Khamis, 30 April 2015

TIPS BERPUASA SEMASA HAMIL


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar semua? Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah...

Ok, memandangkan bulan Ramadhan hampir tiba, saya nak kongsikan beberapa tips kesihatan khusus untuk ibu yang sedang hamil.


Bagaimana kita nak kekalkan kesihatan ketika hamil dan berpuasa?

Bila kita berpuasa ni dah tentulah tak boleh makan kan? Tapi kita boleh makan lebih dari dua kali antara waktu berbuka dan sahur. Haa...masa tu kita kenalah sediakan makanan seimbang dan berkhasiat supaya ia dapat membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah kesihatan yang lain sepeti sembelit, sakit kepala dan ketidakcernaan.


Apa pula cara terbaik untuk ibu hamil berbuka puasa?

Ermm...sebenarnya tiada la menu khas yang perlu ibu patuhi atau ikuti. Tapi ibu-ibu boleh cuba beberapa tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka.

Mulakan berbuka dengan:-

  • Tiga biji buah kurma. Sebab apa? Sebab kurma bagus sangat untuk menormalkan balik tahap gula yang rendah dalam badan. Kurma kan manis...
  • Sup ataupun yogurt rendah lemak.
Kemudian, bolehlah makan makanan yang seimbang:-
  • Contohnya salad dan ulam-ulaman, protein dari ayam, daging atau ikan, karbohidrat kompleks dari nasi beras perang dan roti bijian penuh serta banyakkan makan sayur-sayuran.
  • Elakkan makan hidangan yang mengandungi lemak yang tinggi untuk mencegah pertambahan berat badan.
  • Elakkan juga mengambil makanan yang kurang berkhasiat untuk mengelakkan sembelit.

Perlukah ibu hamil makan sahur?

Bersahur sangat penting sebagaimana kita bersarapan setiap hari. Ia mampu membantu mengekalkan tahap tenaga ibu pada waktu siang. Jangan sesekali tinggalkan sahur sebab ia dapat membekalkan nutrien penting kepada ibu supaya kekal cergas dan bertenaga di siang hari.Bersahur juga dapat membantu mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

Pastikan hidangan sahur ibu mengandungi semua khasiat dan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.

Contoh ini mungkin boleh membantu ibu-ibu untuk menyediakan menu sahur yang berkhasiat.
  • Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau kurma cair.
  • Bijirin berserat tinggi dengan susu rendah lemak.
  • Buah-buahan termasuk kurma dan pisang.
  • Elakkan minum teh untuk mengelakkan dehidrasi.

Bagaimana ibu hamil boleh gantikan minuman berkafien semasa berbuka puasa?

Minuman berkafien tidak bagus untuk ibu hamil. Jadi untuk menggantikannya ibu-ibu bolehlah minum jus buah-buahan segar atau smoothie yang mengadungi yogurt, ais, susu dan buah-buahan. In shaa Allah ia mampu memberi kesegaran kepada ibu-ibu.

Perkara yang perlu dielakkan semasa berpuasa
  • Elakkan makan di lewat malam
  • Minum banyak air selepas berbuka dan semasa bersahur
  • Pastikan ibu bersahur
  • Lakukan aktiviti ringan
  • Amalkan semua tips di atas

Rabu, 29 April 2015

Tahniah, Anda Hamil!

Tahniah, anda hamil!....wahhh..bestnya bila dengar berita gembira ni kan...kesyukuran dirafakkan kehadrat ilahi...itulah yang saya rasa selepas tujuh tahun menanti..antara percaya dengan tidak, saya dah pregnant...rasa dunia ini ana yang punya...hihihi...

Saya yakin semua wanita yang telah berkahwin saat-saat inilah yang dinanti-nantikan oleh anda dan suami...tambah-tambah lagi juga jika usia perkahwinan dah berginjak dari tahun ke tahun.

Mulai saat ini, ibu dan bayi akan meneroka suatu alam baru sehingga tiba saat kelahiran. Yes, anda akan bergelar ibu buat pertama kalinya atau buat ke sekian kalinya.



Apa perkara yang perlu anda lakukan sebaik sahaja tahu anda hamil?

Ok, kat sini saya bagi sedikit tips apa yang perlu anda lakukan bila anda tahu anda telah hamil.

1. Ketahui berat badan sebelum kehamilan

  • Memaklumkan segala maklumat kesihatan anda
  • Mengambil supplement yang sesuai dengan kehamilan

2. Berhenti mengambil sebarang pil
  • Dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum meneruskan pengambilan pil tersebut. Ini kerana terdapat pil yang boleh memudaratkan bayi dalam kandungan. Jika anda mengidap penyakit tertentu yang memerlukan anda mengambil ubat, maklumkan kepada doktor anda agar diberi ubat alternatif yang selamat untuk kandungan.

3. Elakkan daripada merokok dan mengambil minuman beralkohol
  • Merokok terbukti boleh menyebabkan keguguran, stillbirth, malformed baby, atau mati selepas dilahirkan. 
  • Pengambilan alkohol boleh menyebabkan kecatatan pembesaran bayi sebelum dan selepas kelahiran termasuklah makanan yang dipercayai berbisa.

4. Amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat
  • sentiasa berfikiran positif, menjauhi stress dan bersenam sama ada berjalan atau berenang sekurang-kurangnya 20 minit sehari untuk mendapatkan kesihatan yang maksimum.

5. Jaga berat badan ketika hamil
  • Menjaga berat badan bukanlah bermaksud anda harus berdiet. Elakkan berdiet sepanjang kehamilan kerana pada waktu ini badan anda memerlukan nutrien yang secukupnya untuk anda dan bayi dalam kandungan.

6. Elakkan diri dari melakukan kerja berat
  • Jangan melakukan kerja yang berat tetapi jangan terlalu memanjakan diri.
  • Lakukan pergerakan ringan dan berterusan kerana ini akan memudahkan otot-otot anda melakukan proses kelahiran.

