masa 4 jam. Ibu harus ingat bahawa walaupun ibu tidak rasa lapar tetapi bayi dalam kandungan memerlukan makanan yang mencukupi.

Amalkan vitamin ibu hamil secara teratur
Makanan yang ibu makan adalah merupakan sumber vitamin yang paling baik. Tetapi selalunya vitamin akan hilang semasa proses menanam, memasak dan menyediakannya. Jadi mungkin vitamin dalam diet pemakanan ibu akan berkurangan terutamanya asid folik dan zat besi yang sangat diperlukan oleh bayi. Sebab itulah ibu hamil perlu mengambil vitamin ibu hamil secara teratur.


Minum air yang cukup.
Setiap 25kg berat badan ibu, ibu perlu minum 1 liter air. Ini kerana ibu memerlukan jumlah cecair yang mencukupi untuk ibu dan bayi. 33% pertambahan berat badan ibu semasa hamil adalah daripada berat air. Ia amat penting untuk menghasilkan sel darah merah bayi bagi sistem peredaran darahnya. Tubuh ibu memerlukan air sepanjang tempoh ini untuk mengatasi masalah sembelit dan untuk mengawal suhu badan ibu.


Banyakkan makan makanan berserat, buah-buahan dan sayur sayuran.
Banyakkan makan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran supaya dapat membantu mengatasi masalah sembelit yang sering berlaku sepanjang tempoh kehamilan.


Dengan mengamalkan pemakanan sihat, ia bukan sahaja mampu membantu ibu sentiasa sihat, ceria dan bertenaga malahan juga turut membantu perkembangan bayi secara optimum. 

Salam sayang.


Rabu, 6 Mei 2015

AIR MERBAHAYA KEPADA BAYI BARU LAHIR

Assalamualaikum...

Sambil-sambil melihat siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Perak, sambil berblogging...best nyer work at home mom ni...hihi...

Saya suka sangat tengok program istiadat diraja ni sejak kecik..naper tah...

Ok, posting kali ni saya nak cerita kenapa air sangat merbahaya kepada bayi baru lahir.



Tahukah ibu-ibu semua bahawa bayi baru lahir tidak memerlukan air tambahan?

Bayi baru lahir hanya memerlukan susu ibu semata-mata.

Walaupun pada awal kelahiran susu seperti tiada tetapi sebenarnya bayi hanya memerlukan kolostrum yang mana terdapat kandungan air di dalamnya.

Bayi tidak boleh diberikan air selain susu ibu kerana bimbang akan bayi akan mengalami pelbagai masalah kesihatan kelak. Ini kerana kebanyakkan sistem badan bayi masih belum matang sepenuhnya dan belum mampu berfungsi dengan baik.

Sekiranya bayi diberikan air pada awal kelahiran, dibimbangi bayi akan mendapat risiko penyakit seperti berikut:- 

  • Air menyebabkan peningkatan aras bilirubin pada bayi yang mengalami penyakit kuning dan boleh menyebabkan jaundis menjadi bertambah teruk.
  • Air yang banyak boleh menyebabkan keadaan yang serius yang disebut oral water intoxication. Apabila keadaan ini berlaku, kandungan natrium (garam) dalam darah bayi menjadi cair dan boleh menyebabkan badan bayi tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini boleh menyebabkan berlaku perubahan pada tahap mental bayi dan suhu badannya akan turun dengan mendadak. Bayi mungkin akan mengalami kembung perut dan sawan tarik.
  • Air tidak mengandungi sebarang nutrien. Sekiranya badan bayi dipenuhi dengan air maka berat badan bayi turun dan mungkin tidak bertambah.
  • Bayi yang diberikan air akan kurang berminat untuk menyusu dan jika bayi kurang menyusu maka susu tidak dapat dihasilkan dengan sebaiknya. Ia akan menghalang penghasilan susu secara optimum.
  • Air akan menyebabkan bayi berasa kenyang dan boleh mengganggu penyusuan. Pada hakikatnya bayi sangat memerlukan susu ibu untuk mendapatkan nutrien penting untuk membesar. Perkembangan otak yang pesat berlaku pada masa ini, dan ia sangat merugikan sekiranya bayi hanya banyak minum air kosong berbanding susu ibu yang tinggi kandungan nutriennya. 
  • Bayi boleh terdedah kepada jangkitan kuman dan cirit-birit. Keadaan ini boleh berlaku kerana bekalan air atau sumber air boleh tercemar sama ada melalui bekas yang digunakan atau amalan penyediaan yang tidak bersih. Walaupun kita yakin air itu telah bersih tetapi kita perlu tahu bahawa badan bayi belum cukup matang untuk berhadapan dengan jangkitan kuman. Sebaiknya kita hindari memberi bayi minum air selain susu ibu. Selain itu, cirit-birit yang teruk akan mengancam nyawa bayi.
Haaa...banyakkan risiko yang perlu kita hadapi jika  kita memberikan bayi minum air. Jadi adalah lebih baik jika para ibu dapat mengelak memberi bayi minum air selain susu ibu sehingga umurnya genap 6 bulan.