7. Jangan lupa sujud syukur
  • Lakukan sujud syukur sebagai tanda terima kasih kita atas kurniaan Allah ini.
  • Perbanyakkan solat hajat dan sentiasa berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah memelihara anda dan kandungan sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kelahiran.

Ok, sampai sini dulu yer...nanti kita sambung lagi...

Bagi ibu-ibu yang sedang mencari-cari supplemen sepanjang tempoh kehamilan, anda boleh hubungi kak zai untuk maklumat lanjut.

Salam Sayang



Set Kehamilan Trimester Pertama

Assalamualaikum warahmatullah...

Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakhbar....

Apa khabar ibu-ibu semua? Bakal-bakal ibu? Sihatkah? Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah...

Siapa kat sini tengah pregnant? Angkat tangan? Hihihi...masih mencari-cari supplemen terbaik untuk anda dan bayi dalam kandungan?

Saya mengandungkan Syamil selepas 7 tahun saya berkahwin...bukan tak pregnant tapi 2 kali pergnant dua-dua gugur...sedihkan...masa kali kedua gugur tu saya berkeras tak nak g spital, nak kena cuci sebab keluar tak habis...sedih punya pasal...tapi akhirnya pergi jugak lepas doktor dan husband pujuk...hihi..jangan tiru macam saya dalam bab ni...kita nak pakai lama lagi badan kita...silap haribulan sakit lain plak yang datang.

Masa mengandungkan Syamil saya masih belum berkenalan dengan Shaklee...rugi rasa..hihi...in shaa Allah jika Allah izinkan mengandung sekali lagi Shaklee memang pilihan pertama dan terakhir saya.

ok, banyak pulak mukaddimah nyer yer..hihihi...

Sebenarnya nak cerita persediaan kita semasa peringkat awal kehamilan...penting tau masa 1st Trimester nih... 

Sebab apa 1st Trimester ni penting sangat? 

Sebab pada peringkat ni pembentukan tisu, organ dan anggota badan bayi akan berlaku. Kehamilan pada peringkat ini akan terdedah pada jangkitan kuman, kecatatan fizikal dan mental janin. Risiko keguguran juga sangat besar sekiranya langkah waspada tidak diambil.

Pada peringkat ini juga ibu harus memastikan tekanan darah seimbang. Tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Pastikan HB sentiasa stabil dan tidak terlalu rendah, kerana ia boleh mengganggu proses pembentukan organ-organ pada bayi, 

Selalunya pada peringkat awal kehamilan, ibu-ibu akan mengalami alahan. Ada yang teruk sampai tak boleh makan,lembik dan terpaksa masuk hospital, ada yang tahap alahan yang masih dalam kawalan dan ada yang tiada alahan langsung. Alhamdulillah masa mengandung kat Syamil, saya tiada alahan langsung.

Disebabkan 1st Trimester ini adalah penting, jadi adalah sewajarnya ibu-ibu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Tetapi pada zaman sekarang agak sukar untuk mendapat makanan yang berkhasiat. Jadi untuk menampung kekurangan tersebut adalah sangat baik jika ibu-ibu dapat mengambil supplemen untuk membantu ibu-ibu berhadapan dengan cabaran pada 1st Trimester ini.

Ok, supplemen apakah yang ibu-ibu perlukan sepanjang 1st Trimester Kehamilan ini? Jom kita tengok....


Vita Lea

  • multivitamin yang dirumus khas untuk top up nutrisi kita yang tidak lengkap akibat khasiat yang hilang semasa proses penanaman, memasak dan penyimpanan. Semasa hamil, khasiat optimum pada makanan sangat penting kerana semua makanan kita akan digunakan untuk memenuhi keperluan nutrisi dalam badan kita dan bayi dalam kandungan.

B-Complex

  • diperkaya dengan asid folik yang mana ia sangat penting untuk sumber tenaga ibu dan membantu menstabilkan emosi ibu kerana ia mengandungi B6. Asid folik juga penting untuk kesihatan saraf bayi.

Sustained Release Vitamin C

  • Ia adalah sumber antioksidan yang penting untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan sistem imun ibu dan bayi dalam kandungan.
Ostematrix
  • Sumber kalsium utama untuk ibu hamil. Ibu hamil memerlukan 1000-1200mg sehari kalsium. Ostematrix diperkaya dengan magnesium dan Vitamin D dan dapat membantu penyerapan optimum kalsium di dalam tulang dan bahagian lain yang memerlukannya.

Haaa..nilah empat jenis vitamin yang sesuai di ambil oleh ibu mengandung dalam trimester pertama ni..Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan semua vitamin ni, ibu-ibu boleh hubungi kak zai yer....

Buat ibu-ibu yang sedang hamil jaga kesihatan yer, pastikan makan ikut time...

Salam Sayang...


Selasa, 28 April 2015

AMBIL VITAMIN TAPI TIADA KESAN...kenapa yer?

Assalamualaikum warahmatullah..

Pasti ada di kalangan pembaca yang mengambil vitamin. Tapi dah berbotol-botol makan vitamin...macam takde kesan jer...pastu terkeluar kat mulut kita makan vitamin bla..bla..bla ni menipu..takde kesan pun..aku makan tak kurus-kurus pun, kulit tak gebus gebas pun dan lain-lain lagi yang terlontar di hati atau mulut kita...akhirnya kita terus berhenti mengambil sebarang supplemen.

Jika ini semua berlaku kepada anda, mai kita tengok kat mana silapnya sampai berbotol-botol vitamin kita telan tapi takde kesan.

Jom kita audit diri jom...

Pengambilan air putih sehari.

  • Pengambilan air sehari adalah mengikut berat badan seseorang iaitu setiap 25kg anda perlu mengambil 1 liter air.
  • Jika anda mengambil supplemen sebaik-baiknya anda minum air putih 3 liter sehari supaya penyerapan oleh tubuh boleh berlaku dengan baik.
  • Elakkan mengambil minuman manis kerana pengambilan air manis boleh meningkatkan kepekatan dalam darah dan boleh menyebabkan kegemukan.
Cara mengambil vitamin
  • Adakah kita makan vitamin sekaligus dalam satu-satu masa. Sebaiknya elakkan pengambilan vitamin secara sekaligus kerana ia boleh meningkatkan kepekatan darah dalam masa-masa tertentu.
  • Ada juga yang suka makan vitamin sekaligus sebelum tidur di mana semasa itu pengambilan air adalah kurang kerana kita sedang tidur.
  • Adalah dinasihatkan supaya anda mengambil vitamin mengikut cadangan waktu yang diberikan kerana ia dapat membantu mengurangkan kepekatan darah meningkat secara mendadak dan dapat mengelakkan buah pinggang terbeban dalam satu-satu masa.
Makan ubat dan juga jamu
  • Bukan bermaksud anda tidak boleh mengambil jamu atau ubat yang diberikan oleh doktor. Tetapi untuk mengelakkan kecelaruan pada darah yang menyebabkan vitamin tidak dapat diserap dengan baik, adalah lebih baik jika anda membuat jadual supaya tidak mengambil ubat, jamu dan supplemen dalam satu masa secara serentak. Sebaik-baiknya jarakkan masa pengambilan antara 1 hingga 2 jam.
Minuman berkafien
  • Berapa cawankah anda mengambil minuman berkafien setiap hari? Jika anda adalah penggemar minuman berkafien, berusahalah untuk mengurangkan pengambilan minuman berkafien sekurang-kurangnya satu cawan sehari.
  • Pengambilan minuman berkafien dalam kuantiti yang tinggi boleh menyebabkan vitamin yang diambil rosak dan tidak memberi kesan kepada tubuh badan kita.
Okey, lepas ni koreksi diri adakah kita cukup minum air, ada jarakkan pengambilan ubat dengan vitamin, minum minuman berkafien bercawan-cawankah atau bagaimana....

happy reading...Syamil dah bangun tido...jumpa lagi nnti yer...

LATIH SYAMIL BELAJAR SENDIRI

Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ni nak cerita tentang proses pembelajaran Syamil di rumah...Kanak-kanak yang istimewa seperti Syamil perlukan persediaan awal sebelum dia melangkah ke alam persekolahan. Jadi sebaik sahaja saya mengetahui Syamil seorang autistik, saya mula menggali dan mencari ilmu untuk membantu Syamil.

Tak nak cerita apa yang saya dah buat sebelum ni, sebab kalau cerita jadi panjang pulakkan...So arini sebenarnya nak cerita bagaimana saya membantu Syamil belajar dengan mengikut kaedah yang digunakan di Makmal Pembelajaran Autisme, UKM. Dah tentu ilmu ni saya dapat semasa menyertai Bengkel Siri Jelajah Negara Permata Kurnia dan hasil perkongsian dengan rakan-rakan yang sekapal dengan saya. 

Berbekal ilmu yang dikutip dan buku rujukan yang saya beli semasa bengkel saya berusaha sedaya upaya untuk ajar Syamil sama seperti di Makmal Autisme UKM..setup tempat belajar pun nak bagi sama gak..hahaha...nak p antar kat Makmal Autisme jauh kan, so kita buat kat rumah...ibu autisme ni dia kena gigih, sabar, kuat semangat dan semua-semualah...


 
Day 1 (27 April 2015)

Haaa..yang gambar kat atas ini hari pertama percubaan saya untuk bagi Syamil belajar sendiri...selepas beberapa siri sesi pembelajaran bersama-sama saya. Bukan bermaksud saya tinggal dia terus , saya pantau dari jauh..agak-agak dia dah hilang fokus tu saya pergi kat meja dia..usap2 sikit kata Syamil pandai, Syamil good boy..nanti dia dah ok dia akan sambung balik tugasan dia sampai siap..At the end saya akan bagi dia reward...hihi..bunga kertas jer..memandangkan sekarang Syamil dok obses dengan bunga, so bunga lah saya jadikan reward. 

Semua bahan-bahan tu saya buat sendiri hasil ilmu yang saya belajar masa bengkel..ada juga yang saya cari di internet dan perkongsian rakan-rakan.

Day 2 (28 April 2015)

Okay gambar ni pulak, hari kedua percubaan saya..Task 1 lulus, Task 2 agak hilang fokus sebab banyak kot, so kena duduk tepi dia dan bantu sikit-sikit supaya dia fokus kembali, peluk2 sikit, bagi pujian Syamil pandai, Alhamdulillah dapat habiskan Task 2 dengan jayanya. Task 3 pulak aktiviti yang nampak mudah, tetapi untuk kanak-kanak macam Syamil yang ada masalah motor halus, susah sebenarnya...dia nak tekan sepit tu macam seksa jer... Tapi tu dulu la..sekarang Syamil dan agak pandai tekan sepit tu dan letakkan ikut warna...

Berapa masa yang saya ambil untuk satu sesi ni?

Bergantung pada task yang kita bagi...dan bergantung pada keupayaan anak kita, selalu Syamil dalam 20 minit dah selesai..awal lagi pun ada kot..hiihii..agak2 jer masa tu...

Ibu-ibu boleh pelbagaikan aktiviti...selalu sebelum aktiviti ni saya ajak Syamil mengaji dulu, membaca pastu speech theraphy baru mula buat...banyakkan...tapi yang tu lah dia kena face setiap hari..bila dah jadi rutin in shaa Allah ok lah...

Buat masa bila?

Saya selalu ajar lepas maghrib sebab pagi 8 sampai 12 Syamil g sekolah, petang dia tido dan tengok tv, kadang2 sambil tengok tv saya buat aktiviti fizikal..malam baru mula...

okey, nanti saya cerita lagi yer...nak p ambik Syamil kat Tadika...terima kasih sebab membaca...


KAEDAH SENTUHAN KULIT KE KULIT

Assalamulaikum..

Pernah dengar tak kaedah sentuhan kulit ke kulit?

Kalau tak pernah dengar meh saya nak cerita...

Kaedah sentuhan kulit ke kulit ni adalah kaedah yang mana bayi baru dilahirkan  diletakkan dalam keadaan meniarap di atas dada ibu.