********************************************
Nutrisi yang berkhasiat penting untuk tumbesaran bayi, kekurangan nutrien akan mengganggu tumbesaran bayi, oleh itu ibu yang prihatin akan memastikan bayinya mendapat cukup nutrien dari susu ibu yang diberikan. Dapatkan set penyusuan Shaklee untuk ibu-ibu yang ingin menambah susu badan dan memastikan susu ibu penuh dengan khasiat yang diperlukan oleh bayi.







Selasa, 5 Mei 2015

HARI NI SYAMIL PERIKSA...

Hari ni hari pertama Syamil periksa kat sekolah...Bahasa Melayu dan Jawi...Masa nak ambil Syamil balik tadi, tanya juga dekat cikgu Syamil, macam mana Syamil hari ni...cikgu kata Syamil tak nak buat..dia baling-baling jer kertas tu..tapi cikgu kata takpe sebab tadika 4 tahun tak de markah cuma pentaksiran ajer...huhu..

Mula-mula sedih juga di hati sebab Syamil tak nak buat...tapi saya kena positifkan diri saya sendiri..lagi pun masih awal saya nak melihat kemampuan Syamil...niat dulu pun antar Syamil ke tadika nak dia berkawan dan bergaul sahaja..supaya dia pandai berkomunikasi dengan orang lain..apa yang dia dapat yang lain tu hanyalah sampingan sahaja yang harus saya bangga dengan kemampuan dia. Kanak-kanak autistik boleh belajar dengan baik jika kena dengan gaya kita ajar..in shaa Allah, Syamil pasti boleh buat dan mampu belajar seperti kanak-kanak tipikal yang lain. Doa ibu sentiasa bersama-sama Syamil...



Sebelah petang Syamil ada appointment dengan Doktor Pakar, bergerak pula kami ke Hospital Pulau Pinang..hampir dua jam menunggu baru boleh jumpa doktor...biasalah tu kan..ramai patient..

Alhamdulillah, perkembangan Syamil agak baik, doktor kata teruskan apa yang dah dibuat di rumah, speech theraphy, occupational theraphy dan two way center. Doktor kata Syamil tak perlu makan ubat sebab Syamil tak hyper, Alhamdulillah...n doktor kata lagi nak bagi supplement pun takde masalah...hihi..Syamil memang dah makan supplement pun, even kalau Syamil normal pun saya bagi jugak dia makan supplement...

Syamil tertidur sebelah abah tadi, pas solat Asar tadi...takpelah nak...rehat dulu, sambil tu boleh la ibu berblogging..hihi

ok lah sampai kat sini dulu kisah Syamil, nanti saya cerita lagi yer..ada janji yang harus ditunaikan...hihi

salam sayang..

TIPS ATASI SEMBELIT, STRESS, MORNING SICKNESS & PENJAGAAN GIGI UNTUK BAKAL IBU

Assalamualaikum semua...

Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah...Rindu saya nak berblogging...sibuk membantu keluarga dalam urusan perkahwinan adik bongsu saya membuatkan saya tidak berkesempatan hendak mengadap laptop. Alhamdulillah segalanya telah selesai..hari ni saya mula berblogging semula...hihi

Oklah...hari ni saya nak bagi sedikit tips kepada bakal-bakal ibu. Saya pasti ramai bakal-bakal ibu akan berhadapan dengan beberapa masalah sepanjang kehamilan seperti sembelit, stress, morning sickness dan penjagaan gigi...

Mungkin perkara ini nampak ringan tetapi sebenarnya ia mampu mengganggu tahap kesihatan bakal ibu dan mungkin menjejaskan bayi dalam kandungan.