Saat bayi dilahirkan, tubuh bayi hanya perlu dilapkan dengan kain kering untuk menghilangkan lendir-lendir dan juga sisa darah yang melekat pada bayi.

Untuk memastikan ibu dan bayi selesa, sehelai selimut bolehlah diletakkan untuk menyelimuti ibu dan bayi. Cara ini juga dapat membantu mengelakkan bayi kehilangan haba.

Melalui kaedah ini, ibu dan bayi dapat terus berinteraksi melalui ransangan sentuhan, haba dan bau. 

Kebaikan kaedah sentuhan kulit ke kulit.

  • Kajian menunjukkan bayi yang diletakkan dalam keadaan begini akan mempunyai suhu tubuh, denyutan jantung, pernafasan, tekanan darah dan aras gula dalam aliran darah lebih stabil berbanding bayi yang dipisahkan terus dari ibunya.
  • Haba dari tubuh ibu dapat dipindahkan terus kepada bayi untuk membantu menstabilkan suhu tubuh bayi yang baru dilahirkan.
  • Masalah alahan dapat dikurangkan kerana kulit dan sistem penghadaman bayi dikoloni oleh bakteria yang sama dengan ibunya.
  • Hubungan ibu dan bayi akan lebih erat bila sentuhan dapat dimulakan seawal mungkin.
  • Bayi lebih tenang dan kurang menangis.



Bagaimana kaedah ini membantu penyusuan ibu?
  • Kaedah ini dikatakan dapat membantu bayi memulakan penyusuan pertama dengan lebih berkesan.
  • Tindakbalas semulajadi bayi terhadap persekitarannya dapat dugunakan sepenuhnya jika bayi diletakkan dalam keadaan begini.
  • Bayi cuma perlu dibiarkan berada di atas dada ibu sebaik sahaja dilahirkan.
  • Bayi akan perlahan-lahan mencari puting susu ibunya. 
  • Bau payudara ibu yang seperti bau air ketuban dan warna puting ibu yang gelap akan membantu bayi untuk menuju ke arah payudara ibunya.
  • Bayi yang sihat akan menggerakkan tubuhnya ke arah puting susu ibunya tanpa sebarang bantuan dan dapat memulakan hisapan pertama dengan mudah dan berkesan dalam masa 10-60 minit.
  • Kaedah ini dapat membantu kejayaan penyusuan yang seterusnya dan juga mengelakkan ibu menghadapai masalah puting luka, bengkak susu dan sebagainya.

Haaa...baguskan kaedah ini... masa saya lahirkan Syamil dulu bukan dekat hospital rakan bayi, memang takde la semua tu...tapi disebabkan saya pernah baca tentang kaedah ni, saya buat jugak la walaupun bukan lepas kelahiran Syamil..hiihi...

okey, happy reading..semoga bermanfaat buat semua bakal ibu dan juga ibu-ibu yang lain.


Sumber rujukan : 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu / Zaharah Sulaiman / Tengku Alina










Isnin, 27 April 2015

MENINGKATKAN SUSU IBU DENGAN POWER PUMPING

Assalamualaikum...

Masa menyusukan Syamil dulu, saya menghadapi masalah kekurangan susu. Pelbagai cara dan kaedah saya usahakan untuk memastikan saya dapat menyusukan Syamil.

Antara cara yang saya gunakan ialah power pumping. Saya yakin ramai ibu-ibu di luar sana menghadapi masalah yang serupa seperti saya. 

Jom saya share kan dengan ibu-ibu semua bagaimana power pumping dapat membantu meningkatkan  kembali pengeluaran susu ibu.

Secara asasnya payu dara menghasilkan susu apabila adanya permintaan (Konsep demand & supply) Kekerapan bayi menyusu adalah cara bagaimana untuk meningkatkan penghasilan susu. Tetapi dalam keadaan tertentu, penghasilan susu akan merudum contohnya semasa kedatangan haid, ibu terganggu atau stress dan sebagainya.

Apa dia  Power Pumping ni?

Okey, power pumping adalah satu teknik hisapan yang mirip bayi menyusui ibunya. Namun begitu teknik ini memerlukan sokongan pam susu untuk menjayakannya. Teknik ini dapat membantu meningkatkan penghasilan susu ibu kerana ia mampu membantu meransang kalenjar pitiuari untuk meningkatkan penghasilan prolaktin.

Bagaimana cara Power Pumping?

Power Pumping bukanlah pengganti kepada sesi memerah susu harian biasa. Ia adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan penghasilan susu dengan menggantikan satu sesi memerah susu biasa dengan satu sesi alternatif yang direka secara strategik. Power Pumping berfungsi untuk mengosongkan payu dara secara berulang kali dan dengan cara ini ia memberi isyarat kepada otak untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak.

Untuk melakukan Power Pumping ini, pilihlah satu masa selama sejam, seeloknya awal pagi atau tengah malam sewaktu kita berada dalam keadaan tenang. (Contohnya 6 pagi setiap hari)

Jika anda menggunakan double-pump, gunakan kaedah ini:-

  1. Pam 20 minit, rehat 10 minit
  2. Pam 10 mint , rehat 10 minit
  3. Pam 10  minit dan habis.
Dan jika anda menggunakan single-pump, anda boleh gunakan kaedah ini:-
  1. Pam 10 minit payudara kanan
  2. Kemudian pam 10 minit payudara kiri
  3. Pam lagi payudara kanan selama 10 minit
  4. Lakukan proses yang sama selama 1 jam.

Ia memberi lebih kurang 40 minit masa mengepam dalam tempoh satu jam. Teruskan memerah susu mengikut jadual seperti biasa. Lakukan setiap hari sehingga penghasilan susu dapat ditingkatkan. Ada orang dalam masa 3 hari sudah menunjukkan hasil dan ada juga sehingga 7 hari baru nampak hasilnya. Apa yang penting adalah usaha dan tekad ibu-ibu untuk memastikan bayi dapat menyusu dengan susu ibu.



Siapa yang perlu melakukan Power Pumping?

  • Ibu yang kekurangan susu (Mungkin berpunca daripada datang bulan, hormon tak stabil, emosi terganggu, stress dan sebagainya)
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat (teknik ini bagus untuk meransang penghasilan susu)
  • Ibu yang relaktasi atau ingin menyusukan semula anak setelah lama berhenti menyusu.
Dah buat Power Pumping tapi susu masih sedikit.

Ada juga ibu-ibu yang telah berusaha membuat Power Pumping saban hari tetapi susu masih sedikit. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu penghasilan susu anda. Cuba selidik semula perkara-perkara berikut.
  • Mengambil pemakanan seimbang
  • Mengambil air 3 liter sehari
  • Ibu sentiasa letih dan tidak bertenaga
  • Selalu berfikiran positif dan emosi tidak stabil
Jika telah mengenalpasti punca susu masih kurang, usahakanlah untuk mengatasinya. Ibu juga boleh mencuba mengambil set penyusuan Shaklee mengikut bajet dan keperluan ibu. Hubungi kak zai untuk mengetahui set mana yang ibu perlukan .











Perkara Yang Perlu Ibu Elakkan Semasa Hamil..

Assalamualaikum...

Apa yer perkara yang perlu ibu elakkan semasa hamil? Bila baca tajuk tu mesti kepala terus kata bab pemakanan kan? Hihi...saya la tu..baca tajuk jer terus terfikir "apa yang tak boleh makan masa pregnant ni?"

Tapi sebenarnya saya nak citer bab penyusuan...

Apa la agaknya yang ibu kena elakkan masa hamil ni?

Haa...ni pantang ni tau...pantang masa hamil..hihihi...

Okey lah saya g tau apa yang perlu elak semasa hamil...

Ibu-ibu yang sedang hamil digalakkan supaya mengelakkan diri dari meninjau produk susu dan segala peralatan susu yang cenderung kepada memberi anak susu formula. 

Kenapa yer? Sebab perbuatan ini akan mempengaruhi minda bakal ibu bahawa ibu akan ada alternatif lain selain susu ibu untuk diberikan kepada bayinya. 

Dan kesungguhan ibu untuk menyusukan bayi akan berkurangan kerana minda si ibu sudah di setkan ada alternatif lain selain susu ibu.

Ibu-ibu juga dinasihatkan supaya tidak berbual-bual dengan mereka yang tidak berjaya atau yang telah berputus asa  menyusukan bayi mereka dengan susu ibu apatah lagi dengan ibu yang tidak mendapat sokongan suami untuk meneruskan penyusuan susu ibu.

Jika ibu mempunyai masalah tidak cukup susu, jangan berhenti daripada menyusukan bayi anda. Kita ada cara untuk selesaikan masalah ini. 

Haaa...dah tau kan perkara kita kena elak semasa hamil bagi memastikan kita berjaya menyusukan bayi kita sehingga genap 2 tahun..In Shaa Allah..jadi bila dah tahu kepada bakal ibu terutamanya...cuba yer elakkan pergi meninjau-ninjau kat shopping complex tu...hihi...


                                  ****************************************************

Hubungi kak zai untuk konsultasi percuma



Syamil belajar ke tandas

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita bagaimana saya ajar Syamil ke tandas...

Mengajar anak syurga macam Syamil ke tandas agak mencabar juga, tambahan pulak bila Syamil masih ada masalah pertuturan...

Berdasarkan ilmu yang saya kutip semasa mengikuti Kursus Ibu Bapa Siri Jelajah Negara Anjuran Permata Kurnia, saya cuba aplikasikan untuk mengajar Syamil membuang air ke tandas.





Saya gunakan jadual visual, ajar dia satu persatu pada setiap kad yang ada pada jadual visual tu..
Ok, bila Syamil dah agak faham, saya ajar dia ke tandas untuk buang air kecil. Selalunya saya ajar selepas waktu sekolah, pukul 12.30 tengahari ke atas. 

Mula-mula tu banyak kali la terbabas dalam seluar, sehari 4 - 5 helai gak la seluar kena ganti..stress ibu nyer..hahahaha...

Pastu saya cuba pendekatan pakai diaper tapi setiap setengah jam ajak ke toilet...Alhamdulillah, dalam 3 - 4 hari ni diaper Syamil kering jer (pakai sebagai langkah berjaga-jaga, hihihi)... masih dalam proses pembelajaran lagi nih..saya harap Syamil akan free diapers dalam masa terdekat ni..in shaa Allah...


Jumaat, 24 April 2015

Amalan Penyusuan Yang Baik

Amalan penyusuan yang baik mampu mendorong ke arah penyusuan secara eksklusif dan memenuhi keperluan nutrisi bayi sehingga berusia 2 tahun.

Ada pelbagai teknik penyusuan yang boleh diamalkan oleh ibu yang menyusukan bagi menyusukan si comel anda. Antara teknik-teknik yang boleh diamalkan oleh para ibu ialah:-

  1. Susukan bayi seawal satu jam selepas melahirkan. Ini untuk memastikan bayi dapat belajar melekap disamping untuk memastikan bayi mendapat susu awal yang dikenali sebagai kolostrum.
  2. Adalah lebih baik jika bayi sendiri yang menentukan masa menyusunya sendiri. Kita tidak perlu hadkan tempoh menyusu antara 2 hingga 3 jam. Ini kerana semakin kerap bayi menyusu maka semakin banyaklah susu yang dapat dihasilkan. Ibu boleh mengenalpasti tanda bayi ingin menyusu dengan melihat keadaan bayi seperti membuka mulut, mengeluarkan dan menggerakkan lidah atau air liurnya meleleh.
  3. Ibu hendaklah memastikan bayi menyusu pada kedua-dua belah payudara. Jangan biarkan bayi menyusu pada sebelah payudara sahaja untuk mengelakkan susu tidak dapat dihasilakn dengan secukupnya. Selalunya, bayi akan menyusu antara 10 hingga 30 minit untuk sebelah payudara dan masa ini akan berkurangan bila bayi sudah membesar dan semakin pandai menyusu dengan betul.
  4. Sebaik-baiknya cuba elakkan memberi bayi puting kosong atau botol susu. Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan puting. Puting pada botol susu lebih mudah mengeluarkan susu jika hendak dibandingkan dengan payudara ibu, penggunaan botol susu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi cenderung untuk menghisap botol susu berbanding susu ibu.
  5. Setiap ibu haruslah berfikiran positif dan yakin bahawa payudaranya mampu menghasilkan susu yang mencukupi untuk si comel anda.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal ibu dan semua ibu-ibu yang memilih untuk memberikan susu ibu untuk si manja anda.  Sesungguhnya tiada susu yang lebih baik jika hendak dibandingkan dengan susu ibu.