Tips Mengatasi Sembelit Ketika Hamil
  • Minum air yang cukup (1 liter untuk setiap 25kg berat badan)
  • Makanlah makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Lakukan senaman ringan yang teratur seperti berjalan dan berjogging
  • Bincangkan dengan doktor jika ibu  tetap sukar membuang air besar setelah melakukan semua tips ini.

Tips Untuk Mengatasi Stress
  • Cuba cari punca - Cuba mencari punca dapat membantu ibu mengatasi menyelesaikan tekanan yang dihadapi. Selidik  dari mana punca stress datang, adakah dari keluarga, masalah peribadi atau masalah di tempat kerja. Dengan mengetahui punca lebih mudah stress ditangani.
  • Diet makan yang baik - menjaga diet pemakanan yang sihat serta istirahat yang cukup dan melakukan senaman ringan dapat membantu mengatasi stress dengan cara yang lebih baik dan berkesan.
  • Berkomunikasi - Jangan biarkan diri bersendirian dan keseorangan kerana ia akan membuatkan ibu lebih sukar untuk menghadapi sebarang masalah. Bina hubungan emosi yang baik dengn suami, keluarga dan rakan-rakan. Komunikasi atau hubungan emosi yang baik dapat membantu ibu untuk menghadapi kesulitan dan kesedihan kerana ibu mendapat sokongan daripada suami, keluarga dan rakan-rakan.
  • Rehat yang berkualiti - Berbaringlah pada satu sisi di katil dalam suasana sunyi.Pasangkan zikir atau muzik yang lembut dan bayangkan ibu berada di tempat yang disukai atau ibu boleh juga memikirkan tentang bayi dalam kandungan.
  • Berbincang dengan doktor - berbincang dan luahkan perasaan dan keluhan ibu kepada doktor yang merawat. Buangkan rasa malu dan ragu supaya doktor dapat menilai status kesihatan ibu dan sebarang masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan secepat mungkin dan sebaik mungkin.

Tips Untuk Mengatasi Morning Sickness
  • Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap
  • Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan protein yang dapat membantu mengatasi masalah mual para ibu.
  • Sewaktu bangun tidur, jangan terburu-buru bangun. Duduk dahulu dan kemudian bangun perlahan-lahan, Jika ibu berasa sangat mual ketika bangun pagi, siapkan snek atau biskut di tempat tidur supaya ibu dapat memakannya dahulu sebelum berdiri.
  • Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas kerana ia boleh menambahkan rasa mual.
  • Minum air secukupnya jika gejala muntah menjadi teruk. Minum air putih atau jus dan elakkan mengambil minuman berkafien dan berkarbonat.
  • Dapatkan saranan doktor berkaitan vitamin yang diambil kerana ada ibu akan bertambah mual dengan pengambilan vitamin kehamilan.
  • Dapatkan istirahat yang cukup dalam usaha untuk mengatasi rasa mual dan muntah.
Tips Penjagaan Gigi
  • Pilih berus gigi yang lembut dan berkualiti
  • Berus gigi dengan berhati-hati
  • Hindari makanan yang terlalu banyak mengandungi gula
  • Jumpa doktor gigi secara teratur, maklumkan kepada doktor gigi tentang kehamilan ibu supaya rawatan pergigian dapat disesuaikan.
  • Beri perhatian yang lebih banyak kepada kebersihan gigi.

Ok...semua tips yang saya nak kongsikan dah pun saya berikan...tips ni saya rujuk dalam buku Diari Hamil yang ditulis oleh Khairun Nisa, Zakaria. Semoga ia dapat membantu para ibu mengatasi masalah-masalah di atas dengan baik.

Sedikit perkongsian tentang vitamin dalam Set Kehamilan Shaklee berkaitan masalah di atas
  • Ostematrix mampu membantu para ibu mengatasi masalah sembelit dan membekalkan kalsium yang mencukupi untuk tulang  dan gigi ibu.
  • B Complex mampu membantu mengatasi masalah stress di samping kandungan asid folic dalam B Complex dapat membantu perkembangan bayi dalam kandungan.
  • Vitamin C Chew pula membantu mengatasi masalah loya ibu.
Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan Set Bajet Kehamilan Shaklee atau Set Penuh Kehamilan Shaklee jangan malu jangan segan hubungi kak zai yer...

Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam Sayang