           ***************************************************************

Sekiranya para ibu berhadapan masalah kekurangan susu atau ingin memastikan si manja mendapat nutrisi yang secukupnya dari susu ibu, ibu-ibu boleh hubungi kak zai untuk maklumat lanjut.





Rabu, 22 April 2015

Teknik Urutan Menggalakkan Susu Lancar

Assalamualaikum warahmatullah..

Bayi menangis kerana susu tak lancar? Sudah mencuba teknik urutan untuk galakkan susu keluar dengan lancar tak?

Kalau kita mengurut mesti tukang urut akan urut payu dara untuk bantu lancarkan pengeluaran susu....tapi sampai bilakan tukang urut @ mak bidan nak tolong urut.

Kat bawah ni adalah Kaedah Urutan Sendiri yang boleh membantu meransang pengaliran sebelum memerah atau menyusukan bayi. 

Jom kita pelajari teknik urutan yang ringkas tetapi berkesan ini. In Shaa Allah....

Langkah 1

  • Tuam payu dara dengan menggunakan tuala yang telah direndam dengan air suam sebelum memulakan sesi urutan. Tuam untuk beberapa minit. Amalan ini dapat meransang payu dara mengeluarkan susu dengan lebih lancar.

Langkah 2

  • Pegang hujung puting dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk. Kemudian, tekan puting ke dalam dan tarik semula ke atas secara perlahan-lahan.

Langkah 3
  • Sentuh bahagian atas aerola menggunakan ibu jari, jari-jari lain pula di tempatkan di bahagian bawah aerola. Gerakkan secara perlahan-lahan jari telunjuk ke atas, bawah, kanan dan kiri. Tetapi jangan sesekali ubah kedudukan ibu jari. Ulangi langkah ini sehingga 5 ke 6 kali.

Langkah 4
  • Buat gerakan jari mengikut arah putaran jam. Gunakan empat jari kecuali ibu jari ketika melkukan gerakan ini. Lakukan antara 5 hingga 6 kali bagi setiap payu dara. Namun jika benjolan keras di bahagian payu dara, elakkan daripada menyentuh bahagian berkenaan.

Langkah 5
  • Gerakkan jari-jari anda dengan membuat putaran dari sisi menghala ke puting. Ulangi langkah ini 3 hingga 4 kali dikedua-dua belah payu dara.


Cara memerah susu
  • Perah setiap payu dara 5 - 7 minit. 
  • Kemudian lakukan teknik urutan.
  • Sambung balik sesi perahan untuk 3 - 5 minit lagi untuk setiap payu dara. 
  • Ulangi rutin urutan
  • Sambung sesi perahan untuk 2 -3 minit lagi untuk setiap payu dara.


***** Untuk membantu menjayakan penyusuan secara eksklusif dan memastikan bayi mendapat nutrisi yang diperlukan anda boleh mencuba Set Penyusuan Shaklee..



Hubungi Kak Zai untuk maklumat lanjut.







Selasa, 21 April 2015

Tips Mudah Tambah Susu.

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat pembaca semua...semoga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah...

Kali ni saya nak share dengan pembaca semua tips mudah untuk ibu-ibu menambah susu badan. Seronokkan bila dapat buat stok yang banyak untuk baby kita...saya pasti dan amat pasti ada di antara ibu-ibu yang kerja dia selain kerja yang menimbun keliling pinggang tu ialah buka peti ais tengok stok EBM yang bertambah atau menyusut. Jika bertambah berbunga jer hati yer dak...tapi kalau stok makin menyusut..aduhai...tak tentu arah jadi nyer kan...

Ok lah..saya nak share beberapa tips mudah untuk tambah susu badan..

1. Kerapkan Menyusu @ Mengepam

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 2 - 3 jam pada siang hari. Jika nayi tidur melebihi 3 jam, kejutkan bayi untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika bayi tidur melibihi 4-5 jam.
  • Perah @ pam susu setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu, berhenti memerah.Susukan bayi terlebih dahulu dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 


2. Jangan tunggu Payudara Penuh

  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan akan memperolehi susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum banyak air
  • Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir bayi, fikir susu
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...

5. Berdisiplin
  • Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
  • Latih diri untuk meyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet
  • Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... 

8. Menyusu @ Mengepam dengan lebih lama
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan malam
  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
  • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan suplemen
  •  Sangat digalakkan....
*************************************************************************
credit to www.mamafaiz.com

TIPS TAMBAH SUSU SEMASA BERPUASA

Assalamualaikum dan salam ceria...

Apa khabar semua? Sudah bergantikah puasa yang ditinggalkan tahun sudah? 

Buat ibu-ibu yang menyusukan dan dalam proses mengganti puasa tentu risau masalah susu berkurangan kan? Ok kat sini saya nak share beberapa tips tambah susu atau cara nak maintain susu supaya tidak berkurangan walaupun sedang mengganti puasa atau berpuasa sepanjang Ramadhan kelak.

  1. Berikan susu badan secara kerap walaupun berpuasa. 
  2. Kekalkan waktu perahan susu seperti biasa untuk menggalakkan permintaan terhadap susu diteruskan hingga selesai mengganti puasa/ bulan Ramadhan.
  3. Buat jadual perahan yang betul dan kerap; perahan susu perlu dilakukan mengikut kaedah yang betul.
  4. Susukan bayi pada waktu malam untuk membantu pengaliran susu yang baik.
  5. Kerap mengepam susu pada waktu malam dan sebelum bersahur; pada waktu siang pula pam susu mengikut waktu biasa dilakukan sebelum berpuasa.
  6. Amalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.
  7. Minum air kosong dengan banyak di waktu malam bagi mengganti cecair yang hilan sepanjang berpuasa.
  8. Banyakkan minum air kosong dan kurangkan pengambilan air manis.
  9. Sentiasa berfikiran positif dan ceria selalu.
Bagi memastikan ibu-ibu yang menyusukan bayi sentiasa bertenaga, saya menggalakkan ibu semua mengambil supplemen sepanjang berpuasa.

Isnin, 20 April 2015

Syamil ke Speech Theraphy...

Hari ni husband cuti sempena hari sukan sekolah Sabtu lepas. Jadi saya ambik ruang yang ada untuk bawa Syamil pergi Speech Theraphy di Sg Petani. Jauh jugak kan...1 jam perjalanan dari Penang baru sampai. 

Mungkin ni slot terakhir Syamil sebelum Puan Ruby cuti bersalin. Puan Ruby kata bulan Ogos nanti baru mula semula.

Di rumah saya rasa Syamil dah banyak sangat bercakap...tapi bila jumpa Puan Ruby sebenarnya banyak lagi yang Syamil kena belajar. Ya Allah...masih jauh lagi sebenarnya perjalanan Syamil nak bercakap dengan baik...tapi saya sentiasa yakin dan redha...setiap sesuatu perkara pasti ada hikmahnya...in shaa Allah...

Sebelum tamat sesi tadi, Puan Ruby ada berikan tips untuk bantu Syamil di rumah ... Alhamdulillah ...semua tips tu saya akan gunakan sepanjang 3 bulan Syamil tidak jumpa Puan Ruby. Saya hanya perlu ulang balik apa yang Syamil buat bersama Puan Ruby tadi. Harap-harap akan ada peningkatan dan semoga saya sentiasa konsisten membantu Syamil.


Antara aktiviti Syamil tadi...comel kan Puan Ruby lukis..hihi..

Ahad, 19 April 2015

Family Time...Berkelah di Pantai Tanjung Assam

Assalamualaikum warahmatullah....

Selamat berhujung minggu...

Semalam dah pesan siap-siap kat hubby, esok nak bawak Syamil p mandi pantai..dah lama sangat tak p berkelah...tak perlu jauh-jauh, pantai kat rumah ni pun boleh asalkan dapat spent masa berkualiti dengan keluarga dan paling penting jauh dari gajet..hihi

Jadi selepas buat bekalan dan sarapan, kami berangkat ke Pantai Tanjung Assam..5 minit dah sampai..Syamil la paling seronok sekali...tak sabar-sabar nak mandi..hihi...

Dekat 2 jam lebih gak kami di Pantai Tanjung Assam, Syamil mandi sampai kecut...tak mau berhenti...last-last kena berhenti jugak sebab hujan turun...berkemas dan balik..

Alhamdulillah, perkelahan yang simple dan singkat...seronok dan yang paling penting Syamil lah yang paling happy...

Dan hari ni Syamil buat surprise lagi..."Syamil nak makan mee"...wow dah mula guna 4 patah perkataan...Alhamdulillah...seronok sangat..

Sampai berjumpa lagi dalam posting akan datang...

Salam Sayang.




Berwajah Baru...

Hihii....sekarang dah pukul 2 pagi...masih mengadap laptop ni...Syamil pun dan lama zzzzz...

Sedang mencari mood baru, jadi blog pun berwajah baru jugak lah...hahaha...

Untung kalau kita belajar buat blog sendiri kan...jimat duit..

Saya pernah tanya kawan, upah dia buat blog berapa RM? Basic blog jer pun dah beratus-ratus...hoho..lebih baik saya buat sendiri walaupun tak la hebat macam mereka yang lebih pakar buat...

ok...nak citer tu jer..hihi...k bye...

SET PENYUSUAN SHAKLEE

Pengambilan Set Penyusuan Shaklee bergantung kepada keperluan ibu-ibu. Terdapat beberapa cadangan supplemen yang boleh diambil oleh ibu-ibu bergantung kepada keperluan dan keadaan semasa para ibu.


SET PENYUSUAN YANG DICADANGKAN.

BF SET 1
  • Mengandungi Vitamin B-Complex, Vitamin C, Vita Lea (multivitamin) dan Alfalfa Complex.
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan.
  • Tujuan pengambilan supplemen adalah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu.
  • Sesuai juga untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan.
  • Set ini dapat membantu bayi yang mempunyai eczema.
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami  cirit-birit kesan pengambilan alfalfa. 

BF SET 2
  • Mengandungi Vitamin B-Complex, Vitamin C, Vita Lea (multivitamin), Ostematrix dan Alfalfa Complex.
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid.
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana Ostematrix mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan.
  • Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu, set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walaupun kurang tidur. Ia juga membantu pembentukan tulang bayi dan gigi bayi.
  • Sesuai juga untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan.
  • Set ini dapat membantu bayi yang mempunyai eczema.
  • Set ini memberikesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana Alfalfa dan Ostematrix bertindak sebagai milk-booster.

BF SET 3
  • Mengandungi Vitamin B-Complex, Vitamin C, Vita Lea (multivitamin) dan Ostematrix (Kalsium).
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid.
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana Ostematrix mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan.
  • Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu, set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walaupun kurang tidur. Ia juga membantu pembentukan tulang bayi dan gigi bayi.


BF FULL SET
  • Mengandungi ESP, Alfalfa Complex, Vita Lea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix.
  • Sangat dicadangkan kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah ibu menghadapi masalah penghasilan susu walaupun telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh ibu dapat berfungsi dengan baik.
  • Set yang sangat sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau tidak mempunyai stok yang banyak.
  • Pilihan yang tepat buat ibu-ibu yang baru hendak mula menyimpan stok.
  • Set ini juga set yang sangat sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi iaitu ibu yang telah berhenti menyusukan tetapi ingin kembali menyusukan anaknya.

Pemakanan yang berkhasiat merupakan amalan yang paling penting bagi ibu menyusukan. Bagi memastikan si manja sentiasa mendapat nutrisi yang mencukupi. Sekiranya ibu-ibu bimbang pemakanan harian yang diambil kurang berkhasiat atau kehilangan nutrisinya, maka memilih untuk mendapatkan set penyusuan Shaklee adalah satu pilihan yang bijak.

                       *******************************************************

Untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma hubungi kak zai di:-


Jumaat, 17 April 2015

Penyusuan Secara Eksklusif

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua...

Tahu tak apa yang dimaskudkan dengan penyusuan secara eksklusif?

Haa..kalau dah tahu Alhamdulillah, kalau belum tahu meh saya nak bagi tau...

"Penyusuan ibu secara eksklusif bermaksud bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan kepada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap pula hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun"

Bagaimana pula nak mencapai penyusuan eksklusif selama enam bulan selepas kelahiran ni yer?

Berapa perkara berikut bolehlah diamalkan untuk mencapai penyusuan secara eksklusif.
  1. Penyusuan susu ibu perlulah dimulakan dalam masa satu jam selepas kelahiran bayi.
  2. Penyusuan secara eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makanan atau minuman walaupun air masak.
  3. Ibu perlu menyusukan bayi mengikut kehendak, yang bermaksud kekerapan menyusu adalah bergantung pada permintaan bayi. (sekurang-kurangnya 8 -12 kali sehari)
  4. Tidak memberikan sebarang susu formula atau puting kosong kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.
  5. Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut.
Susu ibu umpama mutiara yang berharga. Pemberian ikhlas seorang ibu kepada anaknya.

Kat bawah ni adalah antara FAEDAH susu ibu untuk BAYI kita.
  1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
  2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
  3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan.
  4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
  5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik.
  6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
  7. Mengurangkan penyakit kencing manis, pneunomia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak.
  8. Menggalakkan tumbesaran
  9. Penghadaman yang mudah.
Susu ibu bukan sahaja memberi faedah kepada bayi tetapi juga memberi FAEDAH kepada IBU juga, antaranya adalah:
  1. Membantu mengecutkan rahim serta mengurangkan pendarahan.
  2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
  4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran.
  5. Menjimatkan wang.
  6. Mudah dan tidak perlu persediaan.

*********************************************

Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan penyusuan..hubungi 0196160108 (Kak Zai) untuk konsultasi percuma.


Khamis, 16 April 2015

Susu Ibu Sangat Sempurna

Assalamualaikum warahmatullah...

Mengapa susu ibu sangat sempurna?

Susu ibu merupakan cecair yang sangat unik dan mempunyai nilai yang sangat tinggi. Ini kerana ia mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh setiap bayi.

Susu ibu merupakan makanan bayi yang paling sempurna kerana:
  • Kandungan nutrisinya sangat lengkap 
  • Suhu yang sentiasa sesuai untuk diminum oleh bayi
  • Perubahan komposisi yang mengikut umur 
  • Tahap kebersihan yang tinggi 

Kelebihan susu awal (kolostrom)
  • Kandungan antibodinya yang tinggi mampu melindungi bayi daripada jangkitan kuman.
  • Kesempurnaan zat kolostrum tidak dapat ditandingi oleh kecanggihan teknologi pemakanan bayi yang ada pada masakini.
  • Tidak terdapat dalam mana-mana susu formula

**************************************************

Anda mempunyai masalah kekurangan susu?

Hubungi 0196160108 (Kak Zai) untuk konsultasi secara percuma

Isnin, 6 April 2015

Syamil pergi sekolah...

Syamil anak yang dinanti...sepanjang tempoh mengandung emosi saya sentiasa berada dalam keadaan yang baik...bersyukur sangat...mungkin kerana telah lama menanti kehadiran cahayamata...
Pagi ni seperti biasa Syamil bangun tanpa digerak...bangun sendiri...tapi kena pastikan Syamil tido tepat pukul 10...minum susu kemudian mandi.
Setelah dua hari bercuti, malam tadi sebelum tido saya bg tahu Syamil esok Syamil sekolah...pagi tadi semasa minum susu juga saya pesan sekali lagi..hari Syamil sekolah tau...
Alhamdulillah...Syamil mudah diajak mandi..pakai baju dan ke sekolah tanpa masalah....Syukur ke hadrat Ilahi...
Walaupun Syamil anak istimewa, saya yakin emosi ketika mengandungkan beliau dan kasih sayang yang dicurahkan membentuk peribadi Syamil...terima kasih ya Allah atas nikmat ini...

Ahad, 5 April 2015

11 Manfaaat GLA Complex yang harus anda tahu.

Perbezaan GLA Complex Shaklee
  1. Di estrak dari borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam EPO
  2. Borage juga adalah dua kali ganda lebih dari segi bioavailabiliti (mampu menyerap 1 dan mengadun ke dalam sel dan tisu)dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO.
  3. Setiap kapsul mengandungi lebih 300 mg GLA yang merupakan sumber terbaik omega 6.
  4. Digabungkan dari minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.
  5. Anti oksidan yang telah dipatenkan.

Sumber Asli GLA
  1. 7 - 25% borage seed
  2. 15 - 20% blackcurrant 
  3. 7- 10% EPO

Manfaat utama

1.Herba tradisi yang dipercayai
  • Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ia merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina. 

2. Mengawal selia estrogen dan testrogen
  • GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

3. Melambatkan menopaus
  • Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

4. Memperbaiki prostatomegaly
  • GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

5. Menentang kanser
  • GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh badan, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

6. Memperbaiki inflamasi kulit
  • Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea dan kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.

7. Menghalang komplikasi  diabetes 
  • Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

8.  Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan
  • Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper.

9. Menghalang tekanan darah tinggi
  • Menghalang pembekuan darah, meransang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriklerosis dan myocardial infarction.

10. Memperbaiki tekstur rambut
  • Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

11. Hiperaktif dan autisme
  • Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak autisme, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.